Sunday, January 30, 2011

Statistik itu mengarut

jumaat lepas masa solat jumaat, khatib cerita pasal statistik perkahwinan dan perceraian orang Islam. statistiknya sangat menakutkan, khatib menyatakan dari 6 orang Islam yang berkahwin, 1 orang akan bercerai.

heh... secara jujur aku memang tak suka statistik.bukan baru2 ni je, dari zaman aku uum lagi. pelajaran statistik yg termasuk asas statistik dan statistik gunaan memang aku menyampah. kalau tak kerana subjek wajib, memang tak hingin aku nak belajar. pening satu hal, dan mengarut satu hal.

berbalik pada kenapa aku tak suka sttistik, heh... sebab aku memang aku tak suka mengira (tapi aku jaga payroll utk 5 syarikat). statistik ni pada aku selalu diselewengkan mengikut kehendak kita dan kadang2 ia menunjukkan data yang salah.

contoh? berbalik pada statistik perkahwinan contohnya. lupakan data2 yg khatib bagi masa solat jumaat, ini adalah contoh bagaimana ststistik diambil secara salah.

pasangan berkahwin tahun 2010 = 100,000 pasangan
pasangan bercerai tahun 2010 = 10,000 pasangan.
kesimpulan : bagi setiap 10 pasangan yg berkahwinan pada tahun 2010, 1 pasangan akan bercerai.

data betul, kesimpulan betul, tapi realitinya salah!

pasangan bercerai pada tahun 2010, tak semestinya yg berkahwin pd thn 2010, jadi tepatkah yg disimpulkan? dan data2 ni membuatkan ramai kaum wanita diluar sana takut untuk berkahwin. ye lah, buat apa kahwin kalau nak diceraikan! so, data andartu pula akan meningkat.

lelaki? korang tulislah data ststistik 1 kahwin, 5 berceraipun, mereka tetap nak kahwin. aku tak tau psal perempuan sebab aku lahir sebagai lelaki, dan tak pernahpun jadi perempuan even seketika. tak rela nyah! kaum aku, lelaki normal, dari kecik2 lagi memang dah tau kahwin tu seronok. keinginan untuk kahwin tu memang tertanam dari kecik lagi. dan keinginan itu lagi terserlah bila dah berkhatan. tengok ada dara kat sekolah pun meleleh air liur. kalau undang2 boleh kahwin masa kanak2 dan ibubapa masih kena tanggung sampai umur 21 tahun, confirm 3-4 orang dah aku kahwin.

berbalik pada statistik, aku setuju bahawa data2 penting untuk menunjukkan sesuatu, tapi data itu sepatutnya dirujuk secara tepat. data perkahwinan dan perceraian umat Islam contohnya perlu dikira dari tahun2 sebelumnya. bila angka2 terdahulu diambil kira, datanya lebih tepat.

apa2pun, sebagai umat Islam kita perlu percaya bahawa mendirikan masjid (kahwin) adalah ibadah kepada mereka yg cukup syarat. bercerai hidup atau bercerai mati itu adalah qada dan qadar.

Thursday, January 27, 2011

Meeting Jenis Freestyle

dalam bekerja, even kerja bertambun, mengejar dateline, attend org nak interview, persiapan raya cina, presentation, audit dan segala mak nenek menda rutin lain; menghadiri meeting adalah sesuatu yg tak boleh dielakkan (err... aku memang suka mengelat bab2 meeting ni).

lagi semput napas aku bulan ni sebab hari tu masalah software payroll corrupted. kena handle interview, update data peribadi pekerja untuk persiapan untuk income tax, persiapan bonus (bonuslink???), monthly presentation, kes disiplin dan terbaru memilih pengusaha kantin. malas sebenarnya nak cari sebutharga banyak2 semua banyak bohong je. aku pilih 3 terbaik, suruh staff aku buat comparison dan dah pilih satu untuk start selepas tahun baru cina ni. sepatutnya pengusaha sekarang tu sepatutnya ada sampai hujung tahun ni, tapi since bermasalah, aku suruh dia berhenti je. selalunya bila ada pemilihan pengusaha cafeteria baru, akan ada food testing, since aku bizi giler, tak sempat aku nak melayannya. testing lepas raya cina pun ok jugak.

