Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan Ke 53

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yg telah mengekalkan nikmat kemerdekaan ke 53 buat seluruh rakyat Malaysia pada hari ini (31/08/2010).

dari semalam, masa balik dari berbuka puasa di tropicana golf & country club kira2 jam 11 malam, aku lihat rata kiri kanan jalan agak kureng sangat bendera Malaysia berkibar. mahal sangatkah bendera sampai kita semua begitu kedekut nak kibarkannya. masjid/surau rata2 agak lengang, yg ada barangkali jemaah tua yg sedang berborak kosong diberanda, atau ajk surau yang mengemas sejadah dan membasuh pinggang mangkuk selepas terawih dan moreh. mungkin ada juga sebilangan kecil tetamu Allah yg masih bermunajat dan bertadarus dibulan mulia ini.

lain pula halnya di tokong2 cina sekitar pandamaran. rata2 tokong bergemerlapan dengan lampu dan ramai penganut bersedia dengan mercun dan bunga api bagi menyambut ketibaan detik 31 ogos.

orang india dan kuil2? same je dengan melayu. sunyi dan suram.

ini buat aku berdetik, sambutan hari kemerdekaan ini untuk siapa? siapa yang patut menyambutnya? ye.... aku tau semua bangsa dimalaysia patut meraikannya (abaikan bangla, indon, vietnam, filipino, etc,..). tapi bukankan MAlaysia ini suatu kala digelar Tanah Melayu? dimanakah melayu? mungkin melayu ramai meraikan hari bersejarah ini dengan cara mereka sendiri, ye lah anak2 merdeka. mungkin dengan cari berkonsert, mabuk2, menghisap dadah dan gam, berpeleseran dan berkhalwat di hotel2 murah. dan tak kurang pula sekadar menonton tivi dirumah (seperti aku).

keterlaluan kata2 aku? bersikap perkauman? bukan! jauh panggang dari ayam panggang untuk aku bersifat perkauman. dari dulu sampai kini aku hanya bekerja dengan india dan cina, aku tak pernah bekerja dengan bangsa aku. entah, dah puluhan tahun merdeka,dalam diri aku masih terpahat pemikiran penjajah yang melayu suka membunuh bangsanya sendiri dari membinanya. Insyallah, mana tau awal tahun depan aku bekerja dengan syarikat melayu pula. Doa-doakanlah.

dalam seminggu lepas, tivi percuma dan tivi berbayar, semua dok galak tayang cerita kemerdekaan, dan seperti biasa dan dijangka, ccerita2 sama diulangtayang sampai nak naik muak. cerita bukit kepong, leftenan adnan, sarjan hassan, hati malaya, embun .... itulah sahaja filem yang kita ada dan diulangtayang. aku setuju ia perlu untuk kita ingat sejarah, tapi kita juga perlu filem sejarah yang diberi nafas baru. cerita sarjan hassan dan bukit kepong aku dah tengok dari aku kecik, dah besar tak kan aku nak layan lagi 100 kali sebelum aku cukup nyanyuk untuk mengerti apa itu sejarah.

pun begitu dari layan cerita indon dan siam, baik layan cerita melayu. sesekali layan tivi berbayar tengok documentari. dari takde filem bermutu tentang sejarah, layan je lefternan adnan dan sarjan hassan buat kali ke berapa puluh. filem negara malaysia terasa dipimpin oleh orang dangkal kerana tak terdaya buat filem sejarah mengenang dato bahaman, tok gajah, abd rahman limbong dan seangkatan dengannya. filem picisan yang dengar tajuk buat aku nak muntah sanggup pulak keluar dana, filem sejarah? heh!!!

berbalik pengisian malam merdeka aku, aku just tengok tivi macam kebanyakan melayu lain. bila terdetik hati dengan pengorbanan tokoh2 melayu yg menentang komunis dan penjajah tu, aku buat solat sunat untuk mereka. itulah takat termampu. kemudian, layan tivi sampai 3 pagi, cerita tamil.

