Sedar tak sedar, dah 4 tahun rupanya aku berblog. bermula dengan posting pertama pada 14/2/2008, aku berblog sampai sekarang.
hasil dari berblog ini macam2 menda aku dah dapat. duit hasil iklan tu adalah sikit2 (bukan merendah diri, tapi memang sikit). sesekali aku tengok kawan2 yang publishkan cek iklan spt nuffnang, advertlet dan sebagainya, terasa hebat sangat mereka. sesekali nak jugak publish cek yg aku dapat, tapi takut kena gelak sampai terkencing pulak. apa2pun, duit tu bukan tujuan utama sekarang, tujuan utama aku berblog adalah untuk BERKONGSI CERITA & RASA.
hmmm.... blog aku ni memang cacamerba, macam2 ada. dari cerita peribadi, keluarga, anak2, makanan, melancong, politik, jenaka, hobi, isu semasa, kerja dan sebagainya. kalau diminta kategorikan, akupun tak tau. berbanding blogger hebat lain yg ada kategori tertentu, biarlah aku cacamerba. aku tulis apa yg aku suka tulis.
dalam merayakan sambutan ke 4 aku mengarut di blog ni (14/2/2008 - 13/2/2012), takde menda hebat aku nak kongsi. statistik blog akupun biasa2 je. pengunjung harian dalam 100 - 300 je. terdapat 226 orang yg sudi jadi follower aku, itupun selepas aku follow mereka. dalam seramai itu yg datang, terdapat 51 sahabat yang sudi mengikuti aku secara tetap dengan menjadi readers. maksudnya, kalau aku update je entry, mereka akan dapat posting tu dalam email mereka; TERIMA KASIH.
dalam berblog ni macam2 watak aku mainkan; ayah yang baik, suami yang budiman, pakwe baik yg ditinggal kekasih, staff HR yang baik hati dan segala yg baik2 (apsal aku rasa nak terjun dari bangunan bila baca ni?). watak2 jahat, nakal, garang, bengis, playboy dan sebagainya adalah rekaan semata2. aku saje nak pelbagaikan watak sebagai satu cara mengembangkan bakat menulis sebelum aku menulis novel bila pencen nanti.
apa2pun, kepada sahabat2 yang sudi datang dan membaca blog picisan aku ni, aku ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH. kalau ada sesuatu yang bagus untuk dikongsi dan dijadikan panduan, ambiklah. jika posting tu keterlaluan, tegurlah. aku juga manusia biasa, ada masa emosi mengawal pertimbangan otak.
kepada sahabat yang membaca dan mengikuti blog ni, jangan ada apa2 persepsi bila membaca blog ini. just baca sebagai hiburan. jangan ambil terlalu serius dengan watak dan penulisan aku ini. watak2 dan jalan cerita tidak 100% benar, mungkin juga tidak 100% palsu. gunakan akal budi dan iman untuk menilainya.
kepada sahabat yang dah lama bersama blog aku ni, harap kita dapat kekal bersahabat even melalui perantaraan blog ini. kepada yg tiba2 terjumpa blog ini secara tak sengaja, harap kalian dapat membaca posting2 lama dan menilaikan siapa izman ini.
sekali lagi, TERIMA KASIH kerana menjenguk aku disini.
izman
damak_76@hotmail.com
012.2713260
4 comments:
bnyk tol watak ko, mmg blh buat novel ni sbb ko suka tulis pjg...
marinahunny:
mmg ada hati nk tulis novel, tapi baru tulis 3 patah perkataan je dah jadi stress. tulis blog yg merapu2 x stress pulak.
4 thn dah ye, masih bole kekal dlm dunia blog...e-na bila dah keje nnt tak tau la sempat ke tak nak update Lovely Kitchen...baby baru? eeerrmmmmm belum lagi dlm masa terdekat ni kot...tgk bla dah betul2 ready dan ada rezki insyaallah...
Same ler kiter... IM pun dah 4 tahun berblog.
Muga terus komited dengan penulisan yang memberi manafaat!
Post a Comment