Friday, October 2, 2015

Hari Haiwan Sedunia.

Hari haiwan sedunia.
Mendengar hot.fm sebentar baru aku tahu haiwanpun ada hari sendiri untuk diraikan.
Selain ikan, semua haiwan peliharaan yang aku bela adalah disebabkan permintaan anak-anak.
Bermula daripada arnab, kura-kura, hamster hinggalah kepada kucing; semuanya anak yang minta.
Pernah hamster yang dibela menggigit jari anakku Luqman Hakim hingga berdarah, aku yang jadi tak keruan bergaduh dengan doktor agar mencucuk ubat risau jangkitan. Natijahnya, set hamster dan sarangnya bernilai ratusan ringgit diberi percuma kepada rakan sekerja Mohd Sabri Syarizal.
Biarpun aku tidak menyukai kucing, kerana anak aku suka, aku menahan egoku biarpun sudah 2 kali berak dalam rumah.
Rumahku kini jadi tempat perlindungan kucing gelandangan dan perkuburan kucing.
Ya, misteri yang tidak terjangkau akalku ialah bila kucing yang nak mati akan datang ke rumahku untuk melepas nafas terakhir. Bukan seekor, tapi setiap tahun jumlahnya berbelas ekor. Semuanya kucing yang tidak dikenali.
Alhamdulillah, aku dan anak-anaklah yang mengkebumikan mereka.
Malah, sewaktu aku menggali liang lahad, anak-anak akan memanggilku 'Tok Adi Kucing' sempena hero tanah kubur.

No comments: