aku terbaca dalam akhbar online mengenai ahli politik yang ingin menguatkuasakan larangan penjualan dan pemilikan cakera padat (vcd/vd/dvd) haram. aku rasa nak tergolek baca berita tu, macam aku baca majalah gila-gila pulak. lawak!.
aku bukan nak perlekehkan sesiapa, tapi aku dah dapat bayangkan betapa tak seriusnya kita dalam membendung gejala ini. suatu masa dulu, penjualan menda alah ini begitu menjadi2, tapi kerana penguatkuasaan yang jitu, ia berjaya dibendung (kecuali tempat2 yang sangat kebal??).
setahun kebelakangan ini, ia menjadi2 balik. penjualan haram ni ada dimana2, bukan sekadar di lorong2 sunyi, tapi menjangkau ke pasar2 malam, pasar tani kelolaan gomen, hingga ke dalam pasaraya. apa kejadahnya semua ini? mana pihak berkuasa? adakah mereka dok nganga aje? (baca gaya wan kamaruddin).
semalam, aku pergi ke pasar malam. seorang diri aje. aku tak selesa bawa anak2 yang menyebabkan aku asyik berlanggar bahu. kalau sorang, aku boleh langgar bahu orang terutama wanita cantik sesuka hati aku. kuang.3x.... aku bukan peminat pasar malam, jauh langit dari kerak bumi kalau aku nak beli sayur mayur atau ikan dari pasar malam. aku pergi untuk beli kuih putu buluh, keropok lekor, dan buah durian. sesekali beli la buah2 lain.
sampai satu selekoh tu, aku tengok ramainya manusia berkerumun, aku ingat ada orang jual ubat. biasalah standard orang malaysia, dah tau banyak penjual ubat tu kelentong, tapi suka sangat pergi dengar dan natijahnya ramai yang tertipu. biasalah, orang melayu terutamanya, kalau dicanangkan hal kekebalan, kekuatan di ranjang, sanggup habiskan duit, walaupun itulah saje duit yang berbaki dipoket. tapi, bukan penjual ubat. ia penjual vcd haram.
aku pun samalah dengan watak2 orang melayu kat perenggan atas, tumpang semangkuk la mencelah. majoriti perempuan warga indonesia, tu lagi la aku nak tau kenapa. aku usha2, dan rupanya mereka tengah gelak2 tengok vcd lucah yang dipamerkan secara terang-terangan atas meja. berani mati betul mereka ni. aku pulak yang kemaluan, abis... kalau cover vcd tu depan2 dah tunjuk kemaluan didalam mulut, siapa tak segan. apatah lagi aku ni masih ada sifat kemanusiaan dan keimanan yang teguh. pompuan2 tu tak malu pulak berdiri situ sambil pilih dan gelak2 sesama mereka. walaupun sifat syaitaniah dalam diri aku suruh aku tengok, sifat malaikah aku menghalang. dengan Istirafar pendek, aku melangkah mencari durian.
bukan itu hiburan yang aku cari.......
16 comments:
yg ori mahal sgt..
rosyam nor pon cakap, kalau dia jd pengguna..dia akan pilih yg murah..
slambe jeee...cehhh
hampagas kan
benda gini xsedar da jatuhkan value masyarakat
sikit2
pupus la yg baik
xpernah lg la jumpe jual cd lucah terang2
nak tgk skali je kot tu yg mrk rasa baik beli murah punya je :)
perempuan ada beli ker?
nak tambah kemahiran tu
hurmmm......
alhamdulillah..ko berlalu..:-))
kalau saya, saya report kat pihak berkuasa lah...dia nak ambil tindakan ke tidak terpulanglah...at least kita sbg rakyat prihatin dah ambil tindakan...
jgn ada budak kecik terbeli vcd gitu dah la.
n@m@n,
tu aku setuju. kadang2 rasanya melampau sangat mahalnya. tu cetak rompak berleluasa.
ezzati,
memang selamba je org jual vcd lucah tu, so, org yg tengok kena la selamba jugak.
joegrimjoe,
ko duduk oversea tak de jual vcd lucah terangan ke? meh balik malaysia, melambak!
maiyah,
bab vcd biasa2 tu saya ok lagi kak, yang vcd luar biasa tu saya geram (geram nak beli sama... ha.3x..)
fatt chin choy,
may be.... kita kena berbaik sangka. untuk kerukunan rumahtangga la tu.
ima shhs,
sekali selamat, kalau tiap2 minggu? aku pun rambang mata.
nurrazah8,
balai cuma kurang 3 km. pihak berkuasa memang selalu ada disitu. tak kan mereka buta.
julietchun,
ye la... bukan ada larangan sape nak beli kan? bahaya ni.
Post a Comment