sekarang di area kedah, kelantan, perlis dan pahang dah mula banjir. ia sebagai petanda bulan orang naik pelamin. bagi kebanyakan orang, leceh buat kenduri musim2 hujan dan banjir ni, tapi bagi pengantin, inilah masa sesuai untuk bernikah kawin. ye lah, dah nama musim hujan, cuacanya sejuk, dingin, gerenti peluk tak lepas punya. kalau dapat hujan sebelah malam, syoknya. katil patah pun orang tak sedar. kalau hujan sampai ke petang, lagilah syiok, tak payah keluar bilik seminggu. kuang.kuang.kuang.....
dalam ramai2 manusia nak berumahtangga tu, sepupu aku yang sorang ni juga tak kesabaran. mohd najib bin ramli, sepupu sebelah papa aku. papa aku anak sulung, ayah si najib ni anak kedua. even keluarga besar aku sangat besar, tapi kami sepupu sepapat memang rapat. jarak usia bukan penghalang. apatahlagi kami dibesarkan di kampung.
mat najib ni lagilah rapat sebab even ayah dia tinggal di bandar jerantut, dia lebih selesa duduk bersama neneknya di cengkuak damak. so, tiap kali aku pergi rumah datuk aku, memang selalulah singgah rumah nenek dia. kebetulan nenek dia memang tinggal area belakang rumah datuk aku. ala senang cerita, majoriti mak sedara dan paksedara aku memang tinggal berhampiran satu sama lain.
hubungan kekeluargaan aku dengan mat najib ni agak berbelit sikit. biasalah keluarga kawin ramai, salasilah pun dah bercampur2. kalau ikut belah ayah aku, mat najib ni sepupu aku sebab ayah dia dan ayah aku adik beradik. tapi kalau ikut belah mami aku, lain pulak. mat najib ni kira pangkat anak sepupu aku. sebab? mami aku dan nenek mat najib adik beradik. datuk sebelah mami aku ada 3 isteri. aku dari belah isteri ketiga. dari perkahwinan terdahulu, nenek aku dah ada anak iaitu nenek mat najib. dari perkahwinan dengan datuk aku, dapatlah mami aku dan adik beradik lain. so, mami aku dan nenek mat najib kira adik beradiklah, walaupun ayah lain. aku dengan mak mat najib jadi sepupu. dan dengan mat najib jadi anak sepupulah.
tapi, memandangkan sebelah ayah lagi kuat, memadailah kami digelar sepupu. kalau digelar anak sepupu tu nampak sangat aku dah tua. aku masih muda (err.. tak sedar diri betul).
cukuplah ilmu salasilah kekeluargaan tu, nanti ramai yang pening. aku tak berapa nak pening sebab aku dah masukkan data keluarga dalam software 'family tree'. senang nak buat jejak kasih bila dah tua2 nanti atau masa anak2 aku nak menikah nanti.
mat najib ni telah selamat melangsungkan upacara akad nikahnya pada 05/11/2010. akupun tak pasti kenapa dia pilih hari deepavaali. majlis dibuat di masjid di kelana jaya. alhamdulillah aku berkesempatan hadir ke majlis itu. aku sampai ngam2 masa akad nikah. dah dia buat jam 3pm. aku agak lambat sebab jauh di port klang dan biasalah solat jumaat dulu, makan dulu. alhamdulillah, mereka selamat menjadi suami isteri yang sah setelah 3 kali lafaz. tak kisahlah najib, 3 kalipun tak de hal, yang penting dah jadi milik yang sah.
lepas akad nikah di masjid, kami menikmati jamuan makan di rumah pengantin perempuan. kemudian aku berangkat pulang ke port klang bersama mak aku, makcik aku dan kakak aku beserta anaknya. mereka datang dari pahang bersama rombongan pengantin lelaki, tapi tidur rumah aku. penginapan disediakan, tapi lagi selesa tidur rumah keluarga sendiri kan. sebelah malamnya bosan2 aku bawa ke i-city di shah alam.
keesokan harinya (06/11-2010)majlis persandingan di dewan komuniti kelana jaya. kami turut hadir. since ramai, guna 2 kereta la, termasuk satu kereta adik aku hisyam. kami berkumpul di stesen shell sebelum bertolak ke dewan. majlis berlangsung selepas solat zohor. seronok jugak berkumpul sebab ramai saudara mara yang lama tak jumpa dapat datang. ye lah, kecik2 selalulah jumpa. bila dah besar dan berkahwin, ramai bawa diri masing2.
dalam kesibukan berborak dan melayan anak2 sambil menunggu masa berarak masuk dewan, pakcik aku yang juga ayah pengantin lelaki memanggil aku. heh,.... aku diminta menjadi wakil jurucakap rombongan pengantin lelaki. errr... aku mana reti nak pantun2 ni. tak pernah aku jadi wakil bab2 nikah kawin ni. jangankan kata majlis kahwin, majlis berkathanpun aku tak pernah jadi jurucakap. aku cuba tolak secara baik sebab memang aku tak de pengalaman jadi jurucakap rombongan pengantin, dan ada anak lelaki tua di belah pengantin lelaki. since, mereka sekeluarga dengan relahati memberikan 'pangkat' tu pada aku, aku dengan sukacita menerimanya. cuma aku awal2 bagitau aku memang tak reti, takut merosakkan majlis pula.
selepas berarak masuk dewan, aku membawa keluarga aku duduk dimeja dikhaskan untuk rombongan pengantin lelaki. tapi belum sempat jamah makanan, abang pengantin lelaki dah suruh aku ke atas pentas, duduk dimeja bersama pengantin dan kedua2 keluarga. so, dengan malu-malu badak air, aku turutkan juga. akukan wakil pengantin lelaki, kena duduk meja vip la.
sebelum makan, pelbagai persembahan dibuat. ada mengaji Quran, berzanji dan berselawat. kemudian barulah makan. sambil2 makan tu wakil pihak perempuan berucap, kemudian giliran wakil pihak lelaki berucap, aku la tu. gugup jugak. kali pertama. dalam hati berterima kasih juga pada keluarga pihak lelaki kerana bagi aku jadi jurucakap mereka even ramai lagi pakcik2 aku dan saudara mara lebih tua disitu. kalau sebelum ni aku boleh jadi pengacara majlis annual dinner syarikat dan sebagainya, kenapa tak boleh jadi jurucakap kahwin pulak. dari satu segi nampak juga bahawa usia aku sebenarnya dah meningkat. may be lepas ni kena jadi jurucakap rombongan merisik atau meminang pulak. heh.... dari gelaran 'abang ngah', akan bertukar jadi 'ayah ngah' dan kemudian jadi 'tok ngah'.
kepada sepupuku Mohd Najib bin Ramli dan isterinya Aisyah bt. Mohd Ahmadi; Abang ngah dan keluarga mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU. tempuhilah alam rumahtangga dengan aman, damai dan bertolak ansur. moga rumahtangga kalian kekal bahagia dan rukun hingga ke akhir hayat. semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kehadiran anak yang ramai. Amin Ya Rabbal Alamin.
IZZI ADVERTIZING----------------------------------------
Jadilah suami perkasa dan isteri sempurna. produk bio-asli dijamin Halal dan selamat digunakan. gerenti suami dan isteri tersenyum lebar.
http://www.bio-asli.com/?id=izzi
http://www.bio-asli.com/?id=izzi
http://www.bio-asli.com/?id=izzi
No comments:
Post a Comment