Thursday, September 22, 2011

Macam-macam Cerita

puh...puh... puhhh! bersawang blog aku ni.

alhamdulillah, aku kembali menulis. mood masih belum hangat nak tulis panjang2 macam selalu, tapi cukuplah aku beritahu aku sebenarnya sihat. cuma beberapa peristiwa kebelakangan ini membuat aku agak sukar duduk lama2 menghadap blog.

syukur alhamdulillah isteri aku selamat melahirkan keempat kami pada 13/09/2011. lelaki. kedua ibu dan anak alhamdulillah selamat dan sihat. dengan kelahiran ini maka cukuplah anak kami 2 pasang. 2 lelaki dan 2 perempuan. anak sulung dan bongsu lelaki, emmm.... harap2 dapatlah mereka menjaga keluarga dan adik beradik perempuan mereka ini nanti. plan anak seterusnya? cit.... gilo apo, pantang pun belum abis. emmmm.. wife aku kata 4 cukuplah, aku kata? tengoklah..... he.he.he...

dalam bergumbire menerima kehadiran ahli keluarga baru, keluarga besar kami dikejutkan dengan pemergian kakak ipar aku pada hari ahad lepas. arwah meninggal dunia di hospital sungai buluh dan dikebumikan di kampung batu balai. sayu sangat mengenangkan kematian arwah. satu sebab arwah dan wife aku amat rapat. kedua, sebab anak2 masih kecil, dan paling kecil berumur 2 bulan lebih. betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

dalam mengurus hal keluarga, hal di pejabat juga memerlukan komitmen. kami baru lepas audit ts16949 minggu lepas. macam2 dokumen nak diperiksa dan dikemaskini. rasa nak muntah bila pandang komputer dan pegang kertas, tu nak bukak internet kat rumah pun malas.

di rumah, selain melayan keluarga, aku juga melayan arnab2. dari 2 ekor, jadi 4 ekor, jadi 5 dan semakin bertambah. dari pengetahuan yang kosong mengenai arnab, kini adalah reti sikit2. dulu setakat belajar dari internet, sekarang dah beberapa orang perternak yang aku kenal. mereka beri nasihat cara pengurusan arnab. aku dah plan besarkan reban arnab aku bg menampung bilangan yg makin meningkat. tapi plan asyik terbantut sebab aku tak reti nak buat sendiri. nak suruh orang, macam2 feel ada. ada nak bayaran dulu, tapi kerja tak jalan. ada jugak yang baik dan nak membantu. cuma aku tangguh seketika sebab aku nak ubah design reban. design lama aku dah siap upah orang potongkan besi dan tunggu weldingkan aje, tapi design baru ni ada sedikit pengubahsuaian.kita tunggu hasil designer tak bertauliah dan tidak berpengalaman ini.

oklah, nanti aku cerita lagi.

6 comments:

ku-cit said...

wahh igtkan family je dpt org baru, rupanya arnab pon siap dpt ahli baru jugak...tahniah bro...

suriani said...

gitu kisahnya.. patut lama tak ada entry tu ye.. takziah buat kuarga kak ipar hang tu.. sakit apa ye?

wahhhh.. dah ada arnab rupanya.. tambah bizilahhh... budak2 tentu suka, kan?

kami dulu penternak hamster..heheh.. cepat sgt biaknya. tak terlayan.. takmo dah

suriani said...

ya allah izman.. sorry.. tahniah atas kelahiran baby boy yg baru.. macik ni tuo bonar.. lupo.. padahal tu yg nak ucap no. 1 tadi!!

E-na Zarina said...

congrates! dah 2 pasang...pas ni kasi can ur wife rest dulu...penat weiii dok umah jg anak ni + keje2 umah yg x abis...sian dia...

takziah atas pemergian ur SIL...Alfatihah...
sakit pe...

arnab lagi nak jaga adeiiii bznya....

Nek Cun said...

Izman, tahniah dapat baby lagi... Wah laju jugak Izman ya!... hehehe... Tak apa... itu pun rezeki juga namanya kan?...

insan marhaen said...

audit TS 16949 di ofis IM bebaru ni, IM dapat OFI.

Sampai hari ni tak settle lagi c'measure nya..

Macam nak resign je rasanya bila lihat jauh..