Thursday, November 6, 2008

Lagu2 yang mengiringi peristiwa hidup

Dalam hidup ini kita selalu diingatkan dengan sesuatu peristiwa yg menimpa kita melalui lagu-lagu.

masa aku duduk hostel zaman form 4, 5 dan upper 6; aku membekalkan diri aku dengan sebuah radio transistor kecik. masa tu mane ada teknologi telefon bimbit. walkman mane berani bawak, nanti warden rampas wo.... yg ada radio kecik (transistor) atau radio pasar malam yg siap ada earphone (ear speaker??).

stesen radio kegemaran masa tu ?? masa tu mana ada radio era, hot fm, sinar fm. yg terhebat masa tu pada aku ialah radio muzik. rancangan paling top ialah pilihan bersama. tak silap aku hampir tiap malam ada 20 pilihan lagu yg hebat2. aku dulu2, masa org studi aku lebih suka baca novel atau tidur. kemudian masa orang gi supper, aku bangun. then pekena teh panas dan sambung studi sampai awal pagi sambil dengar radio. dah banyak kali aku kena tangkap tidur masa studi. ada juga kena tangkap tidur dalam dorm masa org studi. takat kena denda siram dengan air, cuci tandas time cuti dan bersih asrama puteri hari ahad memang tak mematahkan semangat aku untuk tidur masa studi dan berjagastudi masa org tidur sambil dengar radio. lagipun denda bersihkan asrama puteri bukan semua boleh masuk. hari ahad sapu dan buang sampah kat asrama puteri best sioott. rata2 warga aspuri pakai short, t'shirt ketat, tak pakai tudung. bila lagi nak tengok. kalau masuk mengendap, mampos kena public canning. tapi kalau didenda masuk aspuri, peluang baik tu! tu bukan mengendap, tertengok. dapat pulak ada makwe2 yg dah lama aku nak usha ngorat. yg best makwe dan adik angkat (apsal pompuan marah kalau pakwe diorang ada adik angkat perempuan??) siap ada belikan air kotak picnic belakang tandas aspuri. apsal la ada warden bengong buat denda macam tu. konon nak malukan kami la, woii... kami memang muka tak malu tau.

opss! lari tajuk dah. yg sadis pasal radio kat hostel ialah masa spotcheck. Alhamdulillah, aku selalu terlepas. even masa aku junior, aku geng dgn senior yg jadi ketua2 biro asrama. masa aku dah senior, aku antara ketua biro. so, tak kan geng sendiri nak check satu2 kot? rata2 mmg ada tempat rahsia. memang susah nak kantoi lah.

aku masih ingat, masa aku form 5 lagu rasmi kat hostel group2 aku ialah bernafas dalam lumpur nyanyian wings. lagu ni kami nyanyikan hari2 masa mandi lepas main bola. yg bestnya lagu tu dinyanyikan dengan nyanyian standard, alihbahasa tamil, bahasa kelate, bahasa teganu, bahasa kedah dan bahasa jawa. macam2 suara ada yang berpadu menjadi nyanyian merdu. maklumlah ada yg nyanyi sambil gosok gigi, ada yg tengah mandi, ada yg basuh baju, dan ada yg nyanyi sambil berak. tak senonoh betullah geng ni (aku yg senonoh sikit kot).

doq asrama je suka sangat layan radio, kat rumah mestilah layan kaset. aku masih ingat album pertama yang aku beli dengan duit sendiri ialah masa aku form 1. album handy black. masa tu memang rock karat punya. seluar fit, rambut ada remos lagi. rockers la katakan. kalau ada funfair mesti aku redah punya. masa tu aku minat kumpulan search, wings, damasutra, handy black, ekamatra, bumiputra rockers, gersang, iklim dan banyak lagi lah.

lagu paling manis masa kat asrama tu melibatkan makwe ialah lagu Fiona nyanyian 4u2c. dan melibatkan adik angkat ialah umpama mimpi dalam mimpi nyanyian damasutra.