awal pagi (selepas sahur dan sebagainya) wife kejut sebab ditadika aaaanak aku ada xtvt menyambut hari kemerdekaan. sebagai bapa dan sebagai ajk tadika aku pergi. ramai ibubapa hadir memberi sokongan. majlis dimulakan dengan upacara menaikan bendera dan menyanyikan lagu negaraku. ikhlas, inilah kali pertama aku nyanyi sejak meninggalkan zaman perhimpunan sekolah. terasa menyucuk jiwa.

anak aku luqman dan rakan2 kemudian ada pertandingan mewarna. aku tumpang semangkuk mengambil gambar dan berbual2 mesra dengan kaum bapa yg hadir. err... dari 8 lukisan terbaik, luqman tak terpilih. aku sebenarnya tak tau ada pertandingan mewarna, so tak bawa kelengkapan mewarna. bila tengok semua ibubapa bawa dengan segala makdatuk punya alat mewarna aku cepat2 ke kedai berhampiran beli pensel warna. ok lah, sekadar memeriahkan majlis.

oh ya, sempena hari kemerdekaan kita ke 53 ini, sama2 lah kita menghargai 'lajur gemilang' kita. sedih aku bila ia dibakar, dipijak dan diletak najis oleh manusia yang rakyatnya ramai yang mencari rezeki di tanahair kita. kita bagi beras, dia balas tahi. aku faham bukan semua, cuma segelintir, tapi kerajaan kita dah terlalu berlembut dengan mereka. dengan orang hina bendera kita, kita berlembut. dengan rakyat kita yang buat lagu hina kita, kita berlembut. so, kemana tahap kasih sayang kita pada negara kita ni? mungkin kita dah jadi macam lagu pak pandir...

"yang remeh, dan yang temeh
berlegar disekelilingmu
buatlah, buatlah tak tau....."

Friday, August 27, 2010

Kenapa Baca Al-Quran Tapi Tak Faham Maknanya ?

Hari ini (27/8/2010)adalah HARI NUZUL AL-QURAN. ia adalah antara hari yang harus diraikan oleh umat Islam. Al-Quran yang diturunkan kepada kita telah berjaya menjauhkan diri kita dari menjadi kafir.

even hari ni buat kali pertama syarikat tempat aku bekerja ini bekerja kerana tidak mengambil cuti ini sebagai cuti umum, tapi aku menganggapnya sebagai hari aku beribadah juga, bukankan kerja yang ikhlas itu suatu ibadah.

Dalam melihat Al-Quran itu sebagai panduan hidup kita, aku nampak ia semakin dilupakan. dulu turunnya Al-Quran, masyarakat jahiliah telah berubah dari hidup yang bergelumang dosa seperti asabiah, bunuh anak perempuan, perzinaan, pelacuran dan peperangan sesama sendiri. kini, walaupun adanya Al-Quran; keadaan masuyarakat kita rupanya lebih teruk. perzinaan, sumbang muhram, pelacuran, dan rasuah berleluasa. dulu bangsa arab cuma bunuh anak perempuan yang dikatakan pembawa sial, kita anak lelaki pun turut dibunuh. malah lebih keji, mereka membuangnya ke sungai, longkang, tempat najis atau tempat sampah. bangsa arab jahiliah dulu lagi bertamadun sebab mereka juga bunuh anak perempuan, tapi mereka menanam mayat anak perempuan mereka itu.

nak kata kita tak kenal Al-Quran, mustahil! masuk tadika je, kita dah diajar membaca Bismillah, doa masuk kelas, doa makan, sembahyang dan sebagainya. pelajaran Islam dan ilmu Al-Quran ini kita belajar hari2 bila kita masuk sekolah rendah, dan menengah. ye, aku setuju kat universiti kita kurang atau tidak didik lagi dengan ilmu Islam dan Al-Quran jika kita memilih kursus2 bukan bersifat Islam. aku setuju tu, tapi dikala mana dah masuk 'u' aku rasa seseorang itu sudah cukup berakal untuk mencari ilmu2 Islam itu sendiri. ada pusat Islam, ada masjid, ada perpustakaan dan sebagainya. rata2 sahabat2 kita sebenarnya hanyut dalam dunia dosa dan noda bila mula memasuki dunia pekerjaan. terencat akal barangkali.

