Saturday, November 20, 2010

Jangan Tidur Dalam Perut Orang

dalam cuti hari raya haji ni, cam biasa aku balik kampung di batu balai. since raya sebanar sehari je, hari2 selebihnya aku menziarah datuk nenek dan saudara mara. kawan2 ramai tak balik, yang balikpun ramai dah lost contact. kalau terjumpa, jumpalah.

habit aku kalau cuti panjang sikit dan kena waktu orang lain bekerja ialah aku suka pergi buat rawatan gigi di klinik pergigian jerantut. kebetulan kakak aku misi gigi situ. so, aku senang buat appointment buat rawatan gigi. cuti raya lepas aku pergi cuci karang gigi. kalau kat swasta mahal, aku kan mana banyak duit, aku pergi gomen la. murah sesangat. daftar rm1, lepas rawatan bayar rm2. kalau swasta yang pernah aku buat, bayarannya rm60. kalau cabut gigi pun sama, aku pergi gomen di jerantut. kalau sakit di port klang, memang kena swasta la. kat jerantut memang senang sebab aku memang bercuti, kalau nak suruh aku menunggu untuk rawatan? heh,..... tak kuasa aku.

pernah ada kawan tanya, kenapa untuk rawatan gigi aku aku ke jerantut, dan untuk isteri aku aku bawa ke swasta. jawapannya ialah " isteri aku laki dia ada duit, so dia boleh pergi swasta. aku pulak, kerja makan gaji, kena la berjimat". ha.ha.ha.... sebenarnya, aku lebih selesa di klinik gigi jerantut. dan aku tak payah menunggu lama sebab akak aku tolong buat appointment.

opss... dah jauh lari tajuk ni. sebenarnya di klinik gigi tu aku jumpa kawan sekelas aku masa di sekolah kebangsaan damak dan sekolah menengah damak; aziah namanya. kawan sekampung di damak. even sekarang aku tinggal di batu balai, sebenarnya aku memang anak kelahiran kampung damak. dah mami (emak) aku meninggal dunia, barulah aku berpindah ke batu balai tinggal dengan datuk nenek aku.

aziah ni adalah kawan baik dan merangkap musuh ketat aku dalam kelas sejak darjah satu lagi. aziah binti abdul rahman, ahmad dusuki bin abdul rani, nik afzan binti nik mat, rohaliza binti ali napiah, dan alias bin deraman adalah nama2 orang yang cerdik di seluruh kelas (ada 2 kelas)masa sekolah rendah. selalunya inilah nama2 yang akan mencapai nombor2 kecil dalam kelas seperti nombor 1 hingga 3. aku? since orang semua berebut nombor kecik, aku ambik nombor besar2 je la.

berbalik tajuk asal tadi, aku jumpa aziah di klinik gigi. dah jadi pensyarah. berborak kejab. kemudiah lepas rawatan gigi aku sekeluarga bershopping sikit di pasaraya TF di bandar jerantut. lepas beli barang, tiba2 ada suara mmanggil. hah... shahrum bin isa. kawan sekampung dan satu sekolah damak jugak. cam biasa ayat2 pedih telinga dari majoriti kawan2 yang lama tak jumpa " dah gemuk mu sekarang?" . ini bukan gemuk, ini gebu. ini korporat. shahrum ni askar di port dickson. terkejut jugak dia aku kawin orang sekampung, dia ingat kawin dengan awek lain (sekelas dengan dia masa di kelas 5 pertanian SMPS). jawapan standard "tak de jodoh". dan lepas kutuk mengutuk sesama sendiri diiringi gelak ketawa, ia diakhiri dengan bertukar2 nombor henpon.

tamat imbas kembali.

sebenarnya berjumpa kawan2 lama ni seronok. lebih2 lagi kawan masa sekolah. dulu kita berkawan tanpa motif. kita berkawan dan bergaul lebih lama masanya berbanding masa dengan keluarga kita. ye lah, disekolah berkawan dan belajar bersama. abis sekolah berkawan sambil mengajir Quran. kemudian berkawan2 sambil mandi sungai dan melastik burung. berkawan sambil bermain perang2 dengan 'bedil rojoh' (senapang buluh) dan sebagainya.

