Friday, July 31, 2015

PISANG

pisang.
aku sengaja tidak makan tengahari sebelum ke masjid sebab aku nak makan pisang percuma puas-puas. heh... hampa!.
aku merawat hati yang luka dengan memandang aliran air longkang yang lesu. seorang anak muda yang asyik menghisap rokok tiba-tiba membuang rokok yang masih berbaki separuh dan menenyehnya dengan kaki. mulutnya juga sekata dengan perbuatan,' selamat tinggal rokok'.
aku tertarik dengan kelakuannya itu dan membuka bicara, "elok juga berhenti merokok tu bang, rokok esok naik harga lagikan?'.
dia memandangku dan membalasnya, ' rokok naik saya tak kisah bang. kat damansara ni rokok seludup bersepah'.
'mulai lepas jumaat ni, saya tak akan sentuh rokok lagi, saya dah nak kawin bang, hisap rokok boleh jadi mandul, jadi saya tak nak rosakkan generasi saya'. jelasnya lagi.
aku jadi kagum dengan tekad anak muda harapan bangsa dan negara ini. aku cuma senyum dan mengangguk-angguk perlahan. bersetuju.
"lagipun bang, saya dah beli vapor kat uptown semalam, siap beli 7 perisa. perisa durian pun ada bang', ujarnya sambil ketawa.
aku senyum lagi.
cerita pisang?
kan aku dah tulis kat atas tu pisang takde. aduii...


Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi.

Thursday, July 30, 2015

TEMUDUGA

temuduga.
sedang asyik bekerja, tiba-tiba seorang sahabat lama menelefon bertanya tips untuk menghadiri temuduga. dia adalah pegawai kanan sebuah syarikat untuk suatu tempoh yang cukup lama.
dalam perbualan, aku mendapat tahu bahawa syarikatnya bakal 'gulung tikar' akibat keadaan ekonomi negara yang semakin buruk. dia terpaksa mula mencari kerja baharu.
macam biasa, segala pujian kepada aku yang kononnya sangat pakar dalam mengurus temuduga. dia kagum dengan cerita-cerita didalam buku aku 'jangan sentap, okey!' (baca : ini aku selit iklan. whatsapp 0182678719 jika nak beli dan dapat tandatangan percuma) yang menggambarkan aku seorang HR yang hebat.
dalam keadaan hidung yang kembang tak kuncup-kuncup menerima pujian, aku memberikan pelbagai tips menulis resume, menghadiri temuduga, soalan yang patut ditanya dan dielak, bahasa tubuh dan tindakan selepas menghadiri temuduga.
dia tidak putus-putus menyucapkan terima kasih dan ingin belanja aku makan 'western food'. aku menolaknya dengan baik dan memintanya mengubah ke restoran arab. dia terpaksa bersetuju sebab aku ugut tulis namanya sebagai sahabat yang tidak mengenang budi didalam buku aku akan datang.
perbualan tamat. aku bersandar di kerusi.
'aku sangat pandai menasihati orang dalam hal bersangkut temuduga sebab aku biasa mengurus temuduga. tapi apakah rasanya jika aku sendiri yang menghadiri temuduga?.', gumam aku sambil berkerut.
mmm... nasi lemak mamak seksyen 4 ni tak powerlah!


Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi.

