Thursday, February 14, 2008

keperluan mencari wang sampingan

Aku yakin semua orang memerlukan wang untuk hidup. Tak kisahlah apa prinsip korang 'cari duit untuk hidup atau hidup untuk cari duit'. Yang nyata, semua orang perlukan duit.

Malah dalam Islam ada dinyatakan bahawa "Carilah kekayaan seolah-olah engkau akan hidup seribu tahun, dan buatlah ibadah seolah-olah engkau akan mati keesokkan hari".

Kalau setakat kerja makan gaji, orang macam aku susah jugak nak bernafas sampai hujung bulan. Banyak komitmen beb, antaranya :
1) Ansuran kereta
2) ansuran rumah
3) kredit card
4) pinjaman peribadi
5) pendidikan anak2
6) utiliti - astro, air, elektrik, security guard
7) keperluan anak2 - lampin pakai buang, susu, vitamin
8) keperluan isteri - kosmetik, pakaian
9) tanggungjawab keluarga - hantar wang kat ibubapa di kampung, insurans, saving
10) handphone
11) keperluan rumah - perbelanjaan dapur
12) keperluan kereta - minyak, tol, servis, cuci kereta
13) lain2

Jadi aku saja nak berkongsi cara untuk mendapat wang sampingan, dan aku harap kalau ada sape-sape yang ada peluang buat duit tanpa modal, atau dengan modal dapat berkongsi dalam blog ni. Tak kisahlah MLM, SLM, forex, saham, affiliate dan sebagainya.

Cuma, sama ada menda yang dicadangkan berjaya atau tidak bergantung pada usaha dan takdir. Aku tak suruh sapa-sape masuk secara membabi buta segala apa yang aku atau kawan-kawan lain cadangkan dalam blog ni. Tuhan dah bagi akal, fikirkanlah dulu sebelum membuat keputusan.

Kalau menda yang dicadangkan korang rasa mengarut, tak berfaedah atau korang pernah cuba tapi merugikan atau syarikat tu penipu besar; bagitaulah. Ia baik untuk aku dan kawan-kawan lain agar tidak tertipu lebih teruk.

Apa nak dicadangan boleh korang emailkan kat aku di damak_76@hotmail.com

Jadi, selamat berkongsi idea.

Terima kasih,

izman

2 comments:

hrmk said...

ape lah susahnya...
buat lah unit trust..

still make profit..
+- increase your knowledge

Admin Buat-Duit-Lumayan said...

bisnes sampingan bnyk jenis.
cuma kena pndai tanggung emosi & tanggung risiko..

i recommend u on this
--
Rahsia Buat Duit Dari Rumah yang bernilai RM97,
segera download di laman yang saya sediakan:
>> www.SistemJanaDuit.com


Nak Dapat Komisen RM300 macam saya? & Download Ebook Percuma. TERHAD!

Nak Join saya? Sila masukkan nama & email di sini
-> www.SistemJanaDuit.com

Rahsia Cara Percuma- Untuk 5 yang Pertama shj.
Dapatkan Tips & Cara Buat Duit
Anda Klik Anda Dapat Duit