Friday, July 23, 2010

Trilogi Peristiwa

20 JULAI 2010
hari ni agak sayu, sebabnya kawan yang selalu aku ajak keluar makan tengahari akhirnya sampai hari terakhir berkerja. dapat kerja di bangi. ye lah, tunang kerja bangi, mestilah dia nak kerja bangi jugak. tengah hangat, kesian jugak aku tengok dia 2 minggu sekali baru boleh dating. heh... aku jaman muda2 dulu, hari2 dating. kadang2 tu sehari dua orang aku dating. opss.... terlebih sudah!

cerita pasal si azmir ni, stori dia tak le panjang dengan syarikat ni, baru 2 tahun. aku masih ingat, masa aku pilih resume untuk engineer production dulu, tertarik dengan resume dia. ala resume fresh grads, apa sangat nak di perhatikan. production manager masa tu pun rasa dia boleh diberi peluang. kami panggil dia interview. aku masih ingat lagi, masa dia datang interview, mmg sangat innocent. lurus je. lepas dia interview, sebab masa tu dia datang naik komuter, akulah yang hantar dia ke komuter klang. heh... korang fikir sendirilah, ada ke syarikat yang HR dia baik cam aku (uweekkkk). dah rejeki dia, kerja tu dia dapat, dan dia bekerja dengan kami walaupun ada beberapa syarikat lain turut mengoffer kerja kat dia.

ok, aku nampak dia berkebolehan dalam kerjaya dia. tak de marah2 orang macam aku (tapi aku marah dibayar tau). dan hari ni dia dah last day. sedih. sedih sebab orang yang selalu aku buli dah nak berenti. so, sebelah malamnya kami adakan sedikit jamuan perpisahan. inisiatif kawan2 je. cam biasa kat bagan seafood tanjung harapan.

kepada azmir "selamat menempuh alam kerjaya baru, di tempat baru. even kamu sukar nak patah balik di syarikat kami sebab kami di port klang sedangkan tunang kamu di bangi, tapi kalau kamu terasa nak kembali, saya bila2 masa akan menyokong permohonan kamu". err.... dah kerja dekat ngan tunang tu, jangan la dating sampai lewat2 malam sangat. risau jugak dengan gejala buang bayi tu. ye lah, orang kata kalau asyik berdua tu, nanti ada pihak ketiga.

21 JULAI 2010
hari ni cam nak tercabut pangkreas aku. kerja menimbun. itu nak check, ini nak sign, sini nak jumpa, sinun nak appointment. emm.. kerja tu kerjalah, tapi hari ni harijadi anak kesayangan aku (semua anak adalah anak kesayangan aku). pika dari beberapa hari sebelum tu dah mintak itu dan ini untuk harijadi dia. since sibuk, aku tak tunaikan. nak beli hadiah awal2pun mana boleh, sebab dah tak jadi hadiah hari jadi.

dalam kesibukan, isteri beberapa kali menelefon dan bersms bertanya sambutan hari jadi anak. cam biasa, kami sambut anak beranak je. budget ciput. hari jadi biasanya kami makan kek pisang je. kalau nak ubah selera, kami makan kek lapis (tolonglah percaya).

dalam tak sedar, rupanya sampai malam aku kat pejabat. itupn isteri yang call bagitau anak dah merajuk. birthday girl siap bagitau "dah ayah sibuk biarlah. pika tak nak apa-apa pun. pika tak nak hadiah". heh... hati ayah mana yang tak tersentuh, aku tinggalkan kerja, dan call isteri minta semua bersiap. dengan pakaian kerja, kami ke kedai kek, kfc dan pasaraya mencari hadiah. sekarang ni semua senang, asal ada duit untuk membayar, semua boleh dapat.

setelah yang dikehendaki dibeli, kamipun pulang. sampai rumah aku minta isteri bukakan kek dan aku dengan segera mandi (mandi kambing). oklah, melihat si abang, luqman hakim ceria menyanyikan lagu happy birthday dan si adik tersenyum manis mendapat kek, aku dah cukup bahagia.

kepada Norsyafiqah Izzati ayah ucapkan "Selamat Hari Jadi Ke 4. Moga pika membesar menjadi anak yang solehah, mendengar cakap ayah dan ummi. Ayah dan Ummi mendoakan semuanya yang terbaik buat pika. ayah dan ummi sangat2 sayangkan pika".

22 JULAI 2010
aku bercuti hari ni. tadika luqman adakan sukaneka di wetworld shah alam. biarpun kerja diopis menambun, kerana luqman aku turutkan. apatah lagi aku terlibat sebagai ajk tadika dan secara matematiknya menjadi ajk sukaneka jugak. luqman beria2 nak naik bas, ye aku tau anak aku memang jakun bab2 bas ni. baru sekali naik bas rasanya, itupun masa ke singapura beberapa tahun lepas. tapi sebab dah ramai ibubapa dan dah penuh, aku naik kenderaan sendiri ajelah. luqman merajuk dengan muncung yang boleh diikat, aku buat tak tau aje.

sebagai ajk, biasalah kena membizikan diri dengan kerja2 persiapan. heh.. jaga pekerja dewasa aku biasalah, tapi nak jaga budak2 tadika ni memang payah. macam2 acara dipertandingkan untuk kanak2 dan juga ibubapa. kumpulan luqman masuk dua acara, dan kedua2 acara dapat tempat ketiga. ok lah tu. aku dan isteri juga masuk acara ibubapa, dan aku dapat tempat pertama acara baling gelung ke dalam kon.



dah sukaneka selesai, makan2 selepai, kami buat acara bebas. mandi manda. isteri just jaga anak kecil. aku je lah yang temankan anak2 berkubang dalam kolam. tapi serius, wetworld memang tak seronok langsung. gelongsur air dia ditutup sebab tak cukup korum orang sewa pelampung. memang rugi kalau pergi hari bekerja ni. even bayar sama, takat berendam je lah. siapa nak bersuka ria bersama keluarga sambil nak enjoy sama, baik korang pergi sunway lagoon, lagi puas hati even lebih mahal. takat nak main air kolam kecik, baik aku suruh anak aku mandi dalam besen atau baldi kat bilik mandi.

sepanjang di wetworld, henpon aku memang tak pernah sunyi berdering. kejab boss call, kejab boss sms, kejab kuli call, kejab kuli sms. dan lepas majlis bersurai jam 3pm, aku balik rumah jab dan akhirnya jam 5pm aku dah muncul kat opis. lama tak lama la kat opis, jam 7pm jugak le baru aku balik. isteri cam biasala la cakap "dah cuti tu cuti je lah, kenapa nak pergi kerja pulak". jawapan standard aku "apa nak buat, dah jadi kuli orang, boss panggil, kerja lah".

2 comments:

Ms.Lilies said...

yg penting time utk famili tetap ada....xgitu

Anonymous said...

salam bang

first time singgah sini... seronot baca entries :)

keep it up !