Sunday, September 6, 2015

Cabaran Perkahwinan

Cabaran perkahwinan.
Meraikan 12 tahun berkahwin semalam, anak-anak bertanya, "ayah, apakah cabaran paling besar bila kahwin dengan ummi?".
Aku memandang siling; mengimbas kembali suka duka 12 tahun bersama isteri.
"Masam muka bila ayah balik lewat, biasa".
"Berleter tu biasa bagi semua wanita di dunia ini, ayah dah lali".
"Bertengkar bila mempertahankan anak-anak, ayah redha".
"Tidur sendiri bila kecil hati, mmm.. sesekali ayah boleh terima".
"Cabaran paling besar ialah kena ingat semua tarikh sepanjang perkahwinan. Ini bukan sahaja untuk ayah, tapi untuk semua lelaki yang berkahwin".
"Ayah kena ingat tarikh hari jadi ummi, tarikh bertunang, tarikh akad nikah, tarikh lahir anak-anak". Kataku panjang lebar.
"Kalau ayah lupa?", tanya mereka lagi.
"Ayah akan mendapat semua hukuman diatas serentak. Ummi akan masam muka dan berleter. Jika ayah diam, kami akan bertengkar. Dan sudah pasti ayah akan tidur sendiri", jawabku lagi.
Anak-anak ini sekadar diam. Mereka belum mumayyis untuk memahaminya.

Saturday, September 5, 2015

12 Tahun Bersama

12 tahun bersama.
Hari ini genap 12 tahun aku dan isteri, Nik Norfaizar Razali mendirikan istana bahagia.
Semoga kami kekal bersama dan bahagia bersama anak-anak tercinta.

Friday, September 4, 2015

Argh! Kurang Sebiji Lagi.

Argh!.. Kurang sebiji lagi.
Semalam, dalam perjalanan pulang ke rumah aku singgah di farmasi berhampiran kilang.
memandangkan ramai pelanggan, aku turut berbaris di hadapan kaunter.
"Bang, ini ubat abang, boleh terus ke depan bayar", kata pekerja farmasi itu. aku menoleh kiri kanan, mmm... hanya aku seorang sahaja lelaki disitu. sudah pasti dia merujuk kepada aku. untuk kepastian, aku menunjuk jari telunjuk ke mukaku sendiri. dia mengangguk.
aku terus maju ke hadapan. dia menyuakan plastik kepadaku.
aku kehairanan dan bertanya, "Ubat sayake? ubat apa?".
"Noriday", ujarnya ringkas.
"Apa?", soalku lagi.
"Noriday bang. Ubat cegah hamil. kan tiap-tiap bulan abang beli ubat ni kat sini", jelas pembantu kedai itu lagi.
aku lihat pelanggan wanita berdekatan ketawa kecil.
"dah stop noriday, saya nak bagi isteri saya mengandung lagi. 4 anak mana cukup". kataku dengan suara agak kuat supaya wanita yang ketawa tadi dengar yang aku dah berjaya menghamilkan isteri 4 kali sebelum ini.
pekerja itu meminta maaf dan meminta nama ubat yang aku cari.
sebenarnya aku ingin membeli ubat sakit gigi anakku Mira. Dia asyik merengek sakit dan berjaga malam kerana gigi kekal mula tumbuh.
malam itu mira sudah tidak merengek sakit gigi dan berjaga malam lagi. jam 11 malam, rumah kami sudah sunyi.
bangun tadi itu senyumku terhenti. pil noriday dah kurang sebiji lagi.

Thursday, September 3, 2015

You Jump, I Jump.