ok berbalik pada tajuk asal iaitu meeting.

meeting ni aku setuju ianya penting, bagi menyelesaikan masalah, penerangan, dan sebagainya. tapi bila asyik2 meeting dan mengganggu kerja rutin, tu yg penat. even meeting dari pagi sampai petang, kadang2 pernah terbabas sampai 8 malam, kerja2 rutin kena siapkan. borang cuti kena juga direcomenkan untuk kelulusan boss. borang overtime juga kena check sebelum boss approvekan. tu belum lagi nak luluskan donation pelbagai persatuan dan charity. menda2 kecik, tak perlu meeting. fikir dan luluskan je.

beberapa hari lepas, aku cam biasa dipanggil untuk meeting. kena panggil meeting, nak le jugak tau meeting tentang apa. nak bersedia dengan 'senjata'. kalau pergi meeting secara sembrono je, bila boss tanya tapi tak dapat jawab, kang rasa bodoh pulak.

since meeting secara mengejut, akupun segera ke conference room. kawan2 lain sedang menunggu. 2 org boss belum masuk. so, aku tanya salah seorang geng org kanan boss, apakah title meeting kali ni. staff aku cuba bagitau aku boss panggil meeting, tapi dia sendiri tak diberitahu meeting ape. selamba badak air je kawan aku tu cakap :

kawan :"ai... kawan, you sudah kerja sini berapa tahun? meeting kita pernah ada tittle ke?
aku : mestilah ada. production meeting, rmp meeting, hod meeting, budget meeting, dan lain2 la.
kawan : so,....
aku : so, apa meeting kita ni? must be a reason to call a meeting.
kawan : ayya.... kita punya meeting jenis freestyle maa... meeting hod, cerita pasal expenses. meeting production ada cerita pasal lain. so, meeting jenis freestyle la...
aku : ya la.... saya setuju. ok, mau buat nescafe panas dulu.

Wednesday, January 26, 2011

Bahana Bergantung Pada Teknologi

dah hampir seminggu aku makan nasi tak lalu, ia gara2 seluruh sistem payroll aku kaput atau tidak dapat access. bayangkan 9 set gaji untuk 5 syarikat tidak dapat access dan hari gaji dah dekat. accountant dan budak2 dia asyik kejar aku sebab dan hantar director untuk sign. malah semalam, director sendiri panggil aku. ye lah selalunya payroll tak payah tanya, aku hantar bila cukup masanya.

mula2 muka boss aku tu agak tegang bila tanya gaji yg masih belum dihantar, ye lah, dia jugak kena dapatkan tandantangan dato' chairman pulak. even dato' chairman dan dia adalah anak dan ayah dan rumah sebelah menyebelah, kena ambik masa jugak la. bila aku mula explain, dia pulak cuak dan rasa bersalah pulak. mau tak bersalah, suka2 hati je nak gasak pekerja berdidikasi macam aku ni. ingat dia je cuak, aku berbelas kali cuak, itu payroll untuk 5 tahun semua ada dalam. ayo yo....

dari minggu lepas lagi aku dah dapatkan khidmat nasihat dan bantuan teknikal dari payroll system provider. malangkan tak dapat settle. merekapun bukan datang site, setakat remote pc dari jauh. dah moden, kami guna teamviewer.com dan gotomeeting.com je. dari technician dan sampai technical manager semua aku gasak.

sebab tak boleh tahan, semalam aku asyik call mereka dan seluruh team mereka aku kacau. aku siap bagitau, kalau tak siap, esok pagi2 saya akan pergi office you. heh! bukan nak mengamuk ye adik2, nak bawak pc aku suruh mereka lihat. korang taulah, bila ramai yg campur tangan, ramailah jumpa punya masalahnya. ada kat file corrupt masa initial new year, ada kata virus, ada kata salah format, ada kata file hilang dan ada yg tak terkata.

semalampun, masa dia remote pc aku mmg aku dah tak lalu makan nasi. selera makan nasi aku hilang memikirkan gaji yg tak siap2. kalau tak raya cina, aku buleh gunakan kuasa untuk delay je gaji sampai 7 haribulan. even tak selera makan nasi, aku alas perut la dengan mee goreng selepas subuh. kemudian jam 10am aku pekena mee kari. tengahari pekena sedikit nasi dengan ayam goreng dan sup ayam buat alas perut. 3pm aku pekena roti bakar dan nescafe panas. sambil2 tengok diorang kerjakan pc aku dari jauh, aku pekena sup cendawan kimball. sesekali membancuh nescafe. ada juga sempat makan biskut jagung. dan sesekali makan biskut jem nenas. petangnya masa mereka masih mengerjakan pc aku, aku keluar beli karipap dan keropok lekor, entahlah rm5 hengget kot. begitulah tak berseleranya aku bila ada masalah ni.

seikhlasnya, aku bukan tak pernah buat gaji secara manual. itu dulu2. bila dah ada sistem canggih ni, semua bergantung pada sistem. gaji dalam sistem, cuti dalam sistem, semua maklumat dalam sistem. memang bergantung pada sistemlah. bila ia down, mood aku juga down. mati kutu. itulah padahnya terlalu bergantung pada teknologi. jangantanya aku macamana nak tentukan bayaran epf, soccso, income tax, semua aku ingat2 lupa. sebab sistem ada, bia dia buat. manual dia semua ada, tapi ambik masa la nak cari.

apa2pun, sistem dah ok. itupun setelah campurtangan beberapa technical expert dari training provider. boss aku dah pesan aku suruh at least sms dia kalau sistem dah ok. tapi aku belum sms dia, saje biar dia pening sikit. ha.ha.ha...... (ketawa orang jahat)

pun begitu, ia sebagai pengajaran kepada aku dan seluruh orang HR bahawa bergantung kepada teknologi ni bahaya. kena ada plan A dan plan B.

apa2pun, syukur kepada Allah kerana sistem aku dah Ok.

Friday, January 21, 2011

Kesilapan? So What!

dalam kehidupan seharian kita, aku rasa tipulah jika ada orang yang tidak pernah buat kesilapan. kesilapan kerana alpa, atau kesilapan kerana mencuba. itu biasa. pun begitu ada juga manusia yang tidak dapat menerima kesilapan. ye, aku setuju jika asyik buat silap pun payah jugak. kalau ada orang yg asyik buat silap dan mohon kita maafkan pun leceh jugak. contoh kalau suami isteri, kalau suami asyik memohon maaf buat silap asyik ada ada affair diluar pun makan hati jugak si isteri, even dia mengaku silap kerana rambang mata. tau2lah, pompuan2 kat luar sekarang seksi sangat. ramai sangat nak tunjuk longkang dada, tunjuk dada dan sebagainya. paling ketara, dulu perempuan pakai pakaian dalam sebelum pakai pakaian luar, sekarang pakaian luar dah takde, pakai pakaian dalam je.

ok stop pasal pakaian dalam.

berbalik pasal kesilapan, kebanyak kesalahan dan jenayah sekarang kalau diamati adalah kerana kesilapan. silap memberi peluang kekasih meraba dan meneroka diri sebelum kahwin, dan lahirlah anak luar nikah. kemudian silap lagi kerana buang bayi tersebut, atau lebih dahsyat lagi membunuh bayi tersebut. ada juga penjenayah yang ditemuduga (bukan temuduga kerja, tetapi ditemubual oleh stesen tivi) menyatakan bahawa mereka menjadi mangsa kesilapan lalu. kecik2 dimanja sangat, menjadi nakal. kemudian sistem pendidikan dan keadilan menghukum mereka bersekolah di sekolah jahat. mereka kemudian dihukum masyarakat dan akhirnya menjadi penjenayah.

pun begitu, ada juga kesilapan yang sebenarnya bagus. aku cakap begitu sebab ada diantara kita sekarang lahir kerana kesilapan. silap ayah tak pakai 'protection', silap ayah kira hari, silap ayah sebab terlalu syiok. ini bukan lucah, ini kenyataan. even silap, ada antara kita dilahirkan. bukan kecik2 anak kekuatan kita sebenarnya, dari berjuta2 sperma, kita terpilih. Syukurlah.

