Thursday, July 23, 2015

VAPOR UNTUK MELAYU

Vapor untuk melayu.
7pm aku singgah di restoran mamak area pejabat utk alas perut sebelum gerak balik rumah yang jaraknya 41km mengikut kiraan vaze. 
Biasalah, Hari pertama kerja selepas cuti, menggunung kerja tertangguh perlu disemak dan uruskan. Aku balik lewat sedikit, sementelah 2 rakan sekerja yang 'carpool' bersama masih bercuti. 
Pekena teh tarik dan megi goreng telur mata hujan-hujan begini terasa begitu nikmat. Apatah lagi diselubungi kabus berbau puluhan perisa hasil semburan pelanggan melayu yang turut bermukim disini.
Aku hairan kenapa simptom vape /vapor ini hanya terhad kepada melayu sahaja.
'Orang cina dan india tidak berminatkah untuk sama-sama berjimat, sebagai langkah berhenti rokok dan lebih selamat untuk jantung/paru-paru seperti didakwa oleh orang melayu?'.
Aku hanya bertanya pada diri sambil mengunyah megi goreng. Soalan yang aku sendiri tak perlukan jawapannya.


Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi

No comments: