aku yakin kebanyakkan dari kita adalah pengguna jalan raya. tak kiralah sama ada anda pemandu, pembonceng, penumpang atau pelanggan kenderaan awam. aku yakin korang biasa saksikan pelbagai kes kemalangan jalan raya, dan sesetengah kes melibatkan kehilangan nyawa.
hari inipun sama, nak pergi jemput anak aku di tadika tadi, ada kes kemalangan jalan raya. aku tak berhentipun sebab dah berpuluh2 orang membanjiri kawasan tersebut. aku cuma perlahankan kereta dan menurunkan cermin. ada yang benar2 membantu, dan ramai yang sekadar memerhati, dan ada jugak yang jenis 'ahli neraka' yang berhenti sekadar nak salin nombor plat orang yang accident. tau lah, hari ni kan "hari nombor". kat kilang aku kerja dari dulu, memang ada je manusia mengaku melayu Islam tapi memang tahi nombor ekor. time rehat, sanggup pecut beli nombor, siap terima kiriman nombor kawan2 lagi. pastu lepak ramai2 bincang dan tunjukkan kertas nombor2 masing, nampak aku je terus sorok kertas. aku jenis mulut tak de insurans, aku sound terus je 'bakal ahli neraka' tu.
berbalik pada kes di jalan raya, ramai dari kita sebenarnya masih tak sedar-sedar diri, terutama yang bermotosikal. suka-suka hati mak tiri nenek mereka je nak bermain sms masa menunggang motor. bahaya woi.... lagi barua dan menyakitkan hati bila jalan sempit tapi ada mat-mat motor yang menunggang beiringan atas jalan bersembang. bawak motor perlahan pulak tu, orang kat belakang pulak risau tak langgar mereka. orang macam ni kalau aku nampak memang sengaja cari maut dan kena langgar, rasanya aku memang tak tolong punya (walaupun aku sebenarnya seorang ahli pengakap yang baik hati dan menolong orang pada setiap masa). saje cari bala, rasalah sendiri.
pada aku bertanya khabar dan bertegur sapa tu bagus, tapi jangan masa bawak motor, itu beringan menuju maut namanya. kalau terserempak kawan masa membonceng tu, ajak le member tu berhenti tepi jalan tu. kalau ada budget lebih sikit, ajak le minum teh tarik. padah jangan dicari, mana tau tiba2 ada kenderaan lain tengah laju dan tak sempat brek, tak ke aruah kamu. jangan jadi macam bidalan orang2 cina kat beijing "bila keranda diusung ke kuburan, barulah mengalir air mata". itu kalau kawan lain yang kena, kalau sendiri yang kena? nak mengalir air mata ke hape, korang lah yang duduk dalam keranda tu. yang menangis barangkali ibu bapa, suami/isteri, adik beradik atau anak2. makwe2 ni mengarut je, menangis sampai bengkak2 mata, lepas seminggu pakwe mati nanti berganti le pakwe baru. buat pengubat rindu pada aruah katanya, cam haram!!
14 comments:
pemanduan masih ditahap lemah
terutama moto
ntah nape la ley lulus
ishh
signal yg xsampai 0.36 saat pon xley bagi??
aigooo
beringan tu hape eh? dulu sekolah BM fail
kan bagus kalu isu ko ni dibawa ke parlimen daripada isu iklan "potong" tu.hihi
mmgla..sbenanye plg risau ngan motor kalo time bwk kete...kengkadang tu dia mencelah tu..adeiii..x hingat...kt lak yg t'pksa pk kan tkt2 t'langgar durang..
bengang aku kalau kat belakang motor jalan beriringan mcm tu
lama aku x baca blog nih..berpeluh nk habiskan...
semlm terserempak ngan org dok nak buat cal ker hapa ker masa dia bwk motor, dan ada terserempak ngan pemandu lelaki tgh dok beromen ngan pempuan kat sebelah di jalan nak masuk ke simpang... rasa macam nak kentut jer kat orang macam tu.
joegrimjoe,
skill pemanduan buleh diperbaiki, masalah besar ialah SIKAP.
anonymous,
salah ejaan la tu. maaf membuat ko lagi fening. aku dulupun Bm pun takat cukup2 makan.
mr penyu biru,
itulah ahli pilihan kita, isu potong dan kopi janda lebih suka diperdebatkan berbanding soaal kemiskinan dan kemajuan.
ezzati,
so, kenalah lebih hati2.
fatt chin choy,
mereka lupa bahawa maut tu pasti dan risko mereka lebih tingi. yang sedar tu kenalah lebih berhati2.
marinahunny,
trima kasih masih sudi menjenguk. ada masa datanglah.
maksu,
itulah bahayanya, nak buat jahat dalam kenderaan bergerak, tak takut bala ke.
manusia dah makin hilang harga diri dan buta hati.
Post a Comment