Semalam (26/2/08), aku ikut kawan berjumpa kenalannya di Jalan Yadi, Klang (Selangor) untuk satu urusan peribadi. Hal ape tak yah critelah ye....
Kenalan beliau dah berumur, aku rasa lebih 50 tahun. dalam bersembang urusan mereka, pakcik tadi menyelitkan dengan pelbagai cerita agama dan falsafah yang aku rasa menarik. Banyak sebenarnya yg menarik sepanjang perbualan lebih 2 jam tu. Aku cuma nak share tentang dua perkara:-
Perkara satu
Beliau menyatakan bahawa manusia bermula dari TIDAK TAHU, untuk mempelajarinya manusia mestilah AMBIL TAHU. Selepas mempelajari sesuatu itu secara formal atau tidak formal, barulah manusia TAHU. Alangkah bagusnya kalau manusia tadi MEMBERITAHU orang lain tentang ilmu Allah yang diketahuinya agar manusia lain juga menjadi sepertinya.
Perkara dua
Manusia dalam mengejar ilmu hendaklah bermula dengan MENGAJI iaitu belajar. Dalam pembelajaran manusia dengan berusaha MENGKAJI sesuatu benda yang dipelajari. Setelah yakin seelok-eloknya manusia MENGUJI apa yang dipelajarnya. Kalau berjaya hendaklah ia MENYAJI atau mempraktikkan apa yang diperolehinya. Setelah benar-benar yakin barulah ia boleh MENAJI atau mengajar orang lain. Namun, janganlah sesekali kita buat sesuatu yang menyalahu ajaran Allah.
No comments:
Post a Comment