balik rumah, layan tetamu datang rumah la. yg ramai jiran2 dan kawan2 papa aku. dalam banyak2 topik, aku suka bila papa aku cakap mengenai frasa "jangan tidur dalam pperut orang". aku cakap frasa sebab aku tak tau nak gelarkan sebagai ape : simpulan bahasa, peribahasa, simpulan kata atau penjodoh bilangan? aku bab2 tatabahasa ni lembab sikit.

aku malas nak tanya papa aku depan orang mengenai frasa tu, kang tak pasal menjatuhkan maruah universiti aku belajar. aku hanya terangguk2 dan cuba memahaminya. ala senang je maksud dia. "jangan tidur dalam perut orang" bukan bermakna kita kena belah perut orang lain dan tidur didalam perut orang terbabit, atau menjadikan perut orang tersebut sebagai bantal buat tidur. ia bermaksud kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. tetapi kita kena kenali siapa kawan kita itu. ada kawan yang kita boleh berkawan setakat di kedai kopi. ada yang kita boleh berkawan dan ajak ke rumah. ada kawan yang kita boleh ceritakan rahsia. ada kawan yang boleh bawa masuk rumah. ada kawan boleh bawa sampai ke dapur. ada kawan yang boleh bawa ke bilik tidur (opsss... ini bahaya).

kawan2 ni banyak jenisnya. ada orangmemang ikhlas berkawan. ada yang saje nak mencari peluang nak mengenakan kawan. 'friend eat friend' kata orang kampung aku. orang macam ni kena hati2. even dibesarkan sama2, bersekolah sama2, mengaji sama2, mandi telanjang di sungai sama2, tapi kena hati2 berkawan dengannya. jangan bersangka baik sangat dan mempercayainya 100%. aku bukan nak menghasut sesiapa jua untuk menuduh kawan mereka sebagai tidak jujur, tapi sekadar beringat bahawa kita sering menilai luaran dan mempercayai seseorang kerana persahabatan, ianya merbahaya. ramai yang tertipu hingga ada yang tertipu dengan menjadi 'keldai dadah', terlibat dengan kegiatan haram, terjebak dengan pelacuran, melabur dalam skim haram, dan sebagainya.

nota kaki :
Frasa ini tidak boleh digunakan bagi menggambarkan betapa seronoknya bayi tidur dalam kandungan ibunya.

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Haji 2010

Alhamdulillah, hari ini adalah hari raya ediladha. semua umat Islam diseluruh dunia meraikan hari ini. yang lebih gembira tentulah tetamu2 Allah yang merayakannya di bumi Mekah.

aku akan gerak bali batu balai may be lepas solat sunat hari raya haji. tak rushing mana. asal selamat sampai dan bersama keluarga papa aku dah syukur alhamdulillah. mula2 nak balik malam, tapi kawan2 yang balik kata jammed, so malaslah nak berebut dengan sahabat2kita yang nak balik jauh di kelantan. aku dalam 2 jam setengah dah sampai rumah dah.

dalam merayakan hari raya korban ini, yang berkemampuan tu janganlah lokek untuk berkorban sedikit harta dengan membahagikan daging korban kepada yang memerlukannya. kalau duit banyak ambiklah seekor atau lebih, kalau kurang tu, ambiklah satu bahagian lembu. cuma, kalau dah tak mampu, jangan pula menyambut raya secara hilang akal hingga menyebabkan terkorban nyawa.

Dikesempatan ini, aku dan keluarga mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada semua sahabat beragama Islam.

Saturday, November 13, 2010

Labu & Labi

semalam (12/11/2010) aku cuti sehari. ada sedikit urusan. sebelah pagi aku di port klang je, dan sebelah petang di shah alam. kat shah alam aku ke kompleks pkns shah alam. heh.... banyak sebenarnya kenangan aku kat sini, kenangan pahit manis dengan kekasih ke 236 aku dulu (wek, kawin pun dengan orang sekampung, mengaku pernah ada awek konon).

ke kompleks pkns, aku pergi satu keluarga la. dalam 3pm kot. kompleks pkns cam biasa memang meriah. tambah2 nak raya haji ni, penuh depan ruang legarnya dengan gerai jualan pakaian raya. untuk keluarga aku semua dah ada, tak nak beli pakaian raya pun. aku cuma nak tempah pakaian untuk syarikat aku. ala syarikat cinonet aku yang buat website untuk mempromosi businesscard. www.izzibusinesscard.com . sekarang dah mula dikenali. bila dipanggil untuk bayar, ada yang tanya kenapa tak de uniform. heh, satu kos tambahan lagi, dah la syarikat kecik. so, aku ke pkns untuk tempah baju syarikat la. actually baju memang ready made, cuma nak buat embroidery je. ok jugak ada uniform syarikat even simple gile, at least ada imej dan menarik kepercayaan pelanggan.

dalam doq berjalan, anak2 ingatkan bahawa belum beli kura-kura. err.... minat bela kura-kura pulak. aku cakap labi-labi, diorang kata nak kura-kura jugak. so, pegila masuk kedai ikan di kompleks pkns tu. kat port klang sebenarnya banyak kedai ikan dan murah2, tapi malas nak pergi sana. aku biarkan anak2 aku, luqman dan pika pilih akuarium dan 'kura-kura' mana yang dia nak. bercakap pasal hobi atau minat anak2 bela binatang ni sebenarnya ikut musim. sekejab minat ikan emas, aku beli dengan akuarium kabinet. kemudian minat hamster, pun aku beli dan tambah aksesori sampai seratus hengget lebih, bila kena gigit ngan hamster hari tu, aku just bagi percuma kat rakan sekerja. masa tu kecoh pasal kematian akibat kencing tikus, bila luqman kena gigit jarinya dengan hamster, terus pergi klinik cucuk dan terus let go hamster tu. biarpun mereka sayangkan hamster mereka, aku lebih sayangkan anak2 aku. kemudian minat kucing, pastu arnab, dan sekarang kura-kura.

dah puas mereka pilih, akhirnya dapatlah satu set kura2 mereka. aku sebenarnya tak berkenan dengan pasir hitam, tapi biarlah. nanti aku tambah pasir warna warni, batu2 dan sebagainya.



balik rumah mereka tanya aku nak namakan sebagai ape? aku pun tak reti. ada 2 ekor, satu jantan, dan satu betina. aku pun tak taumana jantan mana betina, macam serupa je. so, untuk sementara waktu sebelum aku kenal mana jantan betinanya, aku namakan ia 'labu dan labi'.

bab menjaga kura2 ni aku belum reti. just tanya jurujual tu cara penjagaannya. cam biasa la, kena bersihkan bekasnya seminggu sekali. anak2 cakap diorang akan bersihkan, tapi cam biasalah 'ayah jugak' kena buat. tak kisahlah, at least mereka ada sesuatu untuk menghiburkan hati. kalau anak2 bahagia, akupun bahagia. apalah harta benda jika nak dibandingkan dengan senyuman di wajah anak2.

Friday, November 12, 2010

Proton Aspira : Lambang Kemajuan atau Kemunduran Proton ?

sehari dua ni hampir semua orang bercakap pasal model proton ke 15, proton aspira. ye, pada aku memang cantik. mau tak cantek, lancer tu.

dalam orang doq bercakap pasal maju ke hadapan, aku nampak proton sebenarnya mengundur ke belakang. lebih 10 tahun menjadi syarikat pengeluar kereta nasional, proton rupanya masih budak hingusan. kalau lebih 10 tahun dulu, proton gunakan enjin dan model mitsubishi (betul ke ejaan aku ni?) oklah, ini dah lebih 10 tahun dan setelah mendabik dada kata buleh buat enjin dan model sendiri, tapi masih gunakan mitsubishi.

kalau gunakan kepakaran mereka, oklah. ini gunakan model kereta mereka hampir 90%. aku dengar hanya bumber depan dan belakang saje yang gunakan bahan tempatan. opss... satu lagi kat depan, lambang proton. so, sebelum ni ramai golongan nasionalis kutuk naza tak layak jadi syarikat kereta nasional sebab ambik model kia atau peugeut jadikan model naza. so, mana nasionalis itu sekarang? layakkah proton atau spesifiknya aspira menjadi model kereta nasional. jawapannya ialah layak, sebab ia mitsubishi. layak sebab ia proton.

sebenarnya masa proton keluarkan kereta gen2 aku dah mula respek kat proton, ala faham2 sajelah model2 sebelumnya rata2 saduran; jepun yang dimalaysiakan. cuma korang fikir, yang mana satu model proton buat sendiri. may be van kotak tu kot. apa ke namanya, proton juara.

huh... apa2pun tahniah untuk model baru proton aspira. seikhlasnya, kalau aku ada duit lebihpun aku nak beli jugak satu. sape tak tertawan dengan model sehebat lancer.