jika diamati, banyak benda didunia ini terjadi kerana kesilapan, atau tidak sengaja. malas aku nak cerita, tapi korang bacalah semual kisah orang cipta benda2 yang hebat2, kebanyakkan dia terjadi kerana mencuba, kesilapan dan tidak sengaja.

apa yg aku cuba sampaikan disini? saje je cerita sebab dalam hidup ini kita memang tidak dapat lari dari membuat kesilapan. yang penting hadapi kesilapan, betulkan. thats not the end of the day. bagi orang yg berputus asa, mereka tidak mampu menghadapinya dan ada yng membunuh diri.

sebut pasal bunuh diri, cara bunuh diri ini dapat dilihat dari segi kaum. cuba suatu hari dengar berita, orang bunuh diri gantung diri, majoriti cina. terjun bangunan, cina. minum racun, india. mati kat landasan keretapi, confirm india. melayu? melayu penakut, mereka bunuh diri dengan merempit, menghisap dadah dan kalau yg nekad bunuh diripun mereka akan bunuh diri dengan aman dan 'khayal'. masuk dalam kereta, masukkan asap ekzos dalam kereta, mereka mati dalam khayal. nerakalah jawabnya. bukan aku kata, mufti Al Azhar Mesir kata.

Wednesday, January 19, 2011

Gulai Biji Getah

aku adalah peminat rancangan nasi lemak kopi o (NLKO) di tv9. aku suka corak rancangannya yg santai berbanding rancangan bualbicara pagi yg formal di tivi lain pada sebelah pagi. rancangan bualbicara sepatutnya santai bukan keras dan kaku macam robot dan sangat rigid. kalau rancangan bualbicara orang puteh aku suka late show with david latterman.

lupakan psl bualbicara, aku nak cerita pasal sabtu lepas dalam NLKO ada ditunjukkan pasal sesi pengacara yg dikehendaki makan je resepi2 pelik dari kampung. minggu lepas dia berkunjung ke pahang dan makan 'gulai rong'.

sebut gulai rong ni kat belah aku di jerantut (pahang) memang famous amos suatu masa dulu, terutama belah hulu tembeling dan kawasan2 peneroka felda. macam aku belah damak, tak ketara sangat la. kalau ada pun belah2 ulu cheka. damak dan batu balai tu majoritinya orang keturunan kelantan memang banyak yg tak kenal gurai rong, gulai tempoyak dan budu mereka kenal la...

gulai rong ni aku kenal sebenarnya secara tak sengaja. ia berlaku masa aku tinggal di asrama padang saujana dulu. masa form 4, form 5. jom kita imbas kembali....

Lokasi : Asrama putera, SMPS
Hari : Ahad
tarikh : Tidak pasti
pelakon : aku dan kawan2
lokasi kecil : dalam bilik rehat asrama

scene 1: berkumpul ramai setelah berjumpa ibubapa yg datang melawat. masing2 membawa bekalan yg diberi oleh ibubapa masing2. aku dan beberapa orang lain tiada bekalan sebab ibubapa tak datang turut disitu untuk menumpang kasih. masing2 membuka juadah yg diberikan dan makan beramai2. ada nasi, gulai ayam, ikan goreng, ikan pekasam, sayur pucuk paku dan lain2. arghh... makan je lah, budak2 hostelkan memang kelapaaran

aku : mat bomba, sedap nampak ko punya, hulur aku sikit.
mat bomba : nah.
aku : mende ni, nampak pelik je?
mat bomba : ko ni banyak cakap la, makan je lah. bukannya racun.
suara2 lain : ko ni bising la, makan je lah.
aku : ok, (sambil menyuap ke mulut). eemmm boleh tahan jugak.

