Saturday, November 6, 2010

i-city berhantu?

05/11/2010 lepas aku ke i-city lagi.dah kali kedua. sebenarnya aku tak nak gi pun tapi memandangkan kakak aku dan anaknya amir, mak aku dan makcik aku stay kat rumah aku sempena perkahwinan sepupu aku di kelana jaya, aku bawa la jalan2.

i-city ni sebenarnya tak lebih dari kawasan bangunan pejabat yang ditelak lampu untuk menarik minat orang. pegi masa percuma dulupun aku tak suka, dah berbayar rm10.00 satu kereta ni lagilah aku benci. may be faktor umur dah meningkat menyebabkan aku tak suka tempat ni atau sebab ia hanya hiasan kerlipan lampu, atau sebab ianya berhantu.

i-city berhantu?

yup, itulah yang banyak diceritakan. gambar2 hantu dan entiti banyak diedarkan melalui henadphone dan internet. adik ipar aku pernah tunjukkan gambar pegun yang dirakamkan semasa ke i-city awal tahun. heh.. seram jugam. berdiri jugak bulu kaduk melihatnya. kat internet pula bersepah gambar2 seram di i-city. bagi aku secara peribadi takdelah pengalaman menangkap gambar seram sebegitu, tapi aku perasan bahawa dalam gambar yang dirakamkan ada unsur kehadiran makhluk halus yang digelar entiti.

entiti ni dikatakan wujud seperti 'buble' di udara dan dapat dirakamkan dengan kamera dengan kelajuan tinggi dan resolusi tinggi. entahlah, ada orang kata ianya cuma 'noise' pada sesuatu gambar akibat imbasan cahaya, objek, gegaran dan sebagainya. tapi ramai pengamal paranormal menganggap ianya simbol kehadiran makhluk lain. entahlah, may be aku banyak sangat baca majalah mastika atau tengok gambar2 mistik. heh....



apa? gambar tak cukup seram. sape cakap ia gambar seram, aku cakap gambar entiti. nak lagi seram, dengarkan pula cerita aku di i-city ni.

dari kawasan lampu2 dibangunan, aaku dan keluarga ke arag padang tempat pokok2 berwarna warni tu. tiba-tiba telefon aku berdering. aku ambik dari poket dan cam biasa nak jawab telefon kena tengok nama orang yang call dulu. heh.... "izman-digi" yang call. itu nombor aku ketiga. ala cam tak biasa pakai banyak2 phone dan nombor. untuk nombor utama aku pakai maxis postpaid guna bb. untuk phone kedua aku gunakan maxis prepaid guna phone sony eric. yang ketiga guna digi prepaid guna samsung.

memula aku ingat aku dah tersalah tekan nombor sendiri. tapi telefon tu masa aku ambik dalam keadaan masih locked. aku biarkan ia berdering, dan dallam masa yang sama aku perhatikan kedua2 phone. camaner digi buleh call maxis ni. tak kan 'orang kuning digi' nak cari pasal ngan aku ni. aku tunjukkan pada wife yang tiba2 handphone aku menelefon sesama sendiri. wife aku pun pelik. aku rasa ada sesuatu yang pelik, ada sesuatu menda yang hendak dicakapkan barangkali. aku mengambil keputusan untuk menjawab telefon bb menggunakan tangan kiri, sementara tangan kanan masih menggenggam samsung. tiba-tiba.....

...... deringan berhenti. heh... lambat sangat jawab tentulah berhenti berdering. aku tertunggu digi call semula, tiada. aku check baki kredit, heh.... banyak lagi. malas nak melayan menda2 tahyul dan membuatkan aku terkencing dalam seluar, aku letak balik kedua telefon dalam poket. aku sebelum tu dah off kan digi. maxis satu lagi memang aku tak bawa sebab ia untuk business je.

ok, cukuplah dengan gambar dan cerita tak berapa seram tu. mungkin ramai akan kata mana ada i-city berhantu. ini cerita hantu sebenar yang aku nak kongsikan.

