hari sabtu dan ahad ialah hari tak bekerja. jadi hari2 terbabit untuk aktiviti2 keluarga dn diri sendiri. ia termasuklah mengemas rumah, makan2, membeli belah, gunting rambut, cuci kereta dan segala bagai.
sebagai orang melayu, aku seboleh2nya sokong orang melayu meniaga. aku akan pergi cari nasi lemak dan kuih jualan orang melayu. err... tak kan aku nak makan nasi lemak cina pulak. he.he.he.. aku juga akan ke car wash melayu untuk cuci kereta, dah nama car wash tak kan nak cuci baju pulak. lorat la lu mat!
setiap bulan pulak aku akan gunting rambut. dulu aku ada cakap aku dah beralih ke kedai rambut melayu sebab lebih murah, even jauh sikit. tapi dah beberapa bulan ni aku tukar kat kedai gunting india balik. kedai gunting melayu tu asyik tutup je. kenapa tutup, bila nak buka hanya dia dan bini dia je yang tau. tak de notis atau pemberitahuan. dari minggu lepas aku 2-3 kali pergi, tapi tutup. nak kat dah meninggal, jiran2 dia kata masih hidup. opss... abaikan je bahasa aku yang agak kasar tu. arhh... lantaklah beza rm5 ringgit pun tak kisahlah dari rambut yg panjang dan merimaskan. bulan depan dan seterusnya malas lah nak asyik ulang alik usha kedai gunting tu bukak ke tak, kedai anne ni confirm bukak, setiap hari kecuali perayaan india.
kedai runcit melayu juga menyakitkan hati. barang aku faham agak mahal sikit, tapi dari 10 barang aku nak beli, selalunya 4 barang tak de stok atau stok terlalu lama. layanan? majoritinya tak friendly langsung. cubalah contohi kedai2 cina tu, masuk je kedai terus disapanya kita "allo boss, boss mau cari apa barang?". itu memanglah ayat bodek, tapi kita nak membelipun rasa seronok. bila dipanggil boss ni, dari nak berbelanja rm10, kadang2 terus borong beli rm100. biasalah.... orang melayu cam aku ni kalau orang panggil boss tu rasa kembang hidung dan kembang bontot je.
apa2pun, aku setuju bukan semua peniaga melayu begitu. ada yang baguih dan berjaya kerana sikap dan layanan mereka. tapi berapa ramai? secara ikhlas memang susahlah nak jumpa peniaga melayu sebegini. err.. jangan tertipu ye, kalau area klang dan port klang ni mojoriti kedai2 terutama kedai runcit bukan dimiliki oleh orang melayu malaysia, ia sebenarnya di miliki oleh orang acheh.
aku rasist? rasist pebenda, aku cakap mengenai bangsa aku. memang kedai2 melayu memang kebanyakkannya tak berdaya maju. mungkin ia sedar kisah aku, tapi aku percaya ramai dari kita juga mengalami kisah yang sama. alahai melayu!
IZZI ADVERTIZING---------------------------------
7 comments:
salam...kalau panjang lebarkan sambung N3 ni...lain jadinya...faham2 sendiri la gaya setengah2 orang kita berniaga...pelbagai sebab / alasan kenapa tak berdaya maju!
alahai..tu la ssh nk maju..
saya dah kena banyak kali dengan biz melayu.
garaj saya selalu banjir akibat leaking dari toilet dari master bedroom. nak tolong orang melayu, saya panggil plumber melayu untuk tengok masalah. dia cakap senang je nak setel. dia check, cakap piping problem... then ok dia buat balik piping, semua plastik punya. huduh betul keadaan rumah selepas tu. tup2, tak setel juga. charge saya rm1k. best tak? dah cukup geram... panggil pula plumber cina. dia suruh pekerja dia indonesia check. 1 jam dah siap. charge saya rm100. pelik tak? then problem setel!
kedua, saya minta melayu cat rumah saya sebab nak raya. dapat duit sikit, walau bukan full terus cabut. datang 2 hari saja! saya yang kena habiskan cat 1 rumah tu! hitam mcm negro dah saya waktu tu. kali kedua, upah cina. dia ckp setel dlm 3 minggu. ngam2 3 minggu setel sampai bumbung!
so, perlu ke saya sokong perniagaan melayu? oh ya... cuba tgk kedai buah tepi pej agama di penang tu. buah semua tak berkualiti, charge mahal nak mampus! kenapa saya perlu beli buah dekat melayu tersebut?
pening macam ni. kita nak tolong bangsa kita. tapi bangsa kita tak nak tolong diri sendiri.
kena belajar banyak lg ilmu perniagaan neh
sokong ko izman, itulah masalah dgn kedai runcit melayu. kalau kedai makan pulak tak de lain cerita, asik cerita kenakan orang, jadi mangsa buatan orang, jadi mangsa santau orang... itu ini begitu begini. susah nak maju ler kalu macam ni :(
macam mana pun kita kena sokong orang melayu.
Hidup Melayu!..Cari lah Tukang Melayu..Mekanik Melayu..Melayu boleh..!
Post a Comment