Tuesday, November 9, 2010

Kalau Lari, Ayah Cari Tak?

bab2 lari dari rumah ni sering kita denagr kebelakangan ini. gaduh dengan mak bapak, lari dari rumah. dapat janji palsu dari jantan bohjan, lari dari rumah. terpikat dengan orang lombok, lari dari rumah. tertarik dengan jantan pakistan jual karpet yg hidung mancung, lari dari rumah. mengandung anak haram, lari dari rumah. bergaduh dengan laki, lari dari rumah. apa kejadahnya semua ini (baca stail wan kamarudin). kalau suka sangat lari, masuklah lumba lari. dapat juga harumkan nama negara di kejohanan olimpik.

pada aku, ini gejala zaman moden. dulu2, aku masa dikampung, even kena sebat dengan tali pinggang dengan ayah aku bila asyik mandi sungai damak, aku takut nak lari dari rumah. kalau bengang sangatpun aku cuma lari setempat. atau lari ke rumah nenek aku yang dalam jarak 3-5 kilometer. jauh jugak, tapi bukan aku berlari, aku ikut motor datuk aku yang tiap2 pagi ada di kedai kopi, tumpang balik la. kalau didapati aku hilang, mami aku akan ke rumah ayah dia (datuk nenek aku la) mencari aku dan pujuk balik. biasanya peritiwa lari dari rumah ini akan berakhir kurang dari 4 jam.

ahad lepas, masa ke jusco bukit tinggi, aku cam biasa bawa keluarga. dalam orang yang ramai, biasanya aku akan memegang erat tangan anak2 aku. takut hilang. yang bongsu cam biasa la, ummi dia dokong. tiba2, pika bertanya .....

pika : ayah, kenapa ayah pegang tangan pika?
ayah : ayah takut pika hilang. orang ramai.
pika : ayah takut pika lari ke ayah?
ayah : ye, kalau ayah lepas, pika lari, nanti hilang. orang ramai.
pika : kalau pika lari, ayah cari pika tak?
ayah : mestilah ayah cari. ayahkan sayang pika.
pika : kalau pika besar, ayah pegang tangan pika lagi tak?
ayah : kalau dah besar, pika jalan sendiri la.
pika : kalau pika lari?
ayah : kalau dah besar pika lari, apa lagi ayah boleh buat. ayah tak boleh buat apa2. itu tanda pika dah tak sayang ayah lagi. dah besar nanti pika dah tak nak sayang ayah lagi ke?
pika : sayang. pika sayang ayah sampai bila2. nanti besar, pika jadi doktor, pika jaga ayah.
ayah : ayah boleh jaga diri ayah, pika tu kena jaga diri sendiri.
pika : ok. nak sayang ayah.
ayah : (menghulurkan pipi untuk dicium)

Monday, November 8, 2010

Majlis Perkahwinan Mohd Najib

sekarang di area kedah, kelantan, perlis dan pahang dah mula banjir. ia sebagai petanda bulan orang naik pelamin. bagi kebanyakan orang, leceh buat kenduri musim2 hujan dan banjir ni, tapi bagi pengantin, inilah masa sesuai untuk bernikah kawin. ye lah, dah nama musim hujan, cuacanya sejuk, dingin, gerenti peluk tak lepas punya. kalau dapat hujan sebelah malam, syoknya. katil patah pun orang tak sedar. kalau hujan sampai ke petang, lagilah syiok, tak payah keluar bilik seminggu. kuang.kuang.kuang.....

dalam ramai2 manusia nak berumahtangga tu, sepupu aku yang sorang ni juga tak kesabaran. mohd najib bin ramli, sepupu sebelah papa aku. papa aku anak sulung, ayah si najib ni anak kedua. even keluarga besar aku sangat besar, tapi kami sepupu sepapat memang rapat. jarak usia bukan penghalang. apatahlagi kami dibesarkan di kampung.

mat najib ni lagilah rapat sebab even ayah dia tinggal di bandar jerantut, dia lebih selesa duduk bersama neneknya di cengkuak damak. so, tiap kali aku pergi rumah datuk aku, memang selalulah singgah rumah nenek dia. kebetulan nenek dia memang tinggal area belakang rumah datuk aku. ala senang cerita, majoriti mak sedara dan paksedara aku memang tinggal berhampiran satu sama lain.

