Friday, January 14, 2011

Berapa Takat Didih Anda?

aku sebenarnya sangat suka tengok cerita 'boiling point' di tv7. candid mengenai tahap kesabaran manusia dirakam dan reaksi diukur berdasarkan masa berapa lama mereka boleh bersabar dengan tekanan sesuatu keadaan yang direka.

dalam kehidupan seharian, takak didih (boiling point) ni sesuatu yg lumrah. kalau takat yg simple2 masa sekolah dulu kita belajar takat didih air menggelegak, 100 darjah celsius (kot??). bagi manusia tahap ia ikur pada reaction kita. ada orang boleh bersabar, ada orang kurang sabar dan ada yg langsung tidak sabar.

bagi aku secara peribadi, tahap didih akupun belum teruji sepenuhnya. ada masa aku lebih bersabar, ada masa buat tak tau dan ada kala reaction terlalu dahsyat sehingga dirasakan tidak sesuai dengan situasi. tengok mood jugak la. sebagai seorang ketua keluarga, aku yakin reaction ni pada aku akan menjadi maha dahsyat kalau keluarga aku diganggu. so far, tiada isu.

dalam pekerjaan aku sebagai orang minyak, errr orang HR, takat didih aku sebenarnya tak menentu. ikut keadaan. tapi aku percaya orang HR lain macam sikit. mood dia dalam sehari boleh sampai 30 macam. kejab ok, kejab terlalu cool, kejab lagi pembengis, kejab lain lemah lembut. kejab lagi begitu prihatin. kejab lain pemarah. tu biasa. sepatutnya orang2 HR ni kalau nak tukar kerja, aku cadangkan jadi pelakon.

macam aku, mood aku kadang2 pagi2 dah sound orang datang lambat. kejab lagi, ada pekerja yg dipuji kerana aktif di syarikat. dalam mengurus sesuatu kes, takat didih aku juga tak menentu. aku boleh cool menguruskan kes, even ada pekerja yg nak kena buang, dan ada tekanan dari pihak lain. kena profesional. even ada pekerja yg kena buang, orang HR macam aku masih boleh lepak makan dikantin, siap menambah lagi. sedangkan orang yg dibuang menangis sakan berpeluk dengan kawan2 di meja sebelah.

pun begitu, orang HR ni banyak hiburan. maksud aku dalam melaksana kerja banyak menda yg menghiburkan hati. beberapa hari lepas, takat didih aku dah tinggi, aku yakin kalau ada yg buat salah memang kena warning letter at least. tapi tengah dok meluluskan cuti pekerja, ternampak pulak sorang pekerja ni cuti sakit. aku gelak besar. aku siap panggil section head dia jumpa aku.

korang tau apa alasan cuti sakit? maternity leave. kalau pompuan oklah. ini jantan. yg buat aku gelak besar ialah perut dia memang besar, macam orang mengandung 6 bulan. aku suruh section head dia, si saiful nizam panggil staff dia. pastu kami buat muka garang tanya kesalahan berkaitan cuti. pucat beb! pastu kami pakat ketawa ramai2, kami cakap "Berapa hari pantang?", "baby boy ke baby girl?", "anak berat berapa kg?". merah padam mamat tu.

apapun, hidup mesti kena banyak sabar. kalau selalu marah tak bagus untuk kesihatan.

2 comments:

suzieapai said...

klako bila ko nyatakan org hr bley jadik pelakon...

kira bley la ko mgugat piuk nasi artis nih...

izman said...

suzie,
aku sendiri mmg ada hati nk jadi pelakon, tapi confirm diorang suruh jadi hantu atau pakcik je. muka tak komersil.