rutin pagi setiap hari persekolahan ialah membantu menguruskan anak2 utk bersekolah. membantu? yelah, sebab kerja tu isteri yg buatkan, aku takat tolong2 je. kadang2 tu hanya tolong tengok, bagi moral support je. ha.3x. utk anak2 aku, isteri akulah yg uruskan hampir semua urusan persekolahan harian anak2. dari kejut bangun tidur, mandikan, berpakaian, tunggu transporter ambik dan begitulah juga waktu pulang dari sekolah. aku setakat lepak2 di depan rumah tunggu sekali dan hantar pika ke tadika jam 8am. syukurlah ada seorang isteri yg begitu cekal dan memahami. kalau ada 4 isteri yg cekal dan memahami bagaimanalah agaknya (opsss! kena tidur sorang aku malam nanti kalau isteri baca ni).
saban hari masa menunngu transporter datang ambik luqman, dalam suasana masa sejuk dan kelam, ye lah dalam jam 7am, aku perhatikan jiran2 cina aku dah asyik bersenam dan bertai chi. tak kira tua muda. jiran melayu dan india macam aku lebih suka layan selimut atau peluk bini dirumah. maklumlah masih sejuk.
kadang2 aku terfikir, mereka bersenam untuk siapa? off course untuk diri sendiri. ye lah dah tua2 gayut masih bersenam, kalau jatuh sapa susah? pun begitu aku faham bahawa bersenamlah membantu mereka lebih sihat sebenarnya. orang cina, dah tua gayutpun masih sihat, masih boleh berjalan sana sini. yang melayu pulak umur bagu masuk 40an atau 50an dah macam2 sakit ada. yg paling ketara penyakit 3 serangkai. kesian..... tak sempat merasa duit pencen kwsp dah pergi dulu.
aku setuju bahawa kesihatan penting. kalau tak penting manakan premium insurans dan kad perubatan naik saban tahun. umujq meningkat hanya satu nombor setiap tahun, tapi premium insurance naik kurang2 dua nombor. contoh? aduiii, bengapnya. kalau umur naik dari 30 ke 31 tahun, premium insurans kad kesihatan contohnya naik dari rm300 ke rm380 setahun.
aku pun sama, dalam risiko yang minima sebab belum ada sakit merbahaya lagi, dah mula menyibukkan dengan bersenam. tiap minggu aku akan main badminton, kekadang bowling (banyak masuk longkang dari kena pin). ada kawan ajak masuk fitness centre, tapi tak minat. dah la yuran mahal, masa aku terhad (alasan).
bercakap pasal bersenam ni, teringat masa kat sintok dulu. kalau petang2 even seorang diri aku selalu jugak berjogging kat tasik uum. dari kolej eon, aku lalu cafe d9 petronas. pusing2 tasik tu mendamaikan. berjogging kadang2 sekejab je, tengok awek2 berjogging yg lebih. faham2lah tengah muda belia masa tu. sambil2 jogging tu, usaha2 jugak awek2 yg berjogging. manalah tau dapat jodoh tepi tasik. nenek tiri sebelah mak tiri aku pernah cakap, kalau dapat jodoh tepi tasik ni bagus; sejuk. kalau konsep cina cukup unsur2nya iaitu air (tasik), api (kepanasan berjogging), tanah (berjongging mesti atas tanah) dan besi (besi alatan bersenam yg disedia di tepi tasik). heh... satu lagi ajaran sesat sebenarnya tu. heh.3x.
apa2pun, bersenam dengan apa cara sekalipun dengan mengeluarkan peluh baik untuk kesihatan diri. ia menjauhkan penyakit dan membantu menambahkan stamina diri. kalau tak sayang diri, sayangkan anak2 dan isteri. sekian "mesej kesihatan ini dibawa oleh "syarikat izman anak beranak sdn bhd".
2 comments:
huk..aku pnh gak jog kt tasik gutrie tu, tp lebih byk berdating area situ rasa2nya....ahakssssss
tabik bini hang dapat buat semua keje2 yg rumit tu.. and also dapat hubby yg sangat membantu.. kannn?
hehehe...
anyway, bersenam kalu org melayu kita mmg selalunya malas.. aku sendiri mengaku.. yg banyak kat taman2 tu bangsa cina je kan?
cemana agaknya nak terapkan semangat suka bersenam?
Post a Comment