You jump, I jump.
Aku menatap penuh khusyuk video seorang mantan guru besar mengotakan janjinya untuk terjun tingkat 1 jika pelajar UPSRnya cemerlang.
aku hanya senyum bila ramainya penyokong beliau di alam siber.
"Janji ditepati, bukan dicapati".
"kepimpinan melalui teladan".
"Walk the talked".
"Guru besar yang berprinsip walaupun risikonya besar".
itu antara pujian terhadap mantan guru besar sekolah itu.
ya... aku tak kisahpun sebab bukan aku yang kena terjun. Full stop!
cuma, aku terdetik apakah yang difikirkan oleh guru besar itu semasa beliau mengucapkan janjinya dahulu?
cabaran untuk pelajar atau sekadar bergurau?
ya, barangkali beliau memang ikhlas dalam berjanji, kerana beliau tetap kotakan janjinya walaupun sudah bersara. sepatutnya beliau boleh sahaja bersara dengan aman. persetan dengan janji.
barangkali guru-guru dan murid yang dijanjikan itu sebenarnya sudah tidak peduli jika janji tidak dikota. atau sudah berbuih menasihatkan beliau agar tidak terjun, beliau bukan muda lagi. pinggang dan lututnya juga bukan segagah zaman beliau keluar maktab dahulu.
aku cuma minta agar kementerian pendidikan mengeluarkan garis panduan jelas kepada pendidik agar tidak berjanji yang 'kurang cerdik' kepada pelajar. ia ditakuti menjadi wabak didalam masyarakat.
sebelum ini kita dengar ada wanita ingin berlari bogel jika pasukan bolanya kalah. ada orang ingin merogol adik kandung sendiri jika seterunya menang perlawanan. ini semua wabak walaupun ia sekadar janji manis tak tertunai.
harap janganlah pula wabak ini berjangkit dikalangan guru yang menjadi tunggak masyarakat berilmu. yang bodoh-bodoh tu biarlah ahli politik kita sahaja yang cakap dan buat.
ditakuti, jika ada yang terikut, lepas ini ada guru yang janji lari pakai 'spender' keliling sekolah jika pelajarnya cemerlang spm. ada murid yang janji lari bogel keliling asrama jika lulus periksa. lebih parah ada murid yang terjun bangunan bila janji hidup bersama putus di tengah jalan.
heh.. politikus dan agamawan kitapun berjanji dan berbaiah, tapi mungkir. dan kita masih mengagungkannya.
Berjanji konon!

Yang Penting... TUJUAN.

Yang Penting...TUJUAN.
semasa makan tengahari di restoran cina muslim tadi, sahabatku menegur,
"Man, cara ko pegang chopstick tu salah. Cina tak pegang macam tu".
Aku yang sedang asyik makan rasa terganggu, dan mula menyoalnya kembali.
"ada 3 bangsa minum teh 'O di meja yang sama. Melayu, mengacau airnya dari kanan ke kiri. Cina, mengacau dari kiri ke kanan. India, mengacau sesuka hati. Kenapa?".
"ala.. tu senang. melayukan Islam, buat apapun mesti mula kanan dulu. Cina pulak, suka kiri. halal haram tak dipeduli. orang India lagilah, tak ada haluan, ikut suka bedal je". jawabnya spontan, namun sangat yakin.
aku sekadar menggelengkan kepala. dan tersenyum, sambil menyambung kembali makan menggunakan chopstick.
dia pula yang tidak lalu makan dan mula mendesak diberikan jawapan teka-teki aku tadi.
aku mengalah (baca : selepas selesai makan).
"jawapan ko tadi salah. kita kena faham tujuan kita mengacau teh 'O. ia tidak lebih sekadar untuk melarutkan gula. bagaimana cara kita mengacaunya tidak penting".
"Cara kita menggunakan chopstick tidak menjadikan kita cina. betul atau salah menggunakan chopstick manusia sendiri yang membuat ukurannya, sedangkan tujuan sebenar penggunaan chopstick adalah untuk mengepit makanan untuk disuap ke mulut", ujarku panjang lebar laksana pensyarah universiti bahagian kulinari.
sahabatku terlopong mendengar kehebatan aku berhujah. Heh.. aku kelentong je.

