pisang.
aku sengaja tidak makan tengahari sebelum ke masjid sebab aku nak makan pisang percuma puas-puas. heh... hampa!.
aku merawat hati yang luka dengan memandang aliran air longkang yang lesu. seorang anak muda yang asyik menghisap rokok tiba-tiba membuang rokok yang masih berbaki separuh dan menenyehnya dengan kaki. mulutnya juga sekata dengan perbuatan,' selamat tinggal rokok'.
aku tertarik dengan kelakuannya itu dan membuka bicara, "elok juga berhenti merokok tu bang, rokok esok naik harga lagikan?'.
dia memandangku dan membalasnya, ' rokok naik saya tak kisah bang. kat damansara ni rokok seludup bersepah'.
'mulai lepas jumaat ni, saya tak akan sentuh rokok lagi, saya dah nak kawin bang, hisap rokok boleh jadi mandul, jadi saya tak nak rosakkan generasi saya'. jelasnya lagi.
aku jadi kagum dengan tekad anak muda harapan bangsa dan negara ini. aku cuma senyum dan mengangguk-angguk perlahan. bersetuju.
"lagipun bang, saya dah beli vapor kat uptown semalam, siap beli 7 perisa. perisa durian pun ada bang', ujarnya sambil ketawa.
aku senyum lagi.

cerita pisang?
kan aku dah tulis kat atas tu pisang takde. aduii...

Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi.
No comments:
Post a Comment