Al-Quran itu sebenarnya tidak pernah outdated atau ketinggalan even dah beratus2 tahun ia diturunkan. Allah itu maha mengetahui: Allah itu telah memberikan peringatan, panduan dan amaran melalui Al-Quran kepada kita seluruh alam. cuma kita yang degil dan tidak mahu memahami Al-Quran.

Al-Quran kini lebih kepada aksesori sahaja. kat rumah kita letak Al-Quran bertinta emas dan mahal diruang tamu untuk menunjuk2. kita letak Al-Quran dan menampal stiker ayat2 Quran dalam kereta, tapi kita masih membuat maksiat didalam kereta. kita seronok tunjukkan kepada orang bukan Islam yang kita Islam dengan adanya ringtones ayat2 Quran di telefon kita.

satu yang aku rasa agak pelik dengan umat Islam kita ialah kita cepat emosi bila ada orang yang menggunakan ayat2 Quran sebagai hiasan selipar, spender, coli dan sebagainya. mereka dengan lantang mendesak mengutuk dan mengedar email meminta jabatan agama bertindak menarik balik penjualannya. Ya, aku juga sokong. tapi mereka sebenarnya lupa bahawa mereka langsung tiada emosi bila Allah sebenarnya telah menarik Al-Quran dari hati mereka.

huh! dulu, kalau ada ibubapa yang nazak atau meninggal dunia, anak2 mereka yang mengepalai bacaan Yaasin atau mengaji Quran. tapi kini kita lebih senang mengupah orang surau/masjid untuk mengaji bagi orang tua kita yang nazak atau meninggal dunia. senang, bayar aje. bukan mahal manapun sebab geng suraukan makan gaji dengan kerajaan.



ye, aku setuju bahawa zaman sudah moden, tiada duit hidup kita merempat. tapi, Islam itu perlu dijunjung di kepala. Iman itu perlu ada di hati. Al-Quran itu perlu sebagai pakaian diri. akhlak Al-Quran.

Ye aku juga setuju bahawa ramai yang kata buat apa baca Al-Quran tapi tak memahami Al-Quran. tapi Allah itu maha agung, baca Al-Quran dapat pahala. dengar sahajapun dapat pahala. kalau baca dan faham, lagilah besar pahalanya. lagi-lagi besar pahala jika kita baca Al-Quran, faham Al-Quran, dan mengamalkan cara hidup berpandukan Al-Quran.

ini ada satu kisah dari kirikan email seorang sahabat mengenai kenapa kita perlu baca Al-Quran walaupun tidak memahaminya. jangan pertikaikan ini kisah benar atau rekaan, atau kenapa ia berlaku di amerika. bacalah ia dengan mata hati, dan fahami apa yang tersurat disebalik kisah ini. moga selepas ini kita semua akan menjadi manusia yang cintakan Al-Quran.

---------------------------------------------------------

Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tidak memahami isinya?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

"Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.

IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------

Thursday, August 26, 2010

Periuk Serbaguna Di Bulan Ramadhan

hari ni aku bangun sahur agak awal, ia gara2 anak bongsu aku (bongsu pada masa sekarang la...) menangis dan nak menemankan ummi dia memasak. so, sebagai suami yang mithali (kuang.3x) aku jagakan mira sementara umminya memasak.

dengan kesejukan awal pagi, dengan mengantuk aku lihat begitu isteri berusaha memasak sahur bagi kami sekeluarga.

bercerita pasal sahur ni, aku nak kongsi sikit pengalaman aku bersahur masa kat uum sintok dulu. duduk kolej, bujang. dan semestinya makan sahur ala kadar je. tapi kami jugak memasak.

aku masih ingat, sahur adalah waktu yang memeritkan untuk bangun dan makan. ye lah, tidur sangat lewat kerana layan borak, atau melayan movie atau sekadar borak2 kosong dengan member2. studi? mestilah kena studi beb, ini universiti bukan tempat main2. err... studi time nak exam je la... he.he.he....