sesiapa yang pernah ke i-city dapat membuktikan bahawa hantu penghisap darah ni memang wujud. dan ianya wujud pada malam hari sebagaimana kuwujudan drakula. bezaanya hantu2 ini menghisap darah sesiapa saje yang datang tanpa mengira bangsa dan jantina. yang kaya may be tak terasa darah mereka dihisap, tapi yang marhain dan musafir hina memang terasa sangat. dah la bayaran masuk rm10.00 bagi sebuah kereta, harga makanan, minuman dan segala benda yang dijual amat mahal. boleh muntah darah dibuatnya.

bayangkan harga corn cup dah rm4.00. air mineral seamaster biasa rm2.00, kalau nak yang sejuk dah rm2.50. nak makan air tin, air kotak, burger dan sebagainya.... sendiri mau ingatlah. ada satu incident semasa aku membeli makanan dan minuman untuk anak2 aku, ada seorang makcik ingin membeli juga. bila terdengar harga yang aku bayar, langsung tak jadi. sambil berlalu makcik tu mengomel 'harga tu cukup untuk makcik makan seminggu". bukan rm4.00 boleh makan semnggu, tapi bayangkan satu keluarga yang datang untuk melihat lampu terpaksa membayar harga yang mahal untuk makanan sekeluarga.

ye aku setuju, kalau miskin jangan datang i-city. tapi jangan kurang hajau sangat. simpati juga pada si miskin. mereka juga teruja dengan silauan lampu berwarna warni even di rumah mereka tiada lampu barangkali. aku juga tak leh salahkan peniaga 100%, mereka tiada pilihan. mereka terceekik dengan sewa tapak meniaga cinonet semahal rm2000 sebulan. jadi mereka juga terpaksa cekik pengguna seperti kita.

dalam hati terfikir juga, bila bab nak meroboh gerai orang miskin jual nasi lemak tepi jalan atau mengawal harga barang di kedai2 runcit, memang majlis tempatan dan kementerian perdagangan dan kepenggunaan sangat cepat. tapi bila melibatkan jerung2 besar, mereka sangat lembab cam tapir afrika.

oklah, membebel pun tak berguna. bila sampai sana, akupun sama cam yang lain terpaksa berbelanja untuk makan minum, tiket masuk dan membeli mainan anak2. lupakan semuanya, sebab kita memang cepat lupa. dan inilah harga yang terpaksa dibayar untuk kemodenan dan menjadi negara maju.

ini sedikit gambar semasa di i-city :-






IZZI ADVERTIZING------------------------------------------

Ini pula produk berhantu dari artis cerita hantu popular (kaza) dalam siri hantu ceplos. mesti naik hantulah kalau guna produk ni (err.... untuk lelaki dan yang dah berkahwin sahaja ye)

http://www.bio-asli.com/?id=izzi



http://www.bio-asli.com/?id=izzi

5 comments:

NURAZZAH8 said...

Salam,
I-City dekat sangat dgn rumah saya... jalan sikit dah boleh nampak lip-lap lampu-lampu...tapi nak bagi tau (walaupun you tak tanya..) akak sekeluarga memang tak pernah sampai ke situ..walaupun orang paling jauh di Malaysia ni dah sampai... terdetik juga di hati nak pergi, bila suarakan pd hubby, dia jawab buat apa nak mebazir tak tentu arah bayar mahal2 nak tengok lampu aja! baik pasang aja lampu tu kat rumah! ...huhuhu...

Abang Long said...

Abang long sudah pergi 5 1/2 kali. Kenapa ada setengah ? Sebab, 5 kali pergi semuanya masuk percuma. Selepas itu, ingatkan nak masuk kali keenam, tapi bila dengar kena bayar, terus u-turn patah balik. Bukannya ada apa, cuma bawa sanak saudara yang teruja dengan lampu yang ada, dan rumah mereka pun bukannya ada lampu pada pokok. Itu sebabnya mereka hendak tengok.

hentian said...

hantu pun nak hepi, gak..he..he..

Unknown said...

teringin gak nak pergi...



tp byk antu tuh bikin smgt pudar... ;)

lezaqasandra said...

kihkih ingat kan penghisap darah yg hantu tu rupanya ada hantu lain lagik...kuikui..