Saturday, December 27, 2014

KOLEKSI GELAS MOBIL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kalau nak publish semua koleksi mug, gelas dan cawan aku jenuh juga.... tapi mana yg sempat tu aku masukkan jugaklah ye.

kali ni aku nak tunjukkan gelas freegift hasil belian di stesen minyak mobil. keluaran bila aku tak pasti sbb aku tak gunakan minyak mobil. ni aku dapat sama ada di carboot sale atau melalui rakan. kedua2nya sama jenis.


kedua gelas ini adalah baru, tidak pernah digunakan. akupun x pasti kenapa aku ada koleksi ni sebab aku bukan peminat koleksi berasaskan stesen minyak.

kalau ada yg minat, sila whatapps aku 018-2678719. boleh letgo murah2. sebenarnya bukan nak jual mahal, tapi kos poslaju yg mahal. nak pos barang kaca ni nak kena letak suratkhabat, nak bubble wrap, masuk dalam kotak lagi.... tu jadi berat. ada jugak kawan2 pernah beli, masuk dlm kotak je, bila sampai..... dah jadi serpihan atau serbuk kaca. sesen pun tak guna.

Sunday, December 14, 2014

KOLEKSI MUG MILO - MILO SEJUK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

ini adalah mug freegift hasil pembelian pek milo sejuk. aku memang tak minum milo, tapi isteri dan anak-anak adalah pelanggan tetapnya.
kenapa tak minum milo? aku memang alahan milo. kalau minum milo aku jadi stim... high semacam dan dalam 5 minit minum terus tertidur. sekarang, aku cuma minum milo jika tak sihat dan perlukan tidur siang. 

pun begitu, suatu masa dahulu aku adalah hantu milo. masa sukan sekolah, 3-4 kalilah aku masuk barisan semata2 nak rasa kesedapan milo sejuk yg dibawa oleh lori milo. di rumah pula, aku akan buat milo ais dan diatasnya ditabur serbuk milo, milo tabur.

koleksi mug MILO SEJUK ni pun brand new, tak pernah guna. dah tabiat pengumpul, dapat kumpul. yang tak syiok sikit ialah ada defect pada tulisan milo. aku mintak tukar mug lain tapi takde stok. mmm... ambik jelah.


pada collector yg berminat, aku sanggup letgo mug ni. whatapps aku 018-2678719. untuk jimat poslaju, boleh klik label koleksi dan combine. harha korang letaklah, janji barang sampai ke tangan collector dan aku tak rugi pulak, kira jalan.

Saturday, December 13, 2014

LAWAK ANAK-ANAK : AYAH TIPU

Ayah tipu.

Sampai rumah dari pasaraya tadi tiba2 anak bongsu ckp "ayah tipu. Ckp td nk gi LAUT".
Aku tergelak, ni kes silap fhm ni. Aku ckp " adik cepat gi mandi. Nanti ikut ayah pergi beli LAUK.".