sebelum bulan puasa, rakan2 mula buat group berbuka dan sahur. aku juga tidak ketinggalan. geng aku ada 4 orang: aku, kamil, adin dan wak zahari (poksu). kami share duit beli rice cooker. kat uum sebenarnya tak boleh memasak sebab kami dah disediakan cafeteria. ala faham2 je lah, manalah kami mampu nak asyik makan sedap2, semuanya perlu duit.

kami buat giliran memasak nasi dan membeli lauk pauk dan kuih muih. duit tu kami tong-tong (kongsi) la... sebab ada 4 orang; bisanya 2 kena masak dan 2 kena beli makanan. berbuka oklah sebab kelas paling lambat abis jam 6 petang. so, sempatlah memasak dan beli lauk pauk. nak beli makanan senang, yg terdekat ialah cafe eon dan cafe petronas (d9).

yang kena giliran memasak terpaksa memasak nasi. senang sebab pakai rice cooker. senang2 pun ada jugak masanya tukang masak nasi lalai hingga kami berbuka terpaksa makan kuih je. ye lah, mengantuk sampai lupa nak tekan suis. nasib baik bersahur tak pernah jadi adegan nasi tak masak tu.

kalau masa duit tengah banyak atau tengah kering sangat, rice cooker tu jadi periuk serbaguna. kami goreng telur guna rice cooker. kami masak kerang atau lala guna rice cooker. kami masak telur rebus pakai rice cooker. kami turut panaskan sardin, ikan bilis segera..... err... even masak mee segera pakai rice cooker. tak percaya? percayalah! ada teknik ye kawan2. itulah sebabnya kami masuk 'u' sebab cerdik dan kreatif (eweekkkkk).

memasak dan berkongsi makanan berbuka dan bersahur ramai2 ni bagus; meriah sebab ada kawan2 dan dapat berjimat. tapi disebabkan komitmen lain, ada juga masanya aku terpaksa berbuka sorang2. yang lain tu ada date lah, makan kat masjidlah, dan pelbagai alasan lagi. alasan2 ini bila time ada duit, kalau pokai semua ada makan bersama. akupun sama cam tu, kadang2 kekasih hati ajak berbuka bersama, so kena tinggalkan kawan2 la. berbuka ngan awek biasanya takat di cafe pernas je. err... ada jugak berbuka kat aloq setaq. ramai ke awek aku? ish.ish.ish... soalan kurang hajar tu. sorang je la. sorang kat kolej pernas, sorang kat kolej guthrie, sorang kat kolej petronas. tak boleh ramai2 dalam satu kolej nanti terserempak. kuang.3x....

nota kaki untuk isteri tersayang :
cerita2 ni sekadar memori indah masa bersahur dan berbuka di campus dulu. cerita awek2 sekadar selingan. ayangkan tau abang ni mana ada makwe dulu. abang gi universiti tu untuk belajar je. dengan kuliah, dengan aktiviti universiti dan ko-kurikulum, assignment bertimbun, exam, kuiz dan sebagainya manalah abang ada masa nak bercinta2 ni. (errr... apsal aku sendiri rasa nak muntah baca nota kaki ni. tolong jangan muntah ye sebab nanti batal pose).

Tuesday, August 24, 2010

Bersahur KFC

semalam (23/8/2010) aku rasakan masa terlalu lambat berlalu. badan terasa sakit sangat. inilah bahananya food poisoning, atau bahasa kampung aku akibat keracunan makanan. tu la aku dah tulis pasal makanan pasar ramadhan yang tidak bersih atau dah basi. so, aku dah boikot pasar ramadhan area econsave pandamaran.

aku tak tau sakit akibat makan apa; ayam panggangke, laksamke, kuih-muihke, atau .... err, banyak le aku beli semalam. dah hari minggu, masa banyak... banyak le momborongnya. argh.... lantaklah, paling senang aku boikot semua. may be semua makanan tu menyumbang kepada kesakitan perut aku tu, aku ni perut agak sensitif. makanan semalaman tak boleh, masakan pagi tak boleh makan tengahari, masakan tengahari tak boleh makan malam. pendek kata, selalu nak yg fresh. dah beberapa kali sebenarnya aku keracunan makanan ni, dah dah beberapa kali jugak le aku masuk wad kat selangor medical centre (dh sukar nama apa tah) dan subang jaya medical centre dulu (sekarang sime darby medical centre).