hubungan kekeluargaan aku dengan mat najib ni agak berbelit sikit. biasalah keluarga kawin ramai, salasilah pun dah bercampur2. kalau ikut belah ayah aku, mat najib ni sepupu aku sebab ayah dia dan ayah aku adik beradik. tapi kalau ikut belah mami aku, lain pulak. mat najib ni kira pangkat anak sepupu aku. sebab? mami aku dan nenek mat najib adik beradik. datuk sebelah mami aku ada 3 isteri. aku dari belah isteri ketiga. dari perkahwinan terdahulu, nenek aku dah ada anak iaitu nenek mat najib. dari perkahwinan dengan datuk aku, dapatlah mami aku dan adik beradik lain. so, mami aku dan nenek mat najib kira adik beradiklah, walaupun ayah lain. aku dengan mak mat najib jadi sepupu. dan dengan mat najib jadi anak sepupulah.

tapi, memandangkan sebelah ayah lagi kuat, memadailah kami digelar sepupu. kalau digelar anak sepupu tu nampak sangat aku dah tua. aku masih muda (err.. tak sedar diri betul).

cukuplah ilmu salasilah kekeluargaan tu, nanti ramai yang pening. aku tak berapa nak pening sebab aku dah masukkan data keluarga dalam software 'family tree'. senang nak buat jejak kasih bila dah tua2 nanti atau masa anak2 aku nak menikah nanti.

mat najib ni telah selamat melangsungkan upacara akad nikahnya pada 05/11/2010. akupun tak pasti kenapa dia pilih hari deepavaali. majlis dibuat di masjid di kelana jaya. alhamdulillah aku berkesempatan hadir ke majlis itu. aku sampai ngam2 masa akad nikah. dah dia buat jam 3pm. aku agak lambat sebab jauh di port klang dan biasalah solat jumaat dulu, makan dulu. alhamdulillah, mereka selamat menjadi suami isteri yang sah setelah 3 kali lafaz. tak kisahlah najib, 3 kalipun tak de hal, yang penting dah jadi milik yang sah.



lepas akad nikah di masjid, kami menikmati jamuan makan di rumah pengantin perempuan. kemudian aku berangkat pulang ke port klang bersama mak aku, makcik aku dan kakak aku beserta anaknya. mereka datang dari pahang bersama rombongan pengantin lelaki, tapi tidur rumah aku. penginapan disediakan, tapi lagi selesa tidur rumah keluarga sendiri kan. sebelah malamnya bosan2 aku bawa ke i-city di shah alam.

keesokan harinya (06/11-2010)majlis persandingan di dewan komuniti kelana jaya. kami turut hadir. since ramai, guna 2 kereta la, termasuk satu kereta adik aku hisyam. kami berkumpul di stesen shell sebelum bertolak ke dewan. majlis berlangsung selepas solat zohor. seronok jugak berkumpul sebab ramai saudara mara yang lama tak jumpa dapat datang. ye lah, kecik2 selalulah jumpa. bila dah besar dan berkahwin, ramai bawa diri masing2.

dalam kesibukan berborak dan melayan anak2 sambil menunggu masa berarak masuk dewan, pakcik aku yang juga ayah pengantin lelaki memanggil aku. heh,.... aku diminta menjadi wakil jurucakap rombongan pengantin lelaki. errr... aku mana reti nak pantun2 ni. tak pernah aku jadi wakil bab2 nikah kawin ni. jangankan kata majlis kahwin, majlis berkathanpun aku tak pernah jadi jurucakap. aku cuba tolak secara baik sebab memang aku tak de pengalaman jadi jurucakap rombongan pengantin, dan ada anak lelaki tua di belah pengantin lelaki. since, mereka sekeluarga dengan relahati memberikan 'pangkat' tu pada aku, aku dengan sukacita menerimanya. cuma aku awal2 bagitau aku memang tak reti, takut merosakkan majlis pula.

selepas berarak masuk dewan, aku membawa keluarga aku duduk dimeja dikhaskan untuk rombongan pengantin lelaki. tapi belum sempat jamah makanan, abang pengantin lelaki dah suruh aku ke atas pentas, duduk dimeja bersama pengantin dan kedua2 keluarga. so, dengan malu-malu badak air, aku turutkan juga. akukan wakil pengantin lelaki, kena duduk meja vip la.