masa aku upper 6, aku suka satu budak pompuan form 3. kebetulan dia memang comel, dan doq hostel gak. aku hantar surat beserta lagu Kau Ilhamku nyanyian man bai (gersang?). alamak terkantoi, surat tu ditemui senior perempuan hostel yg kebetulan sepupu awek aku. atas persefahaman dgn sepupu aweks tu, kami rahsiakan sebab periksa stpm hanya 2-3 minggu je lagi. takut terjejas pelajaran.


masa lepas periksa stpm, aku kerja kat emporium hock kee seng (hks) kuala terengganu. asyik ulang alik dari wakaf tembesu memenatkan, apatah lagi aku dan adik aku kerja shift. so, kami menyewa bilik kat jln banggol, ala jalan nak gi kedai pasar payang. so, balik kerja hari2 aku layan radio dan kaset. kaset masa tu tahap beli pasar malam, rm5 jee. yg original aku beli masa tu kumpulan iklim (support org sekampung), slam, dan ukays. yg paling aku tak leh lupa ialah kenangan lagu jay jay berkaitan putus cinta. lagu ape aku tak ingat tapi antara senikata dia ialah "kalau ku ikutkan amarahku ini, ingin rasanya aku mencampakkan, semua pemberianmu....... cilanat betullah, dah la aku dapat surat minta perpisahan dari awek form 6 aku tu. lagu tu ngam2 kedengaran masa aku tengah frust gile di tepi muara laut kuala teganu. ala depan pejabat pos besar kuala teganu. dulu depan tu belum ada restoran terapun tu lagi. bahlul mana tah pasang lagu tu dari kereta yang sengaja di kuatkan. ikut hati nak je aku tolak dia dan kereta dia masuk laut tu. tapi aku sabar je sebab aku sorang dan dia ada 2-3 orang.

masa kat teganu jugaklah aku terjebak jauh ngan irama rock keras seperti metallica dan nirvana. nak pulak kerja pasaraya dan geng dengan kaki ubat batuk dan pil john. kasihan dgn member yg kaki pil john tu yg khabar terakhir aku dengan meninggal overdose.

masa masuk uum (universiti utara malaysia), dengan mengikat perut hasil wang kiriman keluarga dan sedikit duit loan, dapatlah aku beli computer jenis compaq presario dan sebuah mini compo. so, tak le jemu kat bilik. masa first semester, memang hidup solo la. semua awek baru dah sangkut dengan senior. so, hidup semata2 gi kuliah dan lepak ngan kawan2. sebab course dan kelas lain2, adanya pc dan mini compo dapatlah mengubat kebosanan. biasanya guna pc untuk layan crita2 hindustan. waktu tu aku minat gile dengar radio era, terutama dj halim osmang. kekadang tu layan gak lagu bollywood kat time hiway radio dikelolakan oleh dj andi hakim.

tujuan dengar muzik tetap sama iaitu menenangkan jiwa dan untuk studi. kalau studi dalam suasana sunyi, rasa macam bodoh jee...

masa dah kerja, lagi berkembang minat aku dengar lagu. kaset2 dah beli ori la. lagu jatuh cinta aku dengan sorang budak kelantan ialah lagu nyanyian ameng spring. antara bait lagu nya aialah " ku tak tau mengapa, tiba2 sahaja, di dalam hati ini sering rindu pada mu ......". kemudian bila aku dah bertunang, lagu perpisahan untuk dia ialah lagu nyanyian iklim " bukannya aku tak cinta, bukan pula aku tak tega, kerana orang tua yg tak merelakan cinta kita, gerhana saksi bisu .....".