berbalik pada cerita semalam.

dari jam 1 pagi, rasa badan dah lain macam, tak leh tido. dalam jam 3 pagi, aku rasa sakit perut dan rasa muntah2. ingat nak dapat anak lagi sebab asyik2 muntah, tapi dengan perut yg jugak memulas, rasanya keracunan makanan ni. aku cari pil chi kit chit aun, takde. so, aku ke 7-eleven berhampiran, dan takde jual. aku balik rumah hampa. sakit perut menjadi2, dan lebih teruk muntah tak berenti.

kat rumah, wife yang setia turut bersengkang mata. habis badan aku disapu ubat dan minyak angin. sebab masih muntah, dan dah takde menda nak muntah, terasa sakit betul perut dan badan. aku mengambil keputusan untuk ke klinik 24 jam berhampiran. kat port klang.

dalam jam 4.30 pagi rasanya aku ke klinik. aku yakin kalau aku tak ke klinik, aku tak leh puasa. sayang wooo kalau tinggil puasa. nasib baik ada klinik 24 jam yang bukak dan ada doktor. kat port klang ni ada beberapa klinik yag beroperasi 24 jam, tapi rata2 takde doktor.

since takde pesakit lain, cepatla aku jumpa doktor. sah, keracunan makanan. aku beritahu doktor yang aku nak puasa dan minta dia bagi ubat tahan muntah. doktor tu sebenarnya nasihatkan aku agar tidak berpuasa kerana aku dah kehilangan banyak bendalir badan akibat muntah dan kerap buang air besar. oh tidak! tak sanggup aku tinggalkan puasa ramadhan ni. dah la amalan lain kurang, ni nak ponteng puasa pulak.

setelah aku berkeras, doktor beritahu dia akan berikan aku suntikan untuk tahan muntah. aku tunggu di bilik doktor dalam 10 minit untuk tengok kesan ubat suntikan tu. rasa nak muntah alhamdulillah hilang. kemudian doktor tu paksa aku makan dalam 5-6 biji ubat disitu jugak. cam budak2 je kena paksa makan ubat. aku dah la rushing nak bersahur, kena tunggu kat klinik pulak. dalam area 515 pagi kot semuanya siap. melayang gak duit aku rm70 hengget.

nak bersahur kat rumah dah agak lewat sebab trafic light banyak, masa datang tadi cepat sebab emergency. aku call wife cakap aku nak bersahur area port klang je. rata2 restoren tutup. pilihan pertama aku mc donalds. pun tutup. adui..... nak sahur pakai apa ni. Aaa... kfc. nasib baik kfc port klang dibuka 24 jam.

aku pesan set bubur kfc. tambah burger a.m. savers. since nak gantikan air yg hilang dalam badan, aku ambik air teh panas dan 2 botol air mineral. dalam kfc tu selain pekerja kfc hanya aku sorang je ada. ye la, sapelah yang suka bersahur makanan segera.

agak gelojoh aku makan sebab imsak jam 5.45 pagi. subuh 5.55pagi. syukur dapat aku bersahur. balik rumah, solat subuh jab dan cuba tidur sebab seharian tak tidur. tak dapat tidur. may be sebab sisa2 kesakitan akibat muntah masih ada. badan terasa sakit sangat. aku berjaga sampai pagi.

paginya aku hantar luqman ke tadika cam biasa. even dapat surat sakit aku ke opis jugak, kerja bertimbun. tapi kat opis rasa badan sakit sangat. aku sms GM aku beritahu aku nak balik rehat. dah alhamdulillah kat rumah aku dapat tido beberapa jam. sebenarnya agak sukar untuk aku tidur siang ni. may be sebab sakit badan aku tertidur. jam 12.00 tengahari aku dah bangun. terasa ada tangan2 kecil menyentuh tubuh aku. anak2 rupanya. mereka memegang dan memicit tubuh aku, nak urut badan aku barangkali. luqman pun dah balik dari tadika.

