Thursday, September 1, 2011

Wayang Pacak & Merdeka

petang tadi, di tivi cerita hampir semuanya tahap dah diulangtayang berpuluh2 kali. ccerita tan sri p. ramlee aku tak kisah, tayanglah beribu kali, ianya masih segar dan tidak memualkan. dalam duq menukar2 channel, aku terpandang cerita melayu berjudul "Darah Satria".

kisah askar ini adalah antara wayang melayu terawal aku tengok. emm... dah lama sangat dah aku tengok cerita ni di wayang pacak di kampung aku dulu di kampung damak. masa tu aku yakin aku belum lagi baligh, may be usia aku di bawah 8 tahun. kenapa bawah 8 tahun? sebab masa aku darjah dua iaitu usia 8 tahun, mami (emak) aku meninggal dunia dan kami berpindah ke kampung batu balai.

berbalik kepada cerita darah satria. wayang askar lakonan aman shah dan lizawati (ye ke??) diadakan di tapak pekan sari damak. tapak pekan sari tu dah takde lagi, sekarang dah jadi kawasan masjid damak. kebetulan rumah dan kedai runcit papa aku memang berhampiran tapak pekan sari tu, jadi kami sekeluarga sama2 menonton. ia dianjurkan oleh jabatan penerangan.

kami sekeluarga membawa tikar untuk menonton wayang pacak tersebut. terdapat beberapa peniaga berniaga air dan kacang kuda rebus. kisah ni memang banyak mengajar kita bahawa komunis memang kejam dan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang mertarung nyawa untuk keamanan negara kita.

aku masih ingat, sebelum wayang sebenar bermula, pihak jabatan penerangan menayangkan kisah mengenai tanam semula getah, ada juga mengenai ajakan menyertai pasukan tentera. ya.... tak dapat dinafikan bahawa kisah itu berjaya menarik hati aku untuk menyertai tentera. aku sukankan seragam yang segak, menggunakan senjata, memberi arahan kepada pasukan dan mendapat gadis cantik untuk dijadikan isteri. heh....

apa2pun, kisah ni dah lama. akupun tak jadi tentera. setakat kerja kilang je. tapi jika negara ini perlukan orang untuk mempertahankan keamanan, aku sangup mempertaruhkan nyawa aku. Aku sayangkan negara Malaysia ini.

4 comments:

insan marhaen said...

Zaman wayang pacak, IM bersekolah rendah...

ku-cit said...

sekali sekali kuar citer darah satria mcm semlm best gak...ni tiap kali merdeka kuar citer2 yg sama je kn..

izman said...

insan_marhaen :
itu memang nostalgia ye bang.

izman said...

ku-cit :
ye, berbanding layan cerita hantu, berlumba motor dan kereta di malam raya dan malam merdeka... baik la cerita darah satria.