tapi lagu yg betul2 membuat aku gila awal2 keluar u dulu ialah lagu "im a big2 girl, in a big2 world, its not a big thing if u leave me....". kerana lagu ni lagu cinta ngan awek kedah. dia hadiahkan lagu ni kat aku sebelum aku grads, dan menyatakan ini lagu perasaan dia. dia masa tu belum grads lagi. dah kawin kot sekarang. last news dia kerja kat shah alam. tak de jodoh.

masa kerja dulu, opis mate aku yg biasa jawab call aku akan selalu sindir aku ngan nyanyian lagi ukays " disana menanti disini menunggu". tapi tu dulu kan. sekarang aku dah berubah. setia hanya pada seorang isteri. yg lama2 tu cuma memori lama yg mendewasakan aku.

yg peliknya aku tetap suka lagu reggae sampai sekarang. lagu2 bob marley seperti no women no cry dulu jd pegangan aku. lagu buffalo soldier kini jd lagu dering henpon aku. aku agak fanatik bob marley. kalau ada duit nak je aku pergi jamaica sambut hari bab marley pada setiap 4hb februari. kebetulan birthday aku sehari sebelumnya. jgn tak tahun, bob marley day ialah hari cuti umum kat sana tau. siap ada perarakan besar2an lagi. ada setem, coins dan sebagainya. perhh....

kalau boring2 aku suka dengarkan semula lagu yg antara lain "by the river of babylon...." nyanyian abba (kot??). atau sekadar mendengar desekan violin vanessa mae boleh buat aku tenang. tapi kalau dengan hentaman dram kitaro, fikiran aku jadi berkecamuk balik. kalau lepak kat rumah atau dalam kereta, siaran radio rasmi aku ialah sinar fm. radio era pada aku dah tahap tepu, dah kurang kick. apatah lagi dj diorang yg best2 mcm fara, kieran, halim osman, kairil rashid dan sebagainya dah berhijrah tempat lain.

itu sebenarnya sebahagian lagu2 yg pernah bertapak dalam hidup aku. banyak lagi sebenarnya. tapi malas nak ingat semua. kang merajuk pula isteri aku yg tersayang. memori bersama termasuk lagu2 memang tak boleh dibuang dalam memori otak ni, kalau surat2 cinta, gambar2, hadiah2 dan sebagainya semua dah dibakar sebelum aku akad nikah lagi. buat ape nak dikenang2kan!

korangpun tentu ada kenangan berkaitan lagukan.....?






IZZI ADVERTISING---------------------------------------------


Info lanjut?? Klik disini

10 comments:

Unknown said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

he he he, n3 ko buat aku teringat zaman2 blajar....menang manarik...rase macam nak pergi balik ke zaman tue...huh.

izman said...

pendekar,
trima kasih singgah. blog ko mmg ilmiah la. respeck la. mcm aku ni, mengarut je.... ha.3x.

zaman dulu terutama masa persekolahan mmg kenangan terindah. confirm x leh lupe punya.

ILA said...

Salam
Entah apa2 le kau ni Izman.
btw mmg cukup byak kenangan kau yeakkk..:D

tapi aku cukup bengang dgn sorang budak lelaki yg suka nyakat aku.tiap kali kluar dari kuliah mesti dia buat2 langgar aku & tarik tudung aku.kdang2 sampai keronsang tercabut & pernah terbuka tudung sampai nmpak rambut.tak ke malu & haru tu..time tu aku naif sgat..sikit2 nangis..huhukk...
tapi aku skrang dah jadi pompuan yg struggle.Kalau aku jumpa budak tu..bleynya aku karate dia..

muehehehe..poyonya:p

Nur a.k.a admansyah said...

ntahh... aku nk klasifikasi hang nie grup maner...? cam aku jugak kott.. kejap ROCK, RAP pun boleh.. kaki jiwang pun layan! I follow.. heh..heh..

tp zaman suar ketat tur hang leh geng ngan laki aku,beb! Psr Payang? aku rase..hang tk teringin pun nk terojun coz laut tur kotor beb!