scene 2 : selepas makan

mat bomba : ko tau ko makan apa tadi?
aku : makan nasi la.
mat bomba : aku tau la nasi, gulai aku beri tadi tu ape?
aku : mana aku tau, dah korang makan, aku ngap je lah.
mat bomba : itu gulai rong. special belah tembeling tu.
aku : gulai rong? buruk benor nama dia
mat bomba : ko tau dibuat dari ape?
aku : entohlah
mat bomba : biji getoh tu.
aku : (mula rasa perut semacam) bior benor?
mat bomba : ye, biji getah tu dibuat gulai rong. ada tempat dari buah peroh.
aku : jangan memain mat?
mat bomba : ye. buah getoh tu dikutip, pecahkan kulit dia. lepah tu dibelah dua. buang kulit putih dia. jemur 2-3 hari, kdang2 seminggu. tengok cuace lah. ada orang suka jeruk. tapi mok kon (mak aku) suka jemur je pastu buat gulai. kalau dapat campor dengan ikan sungaipun lagi sedak (sedap).
aku : ye ke? ko jangan debong (tipu) aku?
mat bomba : loh, tak caye, ko tanye budak2 tembeling lain.
aku : ye lah, percaya. lain kalai kalau ko bawak gulai rong ajak aku makan sekali, tapi jangan sebut apa2. lepas aku makan baru cakap. nanti aku muntah hijo (hijau). kat kampung aku, buah getah ni kita main laga biji getah je.

tamat imbas kembali.

Tuesday, January 18, 2011

Bersenam Untuk Siapa?

rutin pagi setiap hari persekolahan ialah membantu menguruskan anak2 utk bersekolah. membantu? yelah, sebab kerja tu isteri yg buatkan, aku takat tolong2 je. kadang2 tu hanya tolong tengok, bagi moral support je. ha.3x. utk anak2 aku, isteri akulah yg uruskan hampir semua urusan persekolahan harian anak2. dari kejut bangun tidur, mandikan, berpakaian, tunggu transporter ambik dan begitulah juga waktu pulang dari sekolah. aku setakat lepak2 di depan rumah tunggu sekali dan hantar pika ke tadika jam 8am. syukurlah ada seorang isteri yg begitu cekal dan memahami. kalau ada 4 isteri yg cekal dan memahami bagaimanalah agaknya (opsss! kena tidur sorang aku malam nanti kalau isteri baca ni).

saban hari masa menunngu transporter datang ambik luqman, dalam suasana masa sejuk dan kelam, ye lah dalam jam 7am, aku perhatikan jiran2 cina aku dah asyik bersenam dan bertai chi. tak kira tua muda. jiran melayu dan india macam aku lebih suka layan selimut atau peluk bini dirumah. maklumlah masih sejuk.

kadang2 aku terfikir, mereka bersenam untuk siapa? off course untuk diri sendiri. ye lah dah tua2 gayut masih bersenam, kalau jatuh sapa susah? pun begitu aku faham bahawa bersenamlah membantu mereka lebih sihat sebenarnya. orang cina, dah tua gayutpun masih sihat, masih boleh berjalan sana sini. yang melayu pulak umur bagu masuk 40an atau 50an dah macam2 sakit ada. yg paling ketara penyakit 3 serangkai. kesian..... tak sempat merasa duit pencen kwsp dah pergi dulu.

aku setuju bahawa kesihatan penting. kalau tak penting manakan premium insurans dan kad perubatan naik saban tahun. umujq meningkat hanya satu nombor setiap tahun, tapi premium insurance naik kurang2 dua nombor. contoh? aduiii, bengapnya. kalau umur naik dari 30 ke 31 tahun, premium insurans kad kesihatan contohnya naik dari rm300 ke rm380 setahun.

aku pun sama, dalam risiko yang minima sebab belum ada sakit merbahaya lagi, dah mula menyibukkan dengan bersenam. tiap minggu aku akan main badminton, kekadang bowling (banyak masuk longkang dari kena pin). ada kawan ajak masuk fitness centre, tapi tak minat. dah la yuran mahal, masa aku terhad (alasan).

