Kebelakangan ini kita selalu sangat disogokkan dengan kutukan dan komen pasal drama bersiri 'Halimah Jongang'. err.. aku baru terfikir nak komen bab halimah jongang ni sebab akupun baru abis layan cerita ni.
secara ikhlas aku memang bukan peminat cerita melayu masa kini. bukan masa kini bermakna aku suka layan cerita arahan dan lakonan Allahyarham tan sri p.ramlee. aku layan cerita beliau setiap kali ditayangkan even dah tengok berpuluh kali sebelumnya. filem melayu sekarang? cam hampeh! tajuk grand masyaallah, ceritanya memang tahap kambing.
secara jujur kalau orang bertanya aku ada layan cerita melayu apa sekarang? aku cuma layan cerita halimah jongang je. dulu aku layan jugak awan dania, tapi sejak pelakon dia ditahan tu, aku terus tak minat. ye... aku double standard menilai pelakon sebab kalau pelakon mat salleh, atau pelakon india aku layan je even aku tau dia berbogel untuk majalah porno. diorang kafir, aku peduli apa!
halimah jongang menghina golongan istimewa? betulke orang jongan tergolong dalam golongan orang istimewa atau kurang upaya? tak tau pulak aku. kalau setakat orang ada kekurangan (or kelebihan gigi) aku setuju la. aku juga setuju tajuk tu seolah2 menghina orang jongang, tapi benarkan cerita itu menghina orang jongang? setakat aku layan saban minggu tak pasti pulak tang mana ia menghina orang jongang. entahlah, may be aku bukan teror menilai filem. tapi akupun tak le bangang sampai tak nampak unsur penghinaan dalam filem itu. entahlah... tapi kalau sape perasan, may be boleh highlight kat aku tang mana ia menghina.
setahu dan seperasan akulah, cerita ni cuma kisah orang jongang yang terasa kekurangan diri tapi masih mempunyai hati ikhlas terhadap orang ramai dan ikhlas juga menyintai seorang pemuda. pemuda itu pula menyintai gadis lain dan dalam masa sama mengakui halimah adalah kawan baiknya. ali tidak menerima cinta halimah bukan kerana halimah jongang tapi kerana dia menyintai gadis lain. bab kata mengata halimah oleh kutu2 kampung, dan keluarga gadis yang dicintai ali pula adalah fenomena biasa dimana2. itu menghina ke? kalau unsur menghina tak dibenarkan, jangan buat cerita mencarut, maki memaki, bergaduh langsung. buat cerita baik2 je.
bagi aku cerita ni mencerus minat orang2 seperti aku menonton filem melayu semula. akupun tak kemaruk nak tengok dan nak mengata orang jongang, its about film. realiti kehidupan. kalau jongang mengata kekurangan orang, abis filem 'sepet' tak mengatake? cerita 'rabun' tak menghina ke?
kepada yang berkenaan tu, nak mengata ke hapa, cuma lapangkan diri dan layan cerita tu dulu. then buat penilaian. kebanyakan kita bukan melihat cerita tapi menilai cerita. tengok tajuk je dah buleh buat komen satu muka surat. creep! yg ada suara dalam surat khabar pulak, nak komen pun cermin la jugak diri sendiri. nak komen dengan sokongan golongan istimewa tu kenalah ambik orang yg sesuai. ni cerita bab jongang, tanya pendapat orang buta, apa hal lu! dulu tak abis belajar bab wartawan ke.
apa2pun, lantaklah apa korang nak kata apa, tapi bagi aku sekeluarga, kami sokong cerita halimah jongang ni. banyak unsur pengajarannya, menarik jalan ceritanya. kepana penerbitnya a.aida, teruskan berkarya dengan karya2 bermutu sebegini. anak2 aku layan cerita ni bila jumpa orang jongang tak de pulak mereka mengata2 atau menunjukkan perbuatan menghina kepada mereka. kalau ada orang yang menyanyi atau mengejek orang jongang dimana2, bagi aku bukan kerana pengaruh filem, itu sebab mereka memang BIADAP!
IZZI ADVERTIZING----------------------------------------
6 comments:
betul la anak2 suma pon suka citer ni....compare citer ni ngan suami takut isteri..rasanya citer tu lagi menghina golongan janda n memperlekehkan kaum suami je...x terasa ke??
Kawan suka heroin Halimah Jongang tu je..anak Aznah Hamid...lawo dia hehe!
akak dgn anak2 pon suka layan cerita ni..baru malam tadi tengok. pada pandangan peribadi akak pula, crita ni lebih kepada kesah masyarakat yg biasa dimana2 pun begitulah, mereka bukan niat mengejek atau menghina tapi itulah tabiat manusia, bila tengok apa pun yg lain macam sikit je...menjadi perhatian dan sering diperkatakan. Dan yg syoknya, cerita ini menghiburkan, kelakar dgn gelagat Ali yg gila bayang dan kerenah dua org penyangak kampung yg suka melepak dan mengejek si halimah jongang..dan sikap angkuh mak dara yg memandang wang ringgit...dan halimah jongang yg ada hati pd seorang lelaki, perasaan normal yg ada pada setiap insan...jalan cerita tu nampak natural...menarik dan menghiburkan...
tak suka tengok citer nie
tak sukkkaaaa
akak pon suka layan cerita ni..
eleh heran la.. halimah jongang fatimah juling semua sibuk.. selama ni citer yang mempersendakan orang gemuk takde plak kecoh.. apasal? org jongang dan juling je ke ada perasaan? orang gemuk takde perasaan. tgk cite cite dr dulu sampai skrg.. bab org gemuk je diperbodohkan..bonzer la..apalah.. jd bg saya halimah jongan ngan fatimah juling tu takde hal la small matter je
Post a Comment