sebelum makan, pelbagai persembahan dibuat. ada mengaji Quran, berzanji dan berselawat. kemudian barulah makan. sambil2 makan tu wakil pihak perempuan berucap, kemudian giliran wakil pihak lelaki berucap, aku la tu. gugup jugak. kali pertama. dalam hati berterima kasih juga pada keluarga pihak lelaki kerana bagi aku jadi jurucakap mereka even ramai lagi pakcik2 aku dan saudara mara lebih tua disitu. kalau sebelum ni aku boleh jadi pengacara majlis annual dinner syarikat dan sebagainya, kenapa tak boleh jadi jurucakap kahwin pulak. dari satu segi nampak juga bahawa usia aku sebenarnya dah meningkat. may be lepas ni kena jadi jurucakap rombongan merisik atau meminang pulak. heh.... dari gelaran 'abang ngah', akan bertukar jadi 'ayah ngah' dan kemudian jadi 'tok ngah'.



kepada sepupuku Mohd Najib bin Ramli dan isterinya Aisyah bt. Mohd Ahmadi; Abang ngah dan keluarga mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU. tempuhilah alam rumahtangga dengan aman, damai dan bertolak ansur. moga rumahtangga kalian kekal bahagia dan rukun hingga ke akhir hayat. semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kehadiran anak yang ramai. Amin Ya Rabbal Alamin.


IZZI ADVERTIZING----------------------------------------

Jadilah suami perkasa dan isteri sempurna. produk bio-asli dijamin Halal dan selamat digunakan. gerenti suami dan isteri tersenyum lebar.

http://www.bio-asli.com/?id=izzi



http://www.bio-asli.com/?id=izzi



http://www.bio-asli.com/?id=izzi

Saturday, November 6, 2010

i-city berhantu?

05/11/2010 lepas aku ke i-city lagi.dah kali kedua. sebenarnya aku tak nak gi pun tapi memandangkan kakak aku dan anaknya amir, mak aku dan makcik aku stay kat rumah aku sempena perkahwinan sepupu aku di kelana jaya, aku bawa la jalan2.

i-city ni sebenarnya tak lebih dari kawasan bangunan pejabat yang ditelak lampu untuk menarik minat orang. pegi masa percuma dulupun aku tak suka, dah berbayar rm10.00 satu kereta ni lagilah aku benci. may be faktor umur dah meningkat menyebabkan aku tak suka tempat ni atau sebab ia hanya hiasan kerlipan lampu, atau sebab ianya berhantu.

i-city berhantu?

yup, itulah yang banyak diceritakan. gambar2 hantu dan entiti banyak diedarkan melalui henadphone dan internet. adik ipar aku pernah tunjukkan gambar pegun yang dirakamkan semasa ke i-city awal tahun. heh.. seram jugam. berdiri jugak bulu kaduk melihatnya. kat internet pula bersepah gambar2 seram di i-city. bagi aku secara peribadi takdelah pengalaman menangkap gambar seram sebegitu, tapi aku perasan bahawa dalam gambar yang dirakamkan ada unsur kehadiran makhluk halus yang digelar entiti.

entiti ni dikatakan wujud seperti 'buble' di udara dan dapat dirakamkan dengan kamera dengan kelajuan tinggi dan resolusi tinggi. entahlah, ada orang kata ianya cuma 'noise' pada sesuatu gambar akibat imbasan cahaya, objek, gegaran dan sebagainya. tapi ramai pengamal paranormal menganggap ianya simbol kehadiran makhluk lain. entahlah, may be aku banyak sangat baca majalah mastika atau tengok gambar2 mistik. heh....



apa? gambar tak cukup seram. sape cakap ia gambar seram, aku cakap gambar entiti. nak lagi seram, dengarkan pula cerita aku di i-city ni.

dari kawasan lampu2 dibangunan, aaku dan keluarga ke arag padang tempat pokok2 berwarna warni tu. tiba-tiba telefon aku berdering. aku ambik dari poket dan cam biasa nak jawab telefon kena tengok nama orang yang call dulu. heh.... "izman-digi" yang call. itu nombor aku ketiga. ala cam tak biasa pakai banyak2 phone dan nombor. untuk nombor utama aku pakai maxis postpaid guna bb. untuk phone kedua aku gunakan maxis prepaid guna phone sony eric. yang ketiga guna digi prepaid guna samsung.

