Tuesday, February 14, 2012

HR ni macam Polis jugak....

dalam melakukan kerja HR (human resource/sumber manusia), memang tak boleh lari dari menangani masalah disiplin. pekerja beratus orang, jadi perangainya pun berpuluh ribu peel. jadi masalah disiplin seperti lewat, ponteng, tipu cuti sakit even bergaduh adalah sesuatu yang rutin bagi pengamal HR.

sepanjang aku jadi orang HR ni dah macam2 kes aku handle. biasalah.... ada yang berjalan dengan baik, dan ada jugak dengan tak berapa baik. dalam kes2 pergaduhan misalnya, HR akan menjadi pegawai penyiasat, emmm.... cam pegawai polis jugak la. kena panggil orang2 terlibat, cari saksi, cari bukti, buat penyelidikan dan akhirnya mewujudkan suatu pertuduhan.

dalam kes pergaduhan di tempat aku baru2 ini, kesnya agak berat. ia melibatkan pergaduhan antara pekerja bangladesh dan myanmar. 5 orang terlibat. ia berlaku diasrama mereka. kes2 salah faham even pergaduhan kalau tak sampai ke pengetahuan HR ia tidak salah. ye... tak salah. macam mana nak sahkan ia bersalah kalau kes tidak dilaporkan, ye tak?

kes berlaku hari sabtu, malam. hari isnin, ada pekerja baik hati memberi berita kepada aku, dan ianya menjadi kes besar. aku dan safety officer memanggil mereka terlibat dan kecederaan si mangsa agak teruk dengan lebam2.

biasalah, semua orang ada cerita masing2, dan masing2 menokok tambah. aku ambik persamaan dan merujuk kepada saksi2 dan bukti. dan cam biasa ada jugak mereka yang terlibat tidak mahu mengaku. disini, pengalaman dan kebijaksanaan penting (pergh.... secara tidak langsung aku nak beritahu aku ni bijak. ha.ha.ha....).

pekerja bangla, Hannan (bukan nama sebenar. emmm... kalau nama sebenarpun bukan korang tau)dipanggil untuk dirakam keterangan oleh pegawai penyiasat., aku la tu.

penyiasat : hannan, kamu ada pukul itu myanmar?
kena siasat : ta'da boss. ada tengok saja.
penyiasat : jangan tipu, semua orang cakap you ada pukul.
kena siasat : sumpah boss, saya ta'da pukul. itu orang tipu la boss.
penyiasat : oklah, saya percaya awak punya cakap, sekarang ikut saya pergi police station (sambil mengambil kunci kereta dan handphone dari atas meja)
kena siasat : (agak cuak) apa pasal mau pigi police station boss?
penyiasat : you cakap tak pukul, lain orang cakap awak pukul. saya percaya awak, biar polis confirm awak tak ada pukul.
kena siasat : (memegang kaki penyiasat dan menangis) tolong boss, saya ta' mau pigi police station. saya ada pukul itu orang boss, 5 kali, saya ada pakai bisi (besi) pukul, saya punya kawan itu XX dan YY pun ada pukul itu orang boss, lagi saya pakai pisau hantam dia punya pintu rumah boss, itu orang ta'da pukul kita bangla boss, saya punya kawan suruh saya tipu cakap boss, tolong boss... saya ta' mau pigi balai boss.
penyiasat : awak cakap awak tak ada salah, apa pasal mau takut sama polis. awak tak ada salah, polis tak boleh kasi masuk jel.
kena siasat : saya memang ada salah boss, itu undang (undang2) cakap tak boleh gaduh, kita kasi gaduh boss.
penyiasat : jadi awak mengaku awak ada pukul itu orang?
kena siasat : (masih memegang kaki penyiasat, dan penyiasat macam eksen je kaki kena pegang. err... serius sikit, ini penyiasatan). betul boss, saya sama saya punya kawan ada pukul itu myanmar. itu myanmar punya worang ta'da pukul kita boss. boss, jangan pigi balai boss.
penyiasat : ok..ok.... sudah, bangun. duduk kerusi. buang awak punya air mata. sekarang saya mau awak beri awak punya statement. kita tak da pigi balai.
kena siasat : thank you boss.

dan akhirnya selepas beberapa drama lagi yang lebih hebat, kes ini berjaya diselesaikan. harus dinyatakan kepada semua, terutama yang bekerja bahawa HR cuma menyiasat dan MENCADANGKAN HUKUMAN. keputusan sesuatu hukuman adalah dari pengurusan tertinggi syarikat. HR boleh mencadangkan agar sesuatu kes seperti mencuri contohnya untuk dibuang kerja dan dilaporkan kepada polis, tapi pihak pengurusan yang akan menyatakan bahawa adakah itu keputusan yang mereka mahukan. dalam kerjaya aku banyak jugak kes yang HR cadang suruh buang pekerja, tapi pekerja tersebut tidak langsung diambil tindakan. kadang2, HR rasa tak adil, tapi HR juga mesti terima keputusan tersebut dan mempertahankannya.

apa? kesudahan kes diatas?....

seorang pekerja bangladesh dihantar pulang selamanya ke bangladesh dan 2 orang digantung kerja selama 2 minggu. 2 lagi pekerja myanmar didapati tidak bersalah.

mahkamah bersurai.

3 comments:

ku-cit said...

nasib baik dia pegang kaki bos ajw...kalo dia pegang tempat lain...ehehehe

Mak Su said...

pengalaman yang boleh dibukukan

Nek Cun said...

Izman, memang camtulah orang HR... dan nekcun selalu ingatkan semua kekawan HR practitioner supaya mengamalkan prinsip 4F - friendly, firm, fair & focus... kalau nak tahu details nya kenalah bagi 'pengerasnya' dulu... hehehe...