Saturday, October 10, 2009

Cakap Bahasa Baby

perghh..... lama betul rasanya aku tak update. terima kasih pada yg prihatin tanya sama ada melalui blog, email, sms atau phone. memang niat niat selalu update tetapi dalam minggu ni ada beberapa peristiwa besar yang menghalang aku berbuat demikian. tengoklah, kalau ada kesesuaian nanti, aku akan ceritakan.

biarpun tak berblog, kehidupan rutin masih berjalan seperti biasa. dirumah, aku masih seronok melayan keluarga, terutama melayan kerenah anak bongsu kami.

paling seronok, luqman dan pika suka sangat melayan dan mencium baby kecil, amirah. sampai kadang membuat amirah rimas dan menangis. malah, wife akupun sampai marah kat luqman dan pika kerana perbuatan mereka yg kerap mencium amirah membuatkan amirah selalu terjaga dari tidur.

bab melayan kerenak si amirah tu pada aku biasa2 je. bangun biasa nak susu, then dah kenyang dia akan main2 sekejab atu tidur semula. beberapa hari lepas sambil2 doq layan tivi, luqman dan pika leka berada disisi adik kecil. wife aku yang ingin ke dapur menyuruh luqman dan pika melayan bercakap dengan amirah yang baru berusia dalam 30 hari itu. aku yang memerhati sambil membaca akhbar mula terdengar bunyi yang pelik.

luqman : uuuu.... aa..... eee....
ayah : luqman buat apa?
luqman : ummi suruh luqman cakap dengan adik (merujuk kepada amirah)
ayah : abis, kenapa cakap macam tu?
luqman : luqman mana tau cakap dengan adik. adik tak pandai cakap macam luqman.
ayah : la... luqman cakap guna bahasa luqman la...
luqman : abis, adik boleh faham ke?
ayah : boleh. nanti dia besar, dia boleh cakap macam luqman jugak.
luqman : oo... macam tu ke..

13 comments:

arsaili said...

salam bro...tahniah dpt baby baru ye...dah sebulan lebih ye umur dia. Semoga menjadi anak solehah

joegrimjow said...

xready lg untuk tukar lampin budak,,,

hai said...

jgn beri sangat yang besar2 tu cium baby..lebih2 lagi kalo diorang selsema/batuk...antibodinya tak kuat lagi takut terkena jangkitan...paling takut kalau terkena jangkitan paru2..byk berlaku gitu!!
sekadar berkongsi!!

izman said...

arsaili,
thanks bro. harap2 begitulah.

izman said...

joegrimjoe,
menda ni dia tak kira dah sedia ke belum. bila ko dah masuk alam rumahtangga je, dia akan muncul. most of the cases, kita akan mengalaminya, belajar mengenainya dan seronok.

izman said...

hai,
tu la.... thanks atas perkongsian tu. baby mmg masih dalam pertahanan antibodi yg lemah, memamg patutpun dia di protect.

Unknown said...

gaga gaga gaaa.... gaga gaga gaaa... huwaaa... huwaaaa... huwaaa

luluchen said...

tlg ckp kat baby,eeee aa uu...n kiss kt baby,dia paham la nnt

Hans.Words said...

Salam,

Ayah mithali.. E.T.A Lagi 14 hari He He He

ima shhs said...

salam bro,

lama tak jengah sini. busy..tension... sihat baby baru ko ekk...mmmmahhh tuk dia...;p

is@r said...

soo cute!

Mak Su said...

abang yang baik tu :)

yadi_P1 said...

Comey2 anak en izman yer...anyway hrp mental & fizikal ok slepas menghadapi peristiwa besar tu yer..:) x sabor nk dengar detail heheh..