bercakap pasal bersenam ni, teringat masa kat sintok dulu. kalau petang2 even seorang diri aku selalu jugak berjogging kat tasik uum. dari kolej eon, aku lalu cafe d9 petronas. pusing2 tasik tu mendamaikan. berjogging kadang2 sekejab je, tengok awek2 berjogging yg lebih. faham2lah tengah muda belia masa tu. sambil2 jogging tu, usaha2 jugak awek2 yg berjogging. manalah tau dapat jodoh tepi tasik. nenek tiri sebelah mak tiri aku pernah cakap, kalau dapat jodoh tepi tasik ni bagus; sejuk. kalau konsep cina cukup unsur2nya iaitu air (tasik), api (kepanasan berjogging), tanah (berjongging mesti atas tanah) dan besi (besi alatan bersenam yg disedia di tepi tasik). heh... satu lagi ajaran sesat sebenarnya tu. heh.3x.

apa2pun, bersenam dengan apa cara sekalipun dengan mengeluarkan peluh baik untuk kesihatan diri. ia menjauhkan penyakit dan membantu menambahkan stamina diri. kalau tak sayang diri, sayangkan anak2 dan isteri. sekian "mesej kesihatan ini dibawa oleh "syarikat izman anak beranak sdn bhd".

Friday, January 14, 2011

Berapa Takat Didih Anda?

aku sebenarnya sangat suka tengok cerita 'boiling point' di tv7. candid mengenai tahap kesabaran manusia dirakam dan reaksi diukur berdasarkan masa berapa lama mereka boleh bersabar dengan tekanan sesuatu keadaan yang direka.

dalam kehidupan seharian, takak didih (boiling point) ni sesuatu yg lumrah. kalau takat yg simple2 masa sekolah dulu kita belajar takat didih air menggelegak, 100 darjah celsius (kot??). bagi manusia tahap ia ikur pada reaction kita. ada orang boleh bersabar, ada orang kurang sabar dan ada yg langsung tidak sabar.

bagi aku secara peribadi, tahap didih akupun belum teruji sepenuhnya. ada masa aku lebih bersabar, ada masa buat tak tau dan ada kala reaction terlalu dahsyat sehingga dirasakan tidak sesuai dengan situasi. tengok mood jugak la. sebagai seorang ketua keluarga, aku yakin reaction ni pada aku akan menjadi maha dahsyat kalau keluarga aku diganggu. so far, tiada isu.

dalam pekerjaan aku sebagai orang minyak, errr orang HR, takat didih aku sebenarnya tak menentu. ikut keadaan. tapi aku percaya orang HR lain macam sikit. mood dia dalam sehari boleh sampai 30 macam. kejab ok, kejab terlalu cool, kejab lagi pembengis, kejab lain lemah lembut. kejab lagi begitu prihatin. kejab lain pemarah. tu biasa. sepatutnya orang2 HR ni kalau nak tukar kerja, aku cadangkan jadi pelakon.

macam aku, mood aku kadang2 pagi2 dah sound orang datang lambat. kejab lagi, ada pekerja yg dipuji kerana aktif di syarikat. dalam mengurus sesuatu kes, takat didih aku juga tak menentu. aku boleh cool menguruskan kes, even ada pekerja yg nak kena buang, dan ada tekanan dari pihak lain. kena profesional. even ada pekerja yg kena buang, orang HR macam aku masih boleh lepak makan dikantin, siap menambah lagi. sedangkan orang yg dibuang menangis sakan berpeluk dengan kawan2 di meja sebelah.

pun begitu, orang HR ni banyak hiburan. maksud aku dalam melaksana kerja banyak menda yg menghiburkan hati. beberapa hari lepas, takat didih aku dah tinggi, aku yakin kalau ada yg buat salah memang kena warning letter at least. tapi tengah dok meluluskan cuti pekerja, ternampak pulak sorang pekerja ni cuti sakit. aku gelak besar. aku siap panggil section head dia jumpa aku.

korang tau apa alasan cuti sakit? maternity leave. kalau pompuan oklah. ini jantan. yg buat aku gelak besar ialah perut dia memang besar, macam orang mengandung 6 bulan. aku suruh section head dia, si saiful nizam panggil staff dia. pastu kami buat muka garang tanya kesalahan berkaitan cuti. pucat beb! pastu kami pakat ketawa ramai2, kami cakap "Berapa hari pantang?", "baby boy ke baby girl?", "anak berat berapa kg?". merah padam mamat tu.

apapun, hidup mesti kena banyak sabar. kalau selalu marah tak bagus untuk kesihatan.