Wednesday, July 29, 2015

UMNO YANG PILIH PM

UMNO yang pilih PM.
akibat tidak makan mengikuti waktu pada tengahari semalam, perut aku meragam. jadi aku terpaksa keluar makan lewat malam di mamak berhampiran rumah.
kebetulan beberapa sahabat tengah menjamu selera dan aku terpaksa juga menyertai mereka sedangkan aku sebenarnya ingin makan cepat-cepat dan segera balik untuk menyiapkan novel.
ada dikalangan ahli meja itu tidak ku kenali, mereka kawan kepada kawan aku. aku memesan mee goreng mamak tanpa bawang dan teh tarik.
aku seboleh-bolehnya enggan mengulas isu pemecatan TPM TSMY, namun perbualan mereka yang lebih pandai dari profesor itu benar-benar menjengkelkan aku.
makanan sampai, tapi aku tidak dapat makan dengan selesa sebab mereka berhujah sangat hebat, seolah-oleh mereka ahli jemaah kabinet. aku yakin mereka ahli umno sebab hanya ahli sahaja yang akan membenarkan kata-kata ketua mereka tanpa soal, walaupun natijahnya ia keputusan yang zalim.
'PM dipilih oleh semua rakyat, ia tidak boleh ditumbangkan oleh sesiapapun biarpun beliau zalim.tindakan pemimpin tertentu nak menghadap DYMM Agong atau undi tak percaya diparlimen tidak betul. lagipun kita semua yang undi dia jadi PM', kata salah seorang daripada mereka.
kali ini aku mula bersuara, "silap tu bang. bukan semua rakyat yang pilih PM, tapi orang umno yang pilih PM. sebagai contoh; saya mengundi di jerantut, jadi saya undi parlimen jerantut dan DUN damak. yang menang tu adalah wakil saya dalam kerajaan".
"saya tak layak dan tidak diberi peluang untuk pilih PM. PM dipilih dari kalangan pemimpin parti yang mendapat majoriti kerusi parlimen semasa pilihanraya. dan pemimpin ini ialah pemimpin umno sebab orang No. 1 dalam umno dipilih oleh perwakilan umno, bukan semua rakyat."
" saya tidak dapat mengundi DSNR sebab dia di parlimen pekan, orang pekan yang pilih dia. jadi tidak benarlah ia wakil semua rakyat.'.
"kita kena faham sistem pemilihan. di malaysia kita bukan macam di USA, indonesia yang rakyat sendiri pilih presiden. dia malaysia, umno yang pilih pemimpin mereka yang akhirnya dipilih jadi PM'.
"jadi, secara prinsipnya PM ialah pilihan umno, bukan semua rakyat. tetapi secara demokrasinya, saya setuju dan sangat menghormati bahawa pilihan umno itu adalah pilihan rakyat malaysia sebab ia adalah parti dominan yang memenangi pilihanraya'. aku memberikan hujah dangkal.
semua diam. mereka mencapai vapor masing-masing dan memeriahkan aroma malam itu.
alhamdulillah, aku akhirnya dapat makan dengan selesa.


Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi.

Tuesday, July 28, 2015

GAJI BANGLA RM5K

Gaji Bangla Rm5K.
kes payslip seorang pekerja bangladesh yang tersebar menjadi viral kerana gaji bersihnya melebihi RM5000. sebagai orang HR, aku juga gatal nak tumpang semangkuk memberi komen biarpun tak tahu hujung pangkal cerita sebenar.
berdasarkan payslip sahaja, sukar untuk kita membuat telahan tepat. lagipun pada aku apa masalahnya jika bangla bergaji RM5K sebulan.
umumnya; berbanding pekerja tempatan yang rata-rata memilih kerja, mereka biasanya bekerja sekurang-kurangnya 12 jam sehari, 7 hari seminggu. mereka enggan bercuti, kecuali benar-benar sakit.
jika mereka bekerja 5 hari seminggu, pada bulan jun 2015 terdapat 5 hari mereka mendapat 2.0X / 3.0X iaitu 4 ahad & 1 PH.
pelarasan adalah subjektif, boleh jadi ia wang terkurang bayar atau lain-lain faedah kewangan yang tidak dinyatakan secara jelas didalam penyata gaji. pada aku mungkin ia bersifat 'one off'.
pada aku majikan mereka sangat baik kerana tidak memotong bayaran levi pekerja asing yang dibayar kepada imigresen yang didahulukan oleh majikan.
kesimpulan :
aku yakin bangla tersebut telah bekerja secara bersungguh-sungguh untuk mendapat gaji yang halal bagi membantu keluarganya di bangladesh. harus diingat, untuk mereka datang bekerja ke malaysia, mereka membayar agen ribuan ringgit, malah majoritinya mencagar tanah dan rumah kepada ceti.
membandingkan pekerja bangla dan pekerja lokal juga tidak tepat kerana kita tertakluk kepada pelbagai jenis potongan seperti EPF, SOCSO, PCB, Zakat serta pelbagai jenis hutang buatan sendiri.
mana mungkin kita hidup berkoloni seperti mereka.
dah... pergi buat kerja. asyik kompelin bangla gaji mahal, tapi kita asyik menghadap internet sahaja kerjanya.

Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi.

PEMECATAN BUKAN SATU DOSA

Pemecatan bukan satu dosa.
sejak jam 1040am lagi; whatsapp, fb dan internet penuh dengan berita ura-ura pemecatan TPM TSMY dan beberapa menteri yang lain. aku memerhati dengan emosi sehingga aku tidak berselera untuk makan tengahari (baca : aku dah sarapan dirumah, makan karipap 2 biji jam 8am dan sebekas nasi impit jam 10am).
dalam jam 230pm, berita-berita itu disahkan oleh fb bernama. aku menjadi lebih tidak keruan.
aku tidak berupaya melakukan tugasan harianku dengan sempurna, dan aku pun bersolat dan bergegas keluar kilang.
alhamdulillah, ia tindakan yang bijak kerana selepas pekena megi goreng telur mata separuh masak dan teh ais di kedai mamak depan kilang, otak dan emosi aku berfungsi seperti biasa.
aku mula kagum dengan PM DSNR bahawa beliau sebenarnya bukan seorang pemimpin yang lembik. tindakan pemecatan orang kedua dalam kerajaan adalah satu tindakan yang berani dan sepatutnya dibuat lebih awal.
aku tidak setuju dengan pendapat umum bahawa pemecatan itu adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana perlantikan dan pemecatan menteri/ timbalan menteri / setiausaha parlimen adalah kuasa prerogatif PM. kuasanya mutlak. lagipun jawatan TPM tidak tertulis didalam perlembagaan negara.
aku mula menyesal turut sama mengutuk PM menteri kesayangan kita itu setelah beliau memecat TPM.
jika PM memecat TPM satu dosa, orang HR seperti aku lebih berdosa sebab aku membuang lebih ramai orang berbanding beliau.
jika PM memecat TPM zalim kerana mengkritik kepemimpinannya, orang HR macam aku lagi zalim sebab aku kadang-kadang tak tahu kenapa aku pecat pekerja (baca : arahan syarikat).
jika PM memecat TPM tindakan pengecut, aku sebagai HR lagi pengecut sebab aku buang pekerja kadang-kala tanpa pekerja boleh menjawab dan membela diri.
jika PM memecat TPM tujuannya untuk menutup mulut rakyat agar tidak mengkritiknya, aku sebagai HR jika sama taktiknya. kami memecat pekerja yang berkuasa dan lancang mulutnya supaya pekerja lain merasa takut untuk bertindak sewenangnya.
cuma...
jika aku sebagai HR memecat pekerja dengan apa alasan sekalipun, pekerja masih boleh mengadu kepada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Perhubungan Perindustrian, dan ke mahkamah untuk pengadilan.
manakala TPM TSMY pula hanya boleh berdoa dan berharap pada keajaipan untuk diterima semula di dalam kabinet kerana hak melantik dan memecatnya adalah kuasa prerogatif PM. ia mutlak dan tidak boleh dicabar dimana-mana mahkamah.
nota :
1) sila baca dengan hati sebab selepas membaca semula apa yang aku tulis, aku 3 kali muntah.
2) pengeji PM sila jangan sentap, sebab aku menulis agar semua 'Jangan sentap, okey!'. whatsapp 018-2678719 untuk tempahan.

Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi.

