Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 (1111)

alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun 2011 rupanya kita. walau kita sedia atau tak, redha atau tak, tahun 2010 dah berlalu. dan kini tahun 2011 dah menjelma. kalau diikutkan, banyak lagi perancangan tahun 2010 yang belum aku bereskan. tapi kalau sebut bab2 kerja ni, sampai kiamatpun tak selesai.

oh ya, kepada sahabat yang mengucapkan selamat tahun baru melalui sms, call, mms, email, facebook dan blog; aku ucapkan terima kasih. aku dah pastikan aku menjawab ucapan2 kalian. kalau ada ucapan yg dikirim tapi tiada balasan, cuba check outbox anda sekali lagi. may be ada sms yang tak dapat dihantar sebab credit tak cukup atau line dah kena blok. heh...

sambutan tahun baru? dah lama aku tak sambut. lepak depan tivi je layan dengan keluarga. bujangan dulu lainlah, ada 'kawan' dan kawan2 yang ajak celebrate dan turut menjerit menghitung detik 12 malam tahun baru. dah kawin ni kenalah buat cara kawin.

perancangan dan azam tahun baru???
tahun 2011 ni sebenarnya macam2 cabaran baru buat aku.

1)yang pertama dah kena hantar anak masuk darjah satu, dan seorang lagi dah masuk tadika. kena bangun awal pagi siapkan mereka dan hantar ke sekolah. balik sekolah ada yg jemput.

2)tentang kerja, entahlah. syarikat aku sekali cakap nak pindah ke kota damansara, sekali cakap stay di port klang. akupun bingung. so far, kalau pindah ke damansara kemungkinan besar aku tak akan ikut serta. aku prefer cari kerja lain sekitar shah alam dan klang je. sekarangpun tengah fikir secara serius untuk beralih arah. even dah sangat selesa ditempat ini, banyak faktor lain yang kena aku tengok juga. kalau statik dengan keadaan sekarang aku tak kemana. seorang sahabat pernah tegur aku 'jika kita terlalu selesa di satu tempat, kareer kita sebenarnya dah mati". tengok keadaanlah.

3) cam biasa, percutian keluarga ingat nak gi jauh sikit tahun ni. tahun lepas memang plan nak ke indonesia, tapi kerosakan kereta je dah makan belanja lebih rm6000, lari segala budget bercuti. tapi setakat cuti dekat2 tu, memang banyak la.

4) ingat nak pertingkatkan koleksi duit syiling dan wang kertas aku. sebelum ni aku buat koleksi coins je, sekarang dah dipertingkatkan dengan banknotes. harap dapat jadikan lebih 1000 coins tahun ni. banknotes harap jadi 300 keping.

5) tambah ahli keluarga? entahlah. kita tunggu dan lihat sahaja. aku rasa kalau dapat tambahan ahli keluargapun ok juga. err... kena bincang dengan wife dulu, biarlah sama2 bersedia.

5 je? sebenarnya banyak lagi. tapi yang 5 ni pun terkencing aku nak menguruskannya.

oklah, kepada semua sahabat, aku ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2011. MOGA KITA SEMUA BEROLEH KEJAYAAN, KEKAYAAN DAN KEBERKATAN".

1 comment:

suriani said...

bagus betul hg ni.. semua dah siap dirancangkan... i like..
semoga berjalan baikkk kan?
selamat taun baru.. pada aku anak masuk sekolah tu yg berbeza, lain2 sama je..