Patang tadi (01/10/09)hampir seluruh opis dan kilang tempat aku kerja berbau durian. ini gara2 kemurahan hati chairman syarikat kami iaitu dato tan kim hor (TKH) memberi durian dan manggis dari dusunnya di pahang kepada kami. tak pelikpun, tiap2 tahun datuk akan jamu kami durian. tahun lepas, hanya pegawai2 dan pekerja opis saje yang dapat makan, tapi tahun ini jumlah durian diberi berlipat kali ganda, dan semua pekerja yang hampir 200 orang dapat merasainya.
untuk menyenangkan semua, dan tak mau ada yg berebut, durian dah diagih2kan mengikut department. untuk aku dapatlah 4-5 biji durian dan tah berapa puluh biji manggis. manggis aku tak suka sangat tu aku tak ambik banyak. 4-5 biji durian tu untuk bawa balik, ada yang dah kami pulun ramai2 kat opis. perghh! harum semerbak opis dengan bau durian. I Like!! durian yang aku dapatpun aku belum belah lagi, ini gara2 masih sendat dengan durian yang akikah ramai2 tadi. ye lah.. kawan2 yang tak berapa suka durian tu bagi je kat kawan2 untuk makan di opis, so kenyang la kami. nak2 lagi majoriti kat bangunan opis aku tu memang hantu durian. tapi memang betul la isi durian ni memang best. isi kuning dan oren. memang fresh dari ladang punya. punya la fresh, bukan setakat sendawa, kentut pun masih dapat cium aroma asal durian (kuang.3x).
cerita pasal durian aku teringat kisah aku kutip durian masa duduk hostel dulu. masa tu upper six kat sekolah menengah jerantut (smj). sebelah hostel lelaki ada sepokok durian yang lebat buahnya. diorang ada cakap tak boleh ambik sebab harta asrama, tapi aku bedal je. kalau aku tak bedal, orang lain bedal pulak. lagipun asrama mana reti makan durian, warden asrama may be makan kot!
yang trill pasal durian asrama ni ialah ia jenis pokok lama, mereka kata berpuaka. tapi durian punya pasal, kami peduli ape. yang jadi ketua mencari durian ni ialah ketua pengawas sekolah iaitu nazri (mat bomba), diikuti dengan ketua asrama lelaki iaitu nix. aku, mahadir jaafar, dan cikli jenis ikut2 je. tak heranpun sebab rumah aku kat kampungpun banyak durian. tapi biasalah, jenis menda kena berebut dan tanpa keijinan ni memang seronok. err... kami bukan mencuri ye adik2, kami ambik yang gugur je.
bayangkan si mat bomba tu sanggup kunci jam 4 pagi semata2 untuk cari durian. dengan kain sarung tu kami cari durian, tapi ada lampu suluh la. dapat durian, kami bawa masuk bilik studi dan makan berjemaah. kat asrama mana buleh bawa parang atau pisau, so kami pakai kayu yang ditajamkan. kekadang tu kami jolok je pakai pen. nasib baiklah durian tu jenis senang dikopek.
yang paling syiok tentang makan durian diasrama ialah kami akan jadi hero kalau satu asrama tau kami yang selalu dapat durian. lagi syiioook, lepas solat subuh tu bau aroma durian dapat dikeluarkan dari tubuh. perghh... nyaman betul.
kalau hari sabtu dan ahad pulak kami akan cari durian di puripen (pusat riadah pendidikan) di kawasan sekolah kami, ala tak jauh dari asrama. kami buat2 jogging reramai dan cari2 durian la. kalau terjumpa yang gugur tu, rejeki kamilah. tapi ada selalu jugak kami terlambat dan orang lain dan belasah dulu. apa nak buat bukan rejeki kami makan durian gugur. rejeki kami ialah panjat pokok durian dan petik dari pokok. yang mana dah berbau sikit tu dah kira halal untuk dimakan. petik dan kami makan ramai2. sesekali terpetik durian mengkal (belum masak, tapi dah agak sedap dimakan), kami pinjam parang dari dewan makan dan makan jugak. hasilnya, bau kentut yang 8X lebih piang bau dia. kalau ada sorang kentut dalam bilik studi, memang kena studi kat bilik lain la jawabnya. tapi, bestlah suasana itu.
7 comments:
ternampak durian kat sini
tengok harga
tak jadi nak beli
Touke Cina memang sempoi. Pandai ambil hati pekerja. Sbb tu ramai Cina berjaya dalam bisness. Bukan memuji tapi kenyataan.
wahh best2 durian.. tapi skrg bukan dah abis musim ke?
durian stok lama tu..simpan dlm peti ais godang (dengki2)
bestnyerr durian tewww..
tem keje kat bentong dulu selalu dpt durian free, sampai tak larat nak makan sbb tokeh2 cina tu semua ada kebun sendiri.
Cerita pasal durian ni, aku memang expert part 'beli durian' ni..kt kpg halaman tercinta aku, Bentong best giler bila musim durian ..aku x suka mkn durian, beli jer yg sukanya ..aku x tahan bila sendawa..busuk ya rabi...mengalah mat saleh aku ni..sorry kengkawan yek..
sekarang aku kt Perak, ada org jual 'Durian Bentong Mari' bangganya aku ! tapi bila pi tgk btui2, bkn durian dari kpg halaman aku ..PENIPU, Perosak nama kpg aku..durian siam di katakan durian Bentong...kt Bentong masa tu sebiji durian pn xda, bkn musim ..Apa lagi aku pun bagi 'tazkirah' percuma kt taukey tu...puas ati, pduli apa aku !
Post a Comment