aku mandi manda, rehat jab, solat zohor dan kemudian ke opis. wife cam biasa muncung je. mau tak muncung, dah sakit2 pun paksa diri ke opis. aku ni jenis gila kerja barangkali. dalam sakit badan yg masih terasa aku buat mana2 kerja yang terdaya, bila busy dengan kerja tak le terasa sakit sangat badan. dah hujung bulan, banyak urusan gaji belum diberesin, apatah lagi syarikat membayar tunggakan kenaikan gaji dari bulan januari 2010 kepada semua pekerja. aku nak pastikan pekerja mendapat gaji yang cukup dan betul. syukurlah, dengan kenaikan dan tunggakan gaji ni dapatlah pekerja2 muslim syarikat aku tu beraya sakan sikit. ekonomi dah agak stabil dan syarikat mampu bayar kenaikan gaji seperti tahun2 sebelumnya.

jam 6.15 petang aku ke pasar ramadhan area rumah aku sorang2 je. tak larat aku nak singgah rumah ambik luqman dan pika. beli ala kadar je, kuih2. nasi, lauk pauk dan sayur isteri tersayang dah sediakan. cuma kuih je beli. ala, beli kuih muih ni lebih pada yang anak2 pesan; sira pisang, kuih tepung pelita, popia goreng dan ada la sedikit2 kuih lain.

lepas berbuka, solat maghrib, aku makan ubat sakit badan 2 biji. dan tidur. jam 1 pagi baru bangun, abis solat terawih aku tertinggal. perut keroncong, wife nyenyak tido bersama anak2 di bilik satu lagi. malas nak kejut dan meyusahkan isteri yang kepenatan, kejab lagi mesti dia nak bangun siapkan makanan sahur pulak. nasi masa berbuka aku tak makan tu yg rasa agak lapar. even nasi dan lauk pauk masih ada aku tak makan, takut lagi meragam perut. aku masak megi dan telur je.

dah kenyang, mata dah segar. badan pun dah alhamdulillah tak sakit lagi. solat isya' jab. then, apa lagi, tulis blog la. tengok anak2 tidur, terasa syukur je dikurniakan tubuh badan yang sihat dan keluarga yang bahagia. tidur sorang je anak perempuan aku si pika. biasanya tak leh berenggang dari aku, may be tak nak ganggu aku kot. biasanya kalau tersedar diawal pagi, confirm pika akan cari aku. manja benar anak perempuan aku ni. anak2 ni even kenakalan dan keletahnya ada yang kadang-kalanya memeningkan kepala; aku cukup bahagia melayannya.

syukur padaMu ya Allah atas nikmat sihat dan nikmat bahagia ini.

Monday, August 23, 2010

Kenapa Murtabak Mesti Letak Bawang?

bulan2 puasa ni, nak tak nak kita memang terpanggil nak pergi pasar ramadhan. ye lah, seharian berpuasa, penat, tentu macam2 rasa nak makan. tengok itu selera, tengok ini terasa nak cuba. even, agar2 yang biasa2 tu pun kita anggup beli even harga dia mahal. nafsu puasa la katakan. heh... kalau diletakkan kepala keretapi kemudian salut coklat, aku yakin ada jugak nak nak beli buat juadah berbuka.

dalam pengalaman aku ke pasar ramadhan tak kiralah di mana2, rata2 ramai benar pengunjung. yg muslim tu biasalah, yang bukan muslim pun tumpang semangkuk. dari satu segi, ia bagus untuk pembangunan ekonomi umat Islam. tapi dua kali fikir aku rasa rata2 peniaga tak ikhlas meniaga.

aku berani kata begitu sebab ia berkisar dari pengalaman aku. banyak kuih dijual, dah la mahal, rasa dia....... jauh dari sedap. ye.. aku setuju bahawa ada yg memang sedap dan berpatuttan, tapi ramai jugak yg ccekik darah.

ada peniaga yg menjual kuih yg tak laku dihari sebelumnya. aku faham, tak baik membazir dan membazir itu amalan syaitan, tapi kalau korang jual makanan basi kat sedara mara seislam lain yg buleh jadi akan menyebabkan mereka sakit perut dan masuk hospital, korang rasa siapa yg perangai syaitan?