Wednesday, September 2, 2015

Kehilangan.

Kehilangan.
Semasa makan tengahari berjemaah bersama teman sepejabat tadi, sahabatku perasan ada pengunjung yang tertinggal beg sandang di kerusi bersebelahan.
dia mengomel betapa risaunya tuan punya beg jika tersedar kehilangan tersebut. aku memang tidak suka orang membebel semasa makan, jadi aku menempelaknya.
" Kalau nak cari siapa pemiliknya, cubalah buka. kami semua jadi saksi", kata aku. Dia enggan.
jadi aku menyuruhnya agar tinggalkan kepada pemilik gerai. jika tuan punya beg bertanya, mereka akan menyerahkannya.
Dia masih kurang senang dengan idea-ideaku. Malah menempelak aku yang kononnya tidak pernah merasa perasaan apabila kehilangan sesuatu.
Aku membangkangnya.
" Akupun pernah merasa kehilanganlah!. Dulu masa aku lepas exam STPM, aku kehilangan kekasih hati aku. Dia hilang selepas tahu aku ada skandal dengan budak form 3."
"Gila sedih aku masa tu. Aku terima surat kehilangannya masa aku 'offday' kerja di pasaraya di Kuala Terengganu. Aku termenung di tepi laut berhampiran pasar payang. Aku rasa nak nangis masa tu, tapi air mata aku tak keluar." kataku membela diri.
"Tu bukan kehilangan, itu namanya ditinggalkan kekasih sebab kau curang", katanya lagi dan disambut hilai ketawa teman-teman sepejabat yang lain.
Aku menahan diri dari marah akibat ditertawakan. Jagalah korang, nanti korang kena pecat, jangan cari aku.

Tuesday, September 1, 2015

Kedekut.

kedekut.
ya, aku mengaku aku agak kedekut berbelanja kerana aku bukan dilahirkan didalam dulang emas. ditambah lagi dengan aku seorang yang menyara keluarga sedangkan isteri suri rumah sepenuh masa.
jadi, aku merancang belanja dan menghadkan kepada yang perlu dan tidak mementingkan jenama.
ok la... aku mengaku aku juga boros dalam berbelanja untuk keperluan anak-anak dan hobi, tapi itu bukan 'point' cerita aku kali ini. jadi itu kita cerita hari lain.
semalam, aku dan keluarga ke pasaraya untuk membeli barangan dapur. memang rutin mingguan.
isteri memilih barangan basah dan sayur sementara aku melayan anak-anak memilih barangan kering. isteri awal-awal telah memesan agar dibelikan pencuci pinggan axion.
ya, aku memang tak lupa. dan aku membelinya bersama barangan lain.
malam itu sedang asyik menonton tivi, aku dengar isteri membebel. aku buat tak tahu. heh.. perempuan mana yang tidak membebel di dalam planet bumi ini, jadi aku biarkan.
apabila bebelan dari jauh tidak diendahkan, isteri membebel disebelah aku pula. aduyai!
" abang ni kedekut betul, ayang suruh beli axion dia beli 'no name', susah la nak basuh pinggan", bebelnya betul-betul disebelah kiri telinga aku. sakitnya medula oblongata aku bila mendengarnya.
" kan dah beli tadi. 'axion'ke,'no name'ke, sama je, guna untuk basuh pinggan je. axion dulu pun no name jugak. lagipun harganya jauh sangat beza. axion 300 gram harga RM4.60. yang no name tu 400 gram harganya Rm2.40. jauh beza tu", balas ku pula.
'no name tu langsung tak ada buih, penat tau nak hilangkan minyak masa basuh pinggan', rungutnya lagi.
'oklah, guna yang tu sampai habis, tak baik membazir. lain kali kita beli axion', pujukku lagi.
"Penat tau', rajuknya.
"takpe, anak-nak tidur nanti abang urut".
Mmm.. pagi tadi aku lewat lagi.