memula aku ingat aku dah tersalah tekan nombor sendiri. tapi telefon tu masa aku ambik dalam keadaan masih locked. aku biarkan ia berdering, dan dallam masa yang sama aku perhatikan kedua2 phone. camaner digi buleh call maxis ni. tak kan 'orang kuning digi' nak cari pasal ngan aku ni. aku tunjukkan pada wife yang tiba2 handphone aku menelefon sesama sendiri. wife aku pun pelik. aku rasa ada sesuatu yang pelik, ada sesuatu menda yang hendak dicakapkan barangkali. aku mengambil keputusan untuk menjawab telefon bb menggunakan tangan kiri, sementara tangan kanan masih menggenggam samsung. tiba-tiba.....

...... deringan berhenti. heh... lambat sangat jawab tentulah berhenti berdering. aku tertunggu digi call semula, tiada. aku check baki kredit, heh.... banyak lagi. malas nak melayan menda2 tahyul dan membuatkan aku terkencing dalam seluar, aku letak balik kedua telefon dalam poket. aku sebelum tu dah off kan digi. maxis satu lagi memang aku tak bawa sebab ia untuk business je.

ok, cukuplah dengan gambar dan cerita tak berapa seram tu. mungkin ramai akan kata mana ada i-city berhantu. ini cerita hantu sebenar yang aku nak kongsikan.

sesiapa yang pernah ke i-city dapat membuktikan bahawa hantu penghisap darah ni memang wujud. dan ianya wujud pada malam hari sebagaimana kuwujudan drakula. bezaanya hantu2 ini menghisap darah sesiapa saje yang datang tanpa mengira bangsa dan jantina. yang kaya may be tak terasa darah mereka dihisap, tapi yang marhain dan musafir hina memang terasa sangat. dah la bayaran masuk rm10.00 bagi sebuah kereta, harga makanan, minuman dan segala benda yang dijual amat mahal. boleh muntah darah dibuatnya.

bayangkan harga corn cup dah rm4.00. air mineral seamaster biasa rm2.00, kalau nak yang sejuk dah rm2.50. nak makan air tin, air kotak, burger dan sebagainya.... sendiri mau ingatlah. ada satu incident semasa aku membeli makanan dan minuman untuk anak2 aku, ada seorang makcik ingin membeli juga. bila terdengar harga yang aku bayar, langsung tak jadi. sambil berlalu makcik tu mengomel 'harga tu cukup untuk makcik makan seminggu". bukan rm4.00 boleh makan semnggu, tapi bayangkan satu keluarga yang datang untuk melihat lampu terpaksa membayar harga yang mahal untuk makanan sekeluarga.

ye aku setuju, kalau miskin jangan datang i-city. tapi jangan kurang hajau sangat. simpati juga pada si miskin. mereka juga teruja dengan silauan lampu berwarna warni even di rumah mereka tiada lampu barangkali. aku juga tak leh salahkan peniaga 100%, mereka tiada pilihan. mereka terceekik dengan sewa tapak meniaga cinonet semahal rm2000 sebulan. jadi mereka juga terpaksa cekik pengguna seperti kita.

dalam hati terfikir juga, bila bab nak meroboh gerai orang miskin jual nasi lemak tepi jalan atau mengawal harga barang di kedai2 runcit, memang majlis tempatan dan kementerian perdagangan dan kepenggunaan sangat cepat. tapi bila melibatkan jerung2 besar, mereka sangat lembab cam tapir afrika.

oklah, membebel pun tak berguna. bila sampai sana, akupun sama cam yang lain terpaksa berbelanja untuk makan minum, tiket masuk dan membeli mainan anak2. lupakan semuanya, sebab kita memang cepat lupa. dan inilah harga yang terpaksa dibayar untuk kemodenan dan menjadi negara maju.

ini sedikit gambar semasa di i-city :-






IZZI ADVERTIZING------------------------------------------

Ini pula produk berhantu dari artis cerita hantu popular (kaza) dalam siri hantu ceplos. mesti naik hantulah kalau guna produk ni (err.... untuk lelaki dan yang dah berkahwin sahaja ye)

http://www.bio-asli.com/?id=izzi



http://www.bio-asli.com/?id=izzi