kuih muih memang meriah, bagi aku yg minat gile pada agar2 (beledho) kadang2 tertipu. tengok yg merah, beli. tengok yg warna pelangi, beli. yg ada buah2, beli. tapi, bila makan ...... semua rasa sama je. lagi teruk, warna merah menyala, tapi rasa tawar.

apa2pun, kepada peniaga yg jujur tu aku ucapkan syabas. disamping pahala puasa yg dapat. aku yakin mereka juga dapat pahala2 jariah yg lain. teruskan usaha murni anda tu.

pada aku yg agak cerewet makan ni, kadang2 terasa jugak nak seligi kepala penjual2 murtabak. semua murtabak yg dijual mesti ada bawang. kadang2 tu bila dah teringin sangat, aku beli jugak. isi aku bagi isteri aku makan, sedangkan aku makan kulit murtabak. teringin nak makan isi, tapi kalau aku makan isi yg bersalut bawang tu, tapi aku masuk wad icu pulak. tau la, aku ni keturunan bawang putih bawang besar. pantang kalau makan bawang.

ok la, cerita pasal makan ni buat aku lapar pulak. nak pekena sup cendawan jab. nak makan nasi kena tunggu bersahur jam 430am pulak.

Thursday, August 19, 2010

Pika Puasa la .................

Alhamdulillah, dah seminggu lebih umat Islam berpuasa. dan alhamdulillah aku masih berpuasa penuh dan luqman baru 3 hari tak puasa. luqman dah mula terasa nikmat berpuasa. games dah dapat ahad lepas, so agak leka dia dengan games dia tu. aku dah cakapkan pada isteri, kalau luqman merengek nak makan, suruh dia main games. cuma kerja sekolah dia kena siapkan dulu.

dua hari lepas, tah macam mana luqman join adik dia makan. rugi betul puasa dia. kemudian aku cakap, kalau luqman tak puasa dua hari berturut2, ayah bagi video games to kat kawan ayah. semalam, even agak lembik, luqman puasa penuh.

pika? kecik sangat lagi, tak puasa pun. yang aku tergelak ialah aku agak kerap menelefon atau men'sms isteri tanya luqman puasa ke tidak setiap hari, yang selalu jawab puasa ialah pika. kalau luqman berpuasa, aku biasanya akan balik lebih awal ke rumah dan bawa luqman ke pasar ramadhan terdekat. bagi dia pilih apa dia nak makan. yang terlebih memilih kadang2 si adik yang tak berpuasa. kalau aku tanya si adik tentang luqman puasa ke tidak, confirm dia jawab puasa. mau taknya, jika luqman puasa, mereka berdua akan aku bawa ke pasar ramadhan. kalau luqman tak puasa, aku singgah je pasar ramadhan sorang2.

pernah suatu hari, masa balik dari kerja ambik luqman dan pika nak pergi pasar ramadhan, pika yang masa paginya turut bersahur cakap dia berpuasa. aku terkejut.

pika : ayah, pika puasa.
ayah : betul ke pika puasa?
pika : betul ayah, pika puasa.
ayah : pika tak makan nasi?
pika : tak, pika tak makan nasi pun hari ni.
ayah : abis, pika tak makan apa2?
pika : pika makan mee je.
ayah : makan mee pun dah batal puasa pika. dah, panggil abang luqman cepat, kang ayah tinggal.
pika : yey, yey.... pergi pasar ramadhan. abang luqman, ccepat!!!!!

Monday, August 16, 2010

Kerjaya Paling Susah Ialah Menjadi Ibubapa

semalam, semasa menonton sebuah cerita orgputeh, aku terkesan dengan kata2 salah seorang dari mereka, "kerjaya yang paling susah ialah menjadi ibubapa".

setul ke susah nak jadi ibubapa. kalau difikirkan secara pendek akal, apa yang susahnya jadi ibubapa. cari pasangan berlainan jenis, berkahwwin, mengandung dan beranak. keluar je anak, secara automatik pasangan suamiisteri tersebut dianugerahkan pangkat 'ibubapa'. so, simple!

