Friday, October 2, 2009

Bersama Tok Mat : Hujan Air Batu

semalam (01/10/09) Utusan Online (http://jerantut-pahang.blogspot.com/2009/10/hujan-air-batu-fenomena-biasa.html)menceritakan tentang fenomena hujan air batu di daerah kelahiran aku, jerantut (pahang).

aku memang tak pelikpun. cuma yang merasa ditimpa air batu sebesar penumbuk tu akan merasa sakit gile la... aku juga yakin takat cermin kereta, atap zink terutama yang dah berpuluh tahun tak berganti tu akan bolos kena hempakan air batu yang besar gedabak tu.

ia bukan kali pertama berlaku di daerah jerantut, dan aku yakin ditempat lain pun pernah terjadi jugak. secara peribadi aku pernah mengalami peristiwa air batu ni masa remaja dulu.

begini kisahnya.....

kejadian ini berlaku masa aku tingkatan satu barangkali. masa itu aku tinggal di kampung batu balai bersama datuk dan nenek kerana papa tinggal dan bekerja di kelantan. malam itu seperti malam2 lainnya, selepas membawa masuk lembu ke kandang dan menghidupkan unggun api dikandang, aku segera mandi dan bersiap untuk solat maghrib berjemaah bersama datuk.

lepas solat berjemaah, aku dan kakakku bersiap2 pula untuk mengaji Quran dengan datukku. semasa aku mengaji Quran bersama nenek sementara kakak aku mengaji dengan datuk, tiba2 bekalan elektrik padam. blackout! yahhoooo!! (oppss!)

ingat dapat ponteng mengaji pada malam tu kerana bekalan letrik terputus, tapi tersasar. datuk aku suruh nyalakan pelita dan lilin dan acara mengaji diteruskan. kejam betul datuk aku ni (tapi untuk ilmu akhirat tu...).

lepas mengaji, nak ulangkaji pelajaran tak boleh. nak tengok tivi lagila tak boleh. so, kami main bayang2. berlatarbelakangkan api lilin, kami guna tangan untuk buat bentuk2 seperti arnab, rama2 dan sebagainya. tiba2 kedengaran bunyi kuat pada atap zink dibahagian dapur. rumah datuk beratap 'edek' tapi dapur beratap 'zink'. datuk bersuara "hujan air batu tu. pergilah kutip. kalau dapat, telan air batu tu".

mandi hujan? ini green light ni. hujan air batu pun kami bedal jugak. pintu bahagian dapur dibuka dan menggunakan torchlight dapat dilihat ketulan ais batu sebesar guli. datuk suruh kami kutip dan makan. apa lagi, aku dan kakak redah hujan dan kutip air batu tu dan sumbat dalam mulut. rasa apa? rasa ais batu la, tawar je. kenapa tak de rasa sirapke, ribena ke?.... tapi yang nyata aku rasa sakit! mau tak sakit, ketulan ais batu sebesar guli dan ibu jari menimpa kepala dan badan. tapi semangat main hujan punya pasal, aku tahan je.

lama main hujan akupun dah tak tahan sejuk dan kena hujanan air batu. aku masuk dalam rumah, ke dapur dan ambik periuk. dengan periuk diserkap dikepala, aku keluar main air hujan air batu lagi. gile ko.... bunyi hempap air batu pada periuk tupun cukup kuat, bingit telinga aku. dan.....

"dah main hujan tu. MASUK!" bunyi suara datuk. aku pun patuhla seperti kambing dicucuk hidung. masuk rumah, mandi semula dengan air kolah dan bersila mengadap kopi panas nenek buat. sambil kami main2 hujan tu, sempat jugak nenek masak air dan buat cucuk kodok ikan bilis. tu aku sayang nenek.

masa main hujan ais batu tu, banyak jugak aku dan kakak kutip ketulan air batu dan simpan dalam peti ais. tapi dah tak de bekalan elektrik sampai pagi, ais batu tu mencair le. datuk cakap sape telan hujan ais batu tu 'cerah hati'. tu aku telan banyak. masa tu tak de pencemaran, cuba ada hujan air batu kat area klang valley dan korang kutip ais batu yang jatuh tu dan telan. aku yakin kalau tak kena keracunan makanan, tentu ada yang jadi aruah. itu buka hujan ais rahmat, itu hujan ais berasid.

8 comments:

Relevan said...

Dekat dah dgn tempat kome hujan air batu te izman..

secangkir madu merah said...

klu dulu2 boleh lah kutip hujan airbatu tu, niat apa apa dan telan, kata ustazah utk penerang hati...insyaallah..
tapi skrang tak brani pulak nak suruh anak2 telan sbab bak kata izman air hujan skrang dah tercemar...ingatkan nak terang hati tapi jadi hati batu pulak heheheehhe...

izman said...

relevan,
yang berlaku baru2 ni bukan kampung kah, kampung orang lain. jauh dari kampung kah.

dekat tempat deme ke??

izman said...

secangkir madu merah,
betul tu, saya dulu kumpul dan telan air batu tu cerah hati, sekarang ni kalau telan memang gelap masa depan! ha.2x

Mak Su said...

suami maksu penah merasa gaks hujan airbatu... sakit katanya kalu kena...

Iliana said...

wahhh...

dulu saya igt hujan air batu tu still air lg tp besar2...rupanya air batu btul ye...kalu mse tu tengah bwk moto ke basikal ke..parah parah~

Rayz said...

hello dei!... maner pergi??...sonyap jo..

sha said...

kompius sikit...kambing dicucuk hidung..he3