Thursday, April 10, 2014

AYOB'S CAFE @ Kota Damansara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

kita makan2 lagi. pada 8/4/14 yang lalu, aku dan sahabat aku saiful nizam telah ke Ayob's Cafe yang terletak 1 km dari opis kami. akupun tak pernah dengar kewujudan restoren ni even berpuluh kali makan dia area Bistari De Kota yg sebelah menyebelah.

1st impression aku di restoran ini ialah.... WOW!

WOW!
WOW!



 gramafon yg diletak dipintu masuk memang membuat aku sasau. dah la itu yg original dari India. memang aku dah lama cari model ni (jumpa sebenarnya, tapi mahal sangat. tak mampu nak beli).




member aku order, aku masih terppukau dengan barang2 aktik didalamnya, susunan kedai, perabot dan sebagainya. bila dah abis kejakunan aku, aku order la...

 aku tertarik dengan air botol oren ni. masa aku kecik2 dulu di kampung damak, jerantut, pahang; saku suka sangat air oren ni. mmm... dalam 40 sen sebotol rasanya. yang best sebab gas dia kurang. rasanya sedap. aku cubalah 'oren bodoh' yang kami panggil masa kecik2 dulu. buatan kilang di kelantan. mmm... terimbau masa kanak2 dan remaja aku di kampung sekejab. ingat nak balik ke zaman kanak2 je rasanya.

tapi bila ada perempuan cantik lalu, heh... cancel jadi budak2. jadi dewasa lagi best. pergh... cantik2 betul makwe2 yang makan dekat sini. (ayang.... abang gurau je)


 ini set makanan yang aku order. nasi goreng belacan lamb. dari pandangan awal nampak biasa2 je.  aku tak nampak menyelerakan pada aku sebab nasi gorengnya berminyak gile. macam digoreng pakai seliter minyak masak je. 1st try dia punya sup. mmmm.... not bad.

sambal belacan..... mmmm nice. nasi goreng.... nice. dan kambing (lamb), memang terbaik. kambing dia tak hamis, rasanya lembut dan cukup adunannya. portionnya agak banyak utk dimakan bersama nasi. for RM6.00 sepinggan, ia berbaloi2.

secara jujur, selepas hari pertama ke restoran ini, 3 hari berikutnya aku masih ke situ makan. siap promote kat kawan2 dan bawa visitor kilang kami makan disitu.

even lokasinya agak tersorok, ia tak susah dicari. cari area Bistari De Kota. tempat tu pusing2 area tu jugak. dia tidak jauh dari Restoran Gulam Mee, restoran Makan Time. Dia betul2 sebaris dengan restoran Mamak Siddiq. kalau sesat jugak, korang telepon la owner kedai ni.


No comments: