dalam bekerja, even kerja bertambun, mengejar dateline, attend org nak interview, persiapan raya cina, presentation, audit dan segala mak nenek menda rutin lain; menghadiri meeting adalah sesuatu yg tak boleh dielakkan (err... aku memang suka mengelat bab2 meeting ni).
lagi semput napas aku bulan ni sebab hari tu masalah software payroll corrupted. kena handle interview, update data peribadi pekerja untuk persiapan untuk income tax, persiapan bonus (bonuslink???), monthly presentation, kes disiplin dan terbaru memilih pengusaha kantin. malas sebenarnya nak cari sebutharga banyak2 semua banyak bohong je. aku pilih 3 terbaik, suruh staff aku buat comparison dan dah pilih satu untuk start selepas tahun baru cina ni. sepatutnya pengusaha sekarang tu sepatutnya ada sampai hujung tahun ni, tapi since bermasalah, aku suruh dia berhenti je. selalunya bila ada pemilihan pengusaha cafeteria baru, akan ada food testing, since aku bizi giler, tak sempat aku nak melayannya. testing lepas raya cina pun ok jugak.
ok berbalik pada tajuk asal iaitu meeting.
meeting ni aku setuju ianya penting, bagi menyelesaikan masalah, penerangan, dan sebagainya. tapi bila asyik2 meeting dan mengganggu kerja rutin, tu yg penat. even meeting dari pagi sampai petang, kadang2 pernah terbabas sampai 8 malam, kerja2 rutin kena siapkan. borang cuti kena juga direcomenkan untuk kelulusan boss. borang overtime juga kena check sebelum boss approvekan. tu belum lagi nak luluskan donation pelbagai persatuan dan charity. menda2 kecik, tak perlu meeting. fikir dan luluskan je.
beberapa hari lepas, aku cam biasa dipanggil untuk meeting. kena panggil meeting, nak le jugak tau meeting tentang apa. nak bersedia dengan 'senjata'. kalau pergi meeting secara sembrono je, bila boss tanya tapi tak dapat jawab, kang rasa bodoh pulak.
since meeting secara mengejut, akupun segera ke conference room. kawan2 lain sedang menunggu. 2 org boss belum masuk. so, aku tanya salah seorang geng org kanan boss, apakah title meeting kali ni. staff aku cuba bagitau aku boss panggil meeting, tapi dia sendiri tak diberitahu meeting ape. selamba badak air je kawan aku tu cakap :
kawan :"ai... kawan, you sudah kerja sini berapa tahun? meeting kita pernah ada tittle ke?
aku : mestilah ada. production meeting, rmp meeting, hod meeting, budget meeting, dan lain2 la.
kawan : so,....
aku : so, apa meeting kita ni? must be a reason to call a meeting.
kawan : ayya.... kita punya meeting jenis freestyle maa... meeting hod, cerita pasal expenses. meeting production ada cerita pasal lain. so, meeting jenis freestyle la...
aku : ya la.... saya setuju. ok, mau buat nescafe panas dulu.
No comments:
Post a Comment