jumaat lepas masa solat jumaat, khatib cerita pasal statistik perkahwinan dan perceraian orang Islam. statistiknya sangat menakutkan, khatib menyatakan dari 6 orang Islam yang berkahwin, 1 orang akan bercerai.
heh... secara jujur aku memang tak suka statistik.bukan baru2 ni je, dari zaman aku uum lagi. pelajaran statistik yg termasuk asas statistik dan statistik gunaan memang aku menyampah. kalau tak kerana subjek wajib, memang tak hingin aku nak belajar. pening satu hal, dan mengarut satu hal.
berbalik pada kenapa aku tak suka sttistik, heh... sebab aku memang aku tak suka mengira (tapi aku jaga payroll utk 5 syarikat). statistik ni pada aku selalu diselewengkan mengikut kehendak kita dan kadang2 ia menunjukkan data yang salah.
contoh? berbalik pada statistik perkahwinan contohnya. lupakan data2 yg khatib bagi masa solat jumaat, ini adalah contoh bagaimana ststistik diambil secara salah.
pasangan berkahwin tahun 2010 = 100,000 pasangan
pasangan bercerai tahun 2010 = 10,000 pasangan.
kesimpulan : bagi setiap 10 pasangan yg berkahwinan pada tahun 2010, 1 pasangan akan bercerai.
data betul, kesimpulan betul, tapi realitinya salah!
pasangan bercerai pada tahun 2010, tak semestinya yg berkahwin pd thn 2010, jadi tepatkah yg disimpulkan? dan data2 ni membuatkan ramai kaum wanita diluar sana takut untuk berkahwin. ye lah, buat apa kahwin kalau nak diceraikan! so, data andartu pula akan meningkat.
lelaki? korang tulislah data ststistik 1 kahwin, 5 berceraipun, mereka tetap nak kahwin. aku tak tau psal perempuan sebab aku lahir sebagai lelaki, dan tak pernahpun jadi perempuan even seketika. tak rela nyah! kaum aku, lelaki normal, dari kecik2 lagi memang dah tau kahwin tu seronok. keinginan untuk kahwin tu memang tertanam dari kecik lagi. dan keinginan itu lagi terserlah bila dah berkhatan. tengok ada dara kat sekolah pun meleleh air liur. kalau undang2 boleh kahwin masa kanak2 dan ibubapa masih kena tanggung sampai umur 21 tahun, confirm 3-4 orang dah aku kahwin.
berbalik pada statistik, aku setuju bahawa data2 penting untuk menunjukkan sesuatu, tapi data itu sepatutnya dirujuk secara tepat. data perkahwinan dan perceraian umat Islam contohnya perlu dikira dari tahun2 sebelumnya. bila angka2 terdahulu diambil kira, datanya lebih tepat.
apa2pun, sebagai umat Islam kita perlu percaya bahawa mendirikan masjid (kahwin) adalah ibadah kepada mereka yg cukup syarat. bercerai hidup atau bercerai mati itu adalah qada dan qadar.
1 comment:
au pun x suka statistik. hahaha zmn study dulu subjek biostatistik kitorang aim duk sebelah student cina utk tiru jwpan. sib baik soalan objektif boleh la nk jeling2..hahaha
Post a Comment