Monday, November 30, 2009

Raya Korban

Alhamdulillah, hari ni aku dah selamat sampai di port klang setalah beraya sakan di kampung di batu balai, jerantut. dah aku rasa sesapa yang jengah aku dalam hari khamis hingga semalam tentu rindu nak baca rapuan aku. apa nak buat, broadband tak dapat kat kampung aku, yang dapat dilihat cuma beruk2 yang diupah panjang kelapa untuk dapatkan kelapa buat gulai daging.

bagi aku, pengisian raya haji ni biasa2 je. aku ambik satu bahagian lembu untuk akikah anak aku yang dah 2 bulan tu. dan satu bahagian lagi aku dan adik beradik aku share untuk buat ibadah korban bagi arwah mami aku.

syukur juga aku dapat bersolat raya di masjid baru kampung aku yang katanya bernilai hampir sejuta ringgit hasil derma orang ramai. mintak sumbangan gomen tak dapat2 sebab rata2 orang kampung aku penyokong pas. tak bagi, mereka mintak sumbangan orang ramai. dan syukur, ramai benor orang2 Malaysia yang membantu, dengar2 khabar ada yang bagi hingga angka ratusan ringgit sorang. bertuah aku duduk dibumi batu balai yang ramai tokoh2 agama yang mampu membawa kebanjiran kemakmuran ke kampung.

turn aku sempurnakan ibadah korban dan akikah lepas waktu solat jumaat. belah pagi dah fully booked. nasib baik adik beradik aku ramai, yang tumpang membantu melapah, mencincang dan menyibuk termasuklah ipar duai, sepupu sepapat, jiran2 dan orang2 kampung. aku? baru 20 minit mencangkung melapah daging dah tarik diri. penat woo.... bukan bidang aku. bidang aku mengarah orang je, kalau tak buat aku kaunseling.

daging korban dan akikah tu kami agih2kan sekitar kampung. yang bestnya bagi kat orang satu plastik, kejab lagi kami dapat berplastik2. kami buat sate dua hari berturut2. lagi banyak daging sebab sepupu aku ramai yang turut ber'korban. makan sate, sup sum sum, daging goreng dan segala2 daging sepanjang hari dikampung. ingat nak kuruskan badan, dah bedal segala bagai, aku yakin berkilo2 daging tu bersebati dengan daging aku. waa..... bila nak kurus ni???


IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------
Ingin dapat pendapatan sampingan yang anda tak sangka yang terdapat dalam peralatan elektronik yang munkin anda humban sesuka hati bila rosak? ketahui caranya dengan klik banner dibawah :-

7 comments:

arsaili said...

salam eid bro..whoaaa besnya beraya di kampung....sure meriah

Unknown said...

sonok balik beraya kat kampung... seksa drive bersesak-sesak kat jalan pun berbaloi balik kampung

Maiyah said...

slmt kembali.. sronok beraya kg kan.. mesti letih dok mkn daging hehe

Anonymous said...

aku plak beraya kat kl jer
mcm x raya
cis

Mak Su said...

maksu postpone diet hingga habis ler mood raya dan habis stok daging, oops!

Anonymous said...

slamat hari raye

Nur a.k.a admansyah said...

terharu plak daku dgn kad raye thn lepas tur!!! hik hik..

Laptop aku rosak lagi ler...

Rindu nk bc celoteh ko... tapi limited time kt ofis nie bro!