Tuesday, March 30, 2010

Bengkel Akta Kerja 1955

entri kali ni lagi sekali dah basi, dah hampir seminggu. ia berkaitan dengan kursus/bengkel pemahaman akta kerja 1955 dan prosedur tindakan disiplin. tajuk bengkel ni sebenarnya panjang sangat, aku ringkaskan je tu. ia berlangsung selama 2 hari iaitu pada 24-25/3/2010. ia anjuran pejabat tenaga kerja pelabuhan klang.

harga dia sangat2 murah, cuma rm650 untuk kursus selama 2 hari penuh, termasuk makan minum. penceramah pula seorang penolong pengarah bahagian pendakwaan jabatan tenaga kerja, en raimee. tapi sedihnya cuma dalam 16 peserta je yg joint.

ye lah, aku faham. bila buat di pejabat gomen dan bukannya hotel sambutannya tentu sangat kureng. akupun lebih minat kalau buat kat hotel, makanan sedap dan suasana biasanya lebih selesa. tapi di pejabat tenaga kerja port klang ni tak kurang hebatnya, ye lah bangunan serba baru. bilik training pula cukup selesa dan canggih. dengar2 cerita group kami tu adalah group pertama yang menghadiri kursus di pejabat itu setelah pengubahsuaian sepenuhnya bangunan pejabat buruh itu.

yang aku suka tentang kursus ini ialah pengisian masanya. penceramah memberi penerangan secara jelas dengan contoh yang terpakai untuk syarikat2 masa kini. selain mendengar penceramah bercakap, peserta dibenarkan mencelah untuk bertanya bila2 masa sahaja. disamping itu ada latihan, kerja kumpulan dan akhir ssekali ada lakonan suasana semasa domestic inquiry yang diadakan di bilik mahkamah buruh sebenar.

kepada pengamal HR yang tinggal di port klang tapi tak join tu, aku rasa korang mmg rugi beb! mana nak dapat kursus yg berkualiti tinggi dan sangat murah cam tu.

pada hari kedua pulak, di pebata buruh tu berlangsung karnival jobsmalaysia yg diadakan diperkarangan bangunan mereka. masa rehat sempat jugaklah aku jenguk2 gerai2 syarikat yg mengoffer kerja tu. err... tapi aku tak minta kerja la beb. ramai jugak aku tengok anak2 muda yang beratur mendaftar diri untuk mencari kerja, baguslah.








belajar sudah,
makan sudah,
akhirnya selesailah berguru.
nak kata dah pandai tu tidaklah,
tapi sedikit sebanyak bertambahlah jugak ilmu didada.

sebelum balik, kami bergambar kenangan.



kepada kawan2 yg dikenali semasa bengkel tersebut, nice meeting you guyz. rata2 adalah orang yg berpengalaman dalam pengurusan pekerja, aku ni baru setahun puding jagung je dalam akta2 ni. gambar2 yg aku ambik tu nanti aku emailkan, aku agak bizi dan banyak yg aku tak kenal. malaslah nak hantar semua gambar pada semua orang. sape nak gambar selain yg bagi email kat aku tu, korang remind aku balik yer. err... untuk peserta bengkel tu je la yer. yglain tu takyah gatai la nak jugak.

2 comments:

Mak Su said...

Izman, moga terus maju jaya :)

khadijah.a said...

salam, blh saya dptkan info penganjur utk bertanya next training.. blh email to khadijah.azman@yahoo.com
Terima kasih in advance