Izman, tlg jwb Q's aku sat :
*** UUM grad biler? Course? Kolej? aku mmg tak penah nmpk muka hang kat sana tapi sajer nk tau!

Moral : Bercinta biar seribu... berkawin biar satu! (ikhlas nasihat utk ko dr aku...)

izman said...

ila,
rap sebenarnya aku elergik sikit. kalau dangdut ok pulak. nak2 goyang gerudi inul. secara total, aku ni layan semua la.

ada ke lelaki tak mature mcm tu, nak ngorat main langgar2 dan t arik tudung. itu bukan nk ngorat tu, itu kategori perogol bersiri.

dulu dia langgar ko kan, nanti kalau jumpa ko langgor la dia balik.

izman said...

nur aka admansyah,
aku mat reggae. dan mat rock, dan mat ppo yeh yeh... dan sebagainya.

aku uum batch mane yer?? mane aku ingat la. grad thn 99/00 kot? lupe la... yg aku ingat aku batch pertama pengambilan coz bhrm.

aku kolej eon. selalunya lepak kolej petronas (D9). dating kat kolej pernas. aku dulu pemalu, masa dihabiskan dgn geng kelana siswa gi xpdc atau lepak library layan koleksi haram (documentari yg diharamkan, buku2). eleh... kalau dulu pernah jumpapun bukannya kenal....(kuang.3x).

cendawanintim said...

perghhhhhhhh, banyak betul persamaan ko dan aku kan...patut ler cam ada kimia lam persahabatan kita..

tapi aku tak reti nak layan tamil...sebab aku tak tahu citer tamil wujud lam tb???channel umah aku asyik 611 ajerrrrrrrrr!!!

pehtu yang lagu jiwang2 tuh aku memang tak layan sangat...

tapi raggae bob marley banyak kenangan...

lagu metalllica n nirvana memang top pon zamang kita dulu2..tapi masa tuh aku dah advance sebab aku kapel ngan budak underground!

weiiiii, jangan ler bagitau orang pasal pil kuda ngan overdose tuh...orang teganu baik2 maaaa...
eceh..!!!padahal baru beberapa ari lepas arkitek yang deal ngan co. aku meninggal pasal mende kejadah tuh..jumpa kat tong sampah tau...arkitek tuuuuuuuuuuu...

Mak Su said...

dulu dengar DJ zainal din zainal, mochi mochi, kak prema...rtm ler. radio muzik is a must. siap rakam lagu kat kaset. siap burn lagu kat kaset kat kedai, dorang cas tak ingat ler, 50 sen ker, singgit ker satu lagu.

dengar wings, search, scorpion, duran duran, boy goerge, wham, etc etc...wallaaa....

izman said...

cendawanintim,
tu lah pasal. aku rasa kimia organic kot.

apsal tak minat tamil, mak su pun dah minat tamil. chanel 202 la. kalau mlm jam 9 atau 12 ko tekan la, mana tau ada criter best. aku minat jothika.

perhh... penah couple ngan budak underground tu. penah minum darah kambing tak x-boifren ko tu??? (kuang.3x)

tah lah, itulah bangsa kita. suka jahanamkan diri dan bangsa sendiri dgn dadah, ubt batuk dan mcm2 lagi. aku msh ingat suatu mlm tahun baru ngan geng aku tu, kami layan lagu curt cobbain nirvama, pastu dia yg high cakap dialah curt kobain. geng sorang lagi cakap kobain dh mati bunuh diri, tetiba je dia tanggal baju dan jerut baju kt leher dia sampai keluar air liur. nasib kami ada, kalau tak dh lagi cepat dia aruah. muzik ni berhantu jugak la rasanya....

izman said...

mak su,
dj noramin kenal, dj moshi2 tu x leh ingat la... memori full la lepas mkn ni. nk kena defrag ni...

pergh... duran2 lagi tu. dahsyat jugak mak su ni yer. susah la nk bayangkankan mak su dengar lagu tu dengan baby w.