Thursday, July 23, 2015

CELAKA MASA CELAKA

Celaka masa celaka.
Hari ini aku sudah mula bekerja. Seminggu bercuti terasa begitu singkat. 
Aku bersyukur perjalanan aku balik beraya di jerantut, pahang dan kembali semula ke klang, selangor tidak tersangkut kesesakan dan tiada kecelakaan.
Namun, aku tumpang bersimpati pada mangsa dan keluarga mangsa yang terbabit kecelakaan jalan raya. 
Semasa beraya, pelbagai cerita sedih yang aku dengar. Ya, Tuhan yang mengambil nyawa dari hujung halkum, tetapi aku tetap mengeji sikapsesetengah manusia yang mengambil kesempatan di dalam kesempitan orang lain.
Mereka ini memang celaka!
Keji, Jika sekadar melihat mangsa kecelakaan sambil berselfie atau mengambil nombor plat untuk bertaruh nombor ekor.
Celaka, jika mencuri barangan berharga milik mangsa seperti barang kemas dan wang tunai.
Kepada si celaka yang mengambil kesempatan semasa kecelakaan orang lain, bertaubatlah!.
Ketahuilah bahawa kecelakaan daripada Tuhan akan dibalas dengan api neraka yang beribu ganda azabnya.


Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi

VAPOR UNTUK MELAYU

Vapor untuk melayu.
7pm aku singgah di restoran mamak area pejabat utk alas perut sebelum gerak balik rumah yang jaraknya 41km mengikut kiraan vaze. 
Biasalah, Hari pertama kerja selepas cuti, menggunung kerja tertangguh perlu disemak dan uruskan. Aku balik lewat sedikit, sementelah 2 rakan sekerja yang 'carpool' bersama masih bercuti. 
Pekena teh tarik dan megi goreng telur mata hujan-hujan begini terasa begitu nikmat. Apatah lagi diselubungi kabus berbau puluhan perisa hasil semburan pelanggan melayu yang turut bermukim disini.
Aku hairan kenapa simptom vape /vapor ini hanya terhad kepada melayu sahaja.
'Orang cina dan india tidak berminatkah untuk sama-sama berjimat, sebagai langkah berhenti rokok dan lebih selamat untuk jantung/paru-paru seperti didakwa oleh orang melayu?'.
Aku hanya bertanya pada diri sambil mengunyah megi goreng. Soalan yang aku sendiri tak perlukan jawapannya.


Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi

Monday, July 20, 2015

DUIT UNTUK TUHAN

Duit untuk Tuhan . 
Alhamdulillah , aku dan anak berkesempatan menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid. Aku datang awal bertakbir . 
Disebelah kiri aku terdapat seorang anak kecil seusia anakku ; 10-11 tahun barangkali . 
Tabung derma beredar , aku lihat anak kecil itu melipat beberapa keping duit seringgit dan memasukan ke dalam tabung . 
' Banyak dapat duit raya ? ' , kataku berbahasa . 
' Ini duit saya puasa penuh dan duit raya ; ayah bagi rm5 sebelum pergi kerja pagi tadi . Ayah pesan, duit pertama untuk Tuhan . Selebihnya untuk belanjakan. Duit baki tu untuk tambang bas beraya ke rumah nenek.'
Jawapan yang cukup panjang untuk meragut jantung hati aku.
Aku memandang wajah polos itu yang kembali bertakbir. Dia tetap ceria biarpun beraya dengan baju melayu lusuh persalinan sekolah agamanya. Tiada rasa sesal diwajahnya.
Aku merenung diri yang sentiasa menjamu nafsu setiap kali mendapat gaji atau laba .
air mataku mengalir laju. Lama-kelamaan menjadi esakan keras. Mujurlah teriakan takbir menghilangkan bunyi sendu yang tidak berlagu itu.



Nota : dipetik daripada facebook peribadi izman pauzi. 

Wednesday, July 1, 2015

Dulu Tauke, Sekarang Kuli

Dulu tauke, sekarang kuli.
Aku rasa sedih mendengar kisah kilang jvc shah alam yang ditutup selamanya.
Semua pekerja bersedih (walau dibayar pampasan), dan rata-rata orang tidak tahu bahawa orang HR lagi luluh hatinya apabila ia terjadi.
Kisah kemelesetan ekonomi tahun 2009 aku rakamkan di bab 19 dengan tajuk 'dulu tauke, sekarang kuli'.
Ia kisah rakan majikan lama aku yang kaya tapi akhirnya menjadi pemandu peribadi salah seorang pengarah syarikat aku bekerja sekarang.
Berjimatlah semasa masih bekerja dan berharta.
'Gunung yang tinggi jika ditarah setiap hari, pasti akan rata jua'.