petang tadi (29/7/10), aku dan seorang lagi staff telah membawa seorang pekerja vietnam ke lcct. nak hantar dia balik vietnam. baru je masuk malaysia bekerja dengan kami 29/6/10, genap sebulan dah kena hantar balik.
biasalah 'unfit' untuk bekerja, kena hantar balik la. kalau nak diikutkan dalam kerjaya aku ni dah banyak aku buang atau aku nasihatkan berhenti, tak de kesan dihati aku kalau orang berhenti (ye la tu!!!). kali ni aku agak sayu. even mamat vietnam ni aku tak pernah berbual dengannya sebab dia memang tak faham sepatah haram cakap inggeris. cakap melayu lagilah tak faham. so, camne nak berbual.
yang aku sedih ialah even dia tak faham bahasa kita, dia faham bila kami suruh bekerja. tak suka curi tulang (atau curi isi), tekun dan takde karenah. kerana gagal alam pemeriksaan fomema, kami kena hantar dia balik. sakit ape tu, biarlah aku je tau. semalam semasa aku brief dia dengan perantaraan jurubahasa, nampak sangat dia kecewa, sedih, tertekan dan sebagainya. aku memerhati dia dengan teliti,takut jugak dia terjun dari tempat aku tu, ye lah tingkat atas. kalau tak mati, aku yakin mau patah riuk jugak.
tapi aku cakap kat dia teruskan kerja sampai habis hari semalam, dia kerja. cuma pagi ni masa aku panggil staff aku ambik punch card dia, takde! teruk jugak security guard aku hamun, punch card pun tak boleh jaga. terkebil2 guard tu, nak lawan aku, aku yakin dia takut aku hantar dia balik sama. so, mengaku salahlah yang terbaik. memang salahpun! aku panggil mamat vietnam tu dan jurubahasa tanya kemana perginya punch card dia. korang tau apa jawapan dia yang membuatkan darah aku mendidih. jawapan dia setelah dialihbahasa "saya sudah takde kerja sini, jadi saya sudah koyak itu punch card kecik-kecik, dan saya buang". woi samdol, aku nak kira gaji kau la.
nasib baikla keteroran aku menyusahkan pelbagai department dan orang berkaitan berjaya mendapat semula butiran hari bekerja dan jumlah overtime dia. banyak jugak mamat ni kerja, yang sedihnya duit tersebut digunakan untuk beli tiket kapal terbang dia balik. kalau nak diikutkan memang duit dia tak cukup sebab dia dah buat 2 kali advance gaji kat syarikat. tapi atas dasar perikemanusiaan aku beri jugak duit poket untuk dia balik. kang takde duit langsung, terpaksa la dia menapak dari airport saigon tu ke rumah dia. khabarnya kalau naik bas pun 2-3 hari baru sampai rumah dia, kalau aku tak bagi duit poket dan dia jalan kaki, aku yakin raya puasa ke 5 baru dia sampai rumah dia.
masa nak hantar dia ke airport tadi aku yg hantar. tengah tak banyak kerja, dan kalau aku biarkan staff yang sorang lagi buat, mau tak naik flight la mamat tu. dari percakapan aku dengan jurubahasa, dikhabarkan bahawa setiap pekerja yang nak datang malaysia terpaksa belanja wang yang banyak untuk membayar agen mereka. kurang2 rm6000. itu belum kira kena buat passport, kena medical check up dan beli tiket kapal terbang. ramai yang berhutang dengan ceti atau gadaikan tanah. yang sedih bila baru datang dah kena hantar balik, hutang menimbun kena bayar jugak. itulah sebab ramai pekerja asing tak mau balik dan ada yang sanggup bunuh diri bila kontrak kerja tak disambung.
berbalik pada pekerja tadi, awal pagi2 sebenarnya adaa beberapa kawan si vietnam beri aku duit minta tukar ke duit vietnam. dengan wang saku syarikat sebanyak rm100 dan duit derma kawan2 vietnam rm60, bila aku tukarkan dapatlah kira2 sejuta dong. kira jutawan la tu. aku serahkan pada dia dan salah seorang pekerja vietnam perempuan disitu telah mengambil duit tu, melipatnya dengan kertas surat khabar dan menyuruh mamat yang balik tadi meletakkan didalam stokinnya. untuk keselamatan kata si perempuan tu. ramai orang jahat divietnam, tambahan pulak mamat yg kena hantar balik tu jenis lurus bendul dan pendiam. lantak koranglah. ramai jugak yang menangis mengiringi kepemergiaan sahabat mereka tu.
sampai lcct, satu lagi masalah besar. macammana nak bawak mamat tu masuk kapal terbang. dia memang confirm ulu banat betul. baca signboard pun tak reti. aku tanya kaunter sini, ditolak ke kaunter sana, ditolak ke orang sinun. pergi kaunter mab nak ambik pass harian nak masuk sampai aircraft, tapi diorang tak bagi. kata mereka tak perlu sebab ada orang yang akan bawa dia masuk. ok, kita tengok siapa yang kena!
seperti diduga, pekerja airasia yang menjaga boarding pass kata memang takde service hantar ke pesawat tu. mamat tu kena naik escalator sendiri dan kemudian masuk flight sendiri. heh, bancau! tapi alhamdulillah brader airasia tu sedia membantu sehabis dayanya. dia meminta kami tunggu ditepi sementara dia dapat mana2 vietnamese yang baik untuk ditumpangkan ke dalam pesawat. dan alhamdulillah setelah beberapa ketika, adalah satu vietnamese yang nak naik pesawat yang sama telah diminta oleh kakitangan tadi agak membantu pekerja aku tu. dan sebab orang satu vietnam dan semangat "SATU VIETNAM" yang teguh, dia dengan relahati membantu mamat tadi. dengan senyum yang paling manis, aku mengucapkan "Thank you very2 much sir". pergh... selesai kerja aku.
apa moral cerita ni? moral kehape benda. O.... jangan tipu laporan perubatan. sekali mungkin lepas, tapi dua kali sangkut. kalau sape2 nak jadi jutawan, dengan rm200 tu tukarkan ke duit vietnam, kaya korang.
1 comment:
alang2 staf kat kilang bnyk viatnemewse, apa kata ko pegi melawat vietnam plak..best oo shopping kat sana.. hahaha
Post a Comment