payah! apahal la korang kata susah. hari2 aku tengok berita, ramai benar anak2 dilahirkan dan dicampakkan ke longkang, tempat najis, tempat buang sampah dan sebagainya. itu secara pendek akal juga menunjukkan bahawa senang betul menjadi ibubapa. cuma, ibubapa jenis ini sesuai digelar ibubapa berhati setan. dah jahat tu jahat la, jangan la buang bayi tu dalam longkang. itu membunuh namanya. budak2 sekarang ni makin hari makin bodoh; dulu ramai jugak buang anak, tapi mereka letak kat masjid dan surau. mereka pandai, mereka letak masa orang nak gi sembahyang supaya anak2 yg tak berdosa itu segera dijumpai orang dan dapat dippelihara dengan selamat. sekarang? memang dihumban kemana2 dan berharap anjing memakan bayi itu dan menghapuskan bukti.

huh.....!

dalam menjadi ibubapa ni, pada aku agak sukar. nak beri makan pakai tu satu hal, nak mendidik mereka juga satu hal. budak2 jaman ini bukan macam jaman aku kecik2 dulu; jaman dah berubah.

anak2 kalau dijaga sangat; itu mengongkong katanya.
kalau tak dijaga; itu tidak mempedulikan mereka.

menjaga anak2 tu bukan setakat dari mereka lahir; ia sebenarnya melampaui tempoh masa itu. anak2 itu dijaga sejak mereka bula berbibit di rahim ibu lagi. ibubapa menjaga dan memenuhi keperluan si anak. ye lah, kena ambik suntikan itu dan ini. kena jaga pemakanan. kena jaga pemakaian. dan lain2. dah keluar si anak, kena berjaga malam mengurus susu dan lampin. nanti kena perhati mereka membesar, tumbuh gigi, bertatih, berjalan dan sebagainya.

bersekolah satu hal lagi. nak hantar ke sekolah mana? siapa yg bentuk anak tu nak jadi apa? jadi manusia atau jadi beruang. peranan daan keputusan ibubapa penting. duit tok sah cerita la. dengan pakaian, tambang, duit saku, buku, kelas tusyen, henset?, make up, dan sebagainya. kadang2 anak nak dating pun makbapak yg kena bayar.

dalam keluarga, menjadi ibubapa sangat susah, lebih2 lagi yg beranak ramai. kalau ditumpukan pada salah seorang anak, nanti dikatakan pilih kasih. anak emas ibu atau ayah. yang tak dipilih akan terasa menjadi anak pungut pulak.

peranan ibubapa tak terhenti bila anak2 habis belajar diuniversiti. ada yg masih bergantung pada ibubapa lepas belajar, emakayah tanggung cari kerja. dapat kerja dan bila gatal nak berlaki/berbini, ibubapa kena risik, pinang, mengurus kenduri dan sebagainya. dapat bini/laki, kadang2 ada ramai anak2 lupakan ibubapa. tapi peranan ibubapa tak habis disitu, masih memberi nasihat dan tunjukajar pada anak2 untuk berkeluarga. ye, ramai kata ibubapa menyusahkan kerana mencampuri urusan keluarga mereka. ye, kadang2. tapi ingat, tatkala rumahtangga musnah, atau anda dilanda musibah, nak dicampak kemana diri anda atau anak2 anda? nak duduk rumah anak yatim atau duduk bersama datuknenek mereka?

yang belum berkeluarga, aku yakin mereka belum dapat feeling kasih sayang seorang ayah dan ibu kepada anak2. pada aku secara peribadi, kadang2 tu ada jamuan makan ditempat high class dan tiba2 terlintas wajah anak2, tak lalu nak makan. dimemory box hanya fikir nak balik rumah jumpa anak2.

tapi, dengan sesusah itu peranan ibubapa; bila anak2 yag diasuh berjaya. dimanakah ibubapa mereka? yang bagus tu baguslah. tapi ada juga yang menjadikan ibubapa macam bola, dipindahkan dari rumah adik ini ke rumah kakak sana, tolak ke rumah abang dan sebagainya. lagi celaka, ada anak2 yang sanggup menghantar ibubapa mereka ke rumah orang2 tua atas alasan nyanyuk, membebankan, buang air merata2 dan sebagainya.