hari ni (30/7/10) aku bercuti separuh hari. urusan perbankan. even gaji belum masuk tapi hutang2 kena bayar jugak. terlepas bulan kang kena bayar interest pulak. lepas selesai urusan bank di bandar klang yang aku rasa kesesakannya lebih teruk dari bandaraya bangkok atau singapura. siapalah arkitek yang buat plan laluan kenderaan kat klang ni, konon buat jambatan dan lorong sehala tu untuk jalan lebih lancar dan selesa, tapi cam haram. korang fikirlah mana satu bandar dalam dunia ni yang jalan utama melalui bandar tapi nak masuk bandar kena patah balik. jangan kata rakyat malaysia pelik dengan sistem jalanraya tu, pemandu kereta lembu dekat barat daya uganda selatan pun ketawa dengan jaringan jalan2 kat bandar klang tu. tapi lantaklah, aku rasa kalau diteruskan macam ni, jadi bandar berhantu bandar klang nanti. semua orang lebih suka bershopping dan berurusan di bandaraya shah alam atau pergi ke bandar bukit tinggi klang je.
since aku dah niat nak sampaikan sedikit wang zakat kepada Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, aku rushing balik ke johan setia. kalau ikut geografi dekat je dari rumah aku tapi aku tak perasan kewujudannya. ala, lalu area tu 3 tahun sekalipun payah, camane nak perasan. aku cuma perasan kewujudannya selepas melihat di rancangan 'sehiris peria secawan madu' yang dipengacarakan oleh ustazah comel tu. dalam episod tu dibawa penuntut rumah kebajikan tersebut bersama penasihatnya iaitu Al-fahdil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani. ustaz dasuki ni memang dah tersohor, dan aku tumpang bangga je sebab dia sekampung dengan aku. aku kecik2 dulu mengaji dengan mak ustaz dasuki la.
ape? aku hulurkan bantuan ke Al-Munirah sebab ustaz dasuki sekampung dengan aku? oh tidak! aku bukan arab jahiliah yang mementingkan kesukuan. lagipun siapalah aku nak banding dengan ustaz dasuki, aku ni banyak jahil lagi bab2 agama ni. aku sebelum ni lebih suka berzakat terus pada orang yang aku yakin susah. ala zakat kecil2an je. zakat gaji, campur sedikit2 duit hasil blog dan internet, campur duit2 berniaga kecilan yg lain.
berbalik kita ke pangkal jalan. kita cerita balik pasal Al-Munirah. aku sampai kat rumah tu sebelum jam 5pm. sebelum tu aku dah call tanya jam berapa tutup sebab aku tak mau menyusahkan orang. kedudukan rumah tu betul2 tepi jalan di kampung johan setia, klang.
aku menyusuri bangunan baru yang sedang dalam pembinaan sebelum sampai ke pejabat dan kawasan asrama al-munirah. sebaik keluar dari kereta, salah seorang penghuni disitu yang kebetulan berada disitu menghampiri aku, menyalami dan mencium tanganku. argh... sayu betul aku. aku kemudiannya ke pejabat al-munirah bersama seluruh keluarga aku. aku menyampaikan hasrat nak hulur sedikit zakat. sambil2 tu aku tanya keadaan rumah dan penghuni disitu. kalau tak silap aku terdapat lebih kurang 47 orang penghuni. penguni disitu rata2 aku lihat masih bersekolah rendah dan beberapa orang mungkin sudah di peringkat menengah. ada juga yang masih kecil dan membuat aku lebih tersentuh. budak2 sekecil itu sudah berjauhan dari kasih sayang ibu dan ayah lantaran kemiskinan atau ibubapa mereka sudah meninggal dunia.
meskipun zakat aku kecil, tapi itulah sahaja aku mampu. cuma disini aku nak mengajak mana2 sahabat yang singgah atau tersinggah disini agar sama2 membantu mereka. mana2 sahabat yang sering berzakat tu, elok juga kalau dizakatkan sahaja ke sini. mereka juga layak menerima zakat, malah setiap sumbangan tuan/puan dikecualikan dari cukai pendapatan. zakat yang diberi kepada mereka juga diiktiraf jabatan agama islam selangor. yang penting, kita membantu walaupun sedikit. Allah akan mengurniakan pahala yang besar, insyaallah.
apa? aku riak sebab bercerita aku bagi zakat? buleh jadi kot! argh... akupun tau bahawa lebih elok kalau tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui. tapi niat aku ialah kita sama2 membantu. kalau riak aku ini dapat membuka hati orang lain untuk berzakat atau bersedekah kepada al-munirah, aku tak kisahpun kalau amalan aku kali ini tidak diterima. aku yakin Allah itu maha mengetahui.
nak tau lanjut mengenai rumah kebajikan ini, layarilah http://anakyatim.com.my atau hubungilah di alamat berikut :
PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN MISKIN AL-MUNIRAH, KLANG SELANGOR
Lot 15772, Jalan Johan SetiaOff Jalan Langat
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-3324 7758
2 comments:
mmg tgh tcarik2 umah anak yatim yg sesuai utk diberi sumbangan..almaklumlah rumah anak2 yatim ni ada yg demand skang ni...if bulan puasa kita kena booked dorang br leh buka puasa skali..punya larisnya dorang..
hihihik, kelakau plaks baca, org arab jahiliyah yg mementingkan kesukuan...ahaks
Post a Comment