Wednesday, August 26, 2009

Paint Your Blog Pink 2



Siapa berminat nak dapat 'NOTEBOOK HP MINI 1000' secara PERCUMA, aku cadangkan korang sertai peraduan "PAINT YOUR BLOG PINK 2" yang sedang berlangsung sekarang. sekarang maksud aku bermula 24/08/09 hingga 09/09/09. ia dianjurkan oleh WIJAYA INTERNATIONAL MEDICAL CENTRE yang boleh korang lawati di http://www.wijayamedical.com/blog.asp

Aku sebenarnya bukan suka sangat nak war2kan benda2 perempuan ni, tapi memikirkan isteri, anak perempuan aku pun perempuan, dan kanser payudara ni juga boleh menyerang lelaki jugak, aku jadi terpanggil korang untuk sama2 bercerita di blog masing2 mengenai kes2 kanser payudara, kempen kesedaran atau apa2lah yang korang rasa patut kita kongsi bersama. syarat dia senang je, korang berceritalah diblog korang tentang subjek ni, tapi sebelum tu korang kenalah isi borang dulu. kalau tak tulis borang manalah penganjur tau korang sertai peraduan diorang. tak kan itupun tak reti2. bahasa yang digunakan untuk cerita tu aku tak pasti, korang bacalah syarat2 dia. aku tak baca lagi syarat2 dia sebab aku tak de idea pasal subjek ni. tapi, kalau ada idea nanti, aku masuklah. mana tau boleh menang moto... err.. maksud aku memang notebook tu.

secara umum aku yakin setiap orang dari kita, tengok orang sebelah apahal! aku maksudkan korang sekali, semua ada kemungkinan nak kena kanser payudara. yang jantan jangan gelak, korang pun ada change jugak kena. dengan menyertai peraduan ni, atau membaca2 artikel2 berkaitan kanser payudara ni, sekurang-kurangnya kita lebih bersedia menghadapinya atau tau cara untuk merawatnya kalau dah kena. teknologi makin maju, tentu ada penawar untuk merawatnya. Agama kita juga telah menegaskan bahawa semua penyakit ada penawarnya kecuali mati. kalau dah kena kanser, jangan asyik terkurung dalam bilik je, ingat mulia sangat la tu. konon tak nak susahkan orang la, tapi sedarlah bahawa sebenarnya dengan mengurung begitu lagi menyusahkan orang lain. orang2 yang sayangkan anda dah la turut susah hati, lagi menyusahkan mereka sebab kena hantar makanan kat bilik pulak, banyak cantek!! ubah sikit diri tu, kuatkan semangat. disamping tu carilah penawar dan rawatan yang sesuai.

cerita pasal payudara ini janganlah korang ingat aku gila seks pulak. dah la kawan aku si intan yang kerja kat medical centre ni asyik mintak aku war2kan pasal ni (nasib la ko lawa intan dan ko kawan baik aku). kecik2 dulu, ikhlas aku dulu tak tau payu dara tu ape, aku ingat ia alat sulit anak dara yang masih dara (err... tak lucahkan). tapi bila sekali tu aku baca artikel yang menyebut tentang payu dara yang terpaksa dipotong satu, dan tinggal satu lagi, memaksa otak aku berfikir. kecik2 dulu aku ni jenis innocent gile, manalah tau bab2 orang pompuan ni. dah besar sikit baru aku tau yang payu dara itu ialah 'breast'. malu betul!

dalam keluarga besar aku, aku masih ingat lagi seorang mak saudara aku ada kena kanser payu dara. aku masa tu masih remaja lagi. aku agak rapat dengan makcik aku ni sebab masa aku kecik2 dulu, kalau aku buat salah dan dikejar oleh papa aku, dirumah makcik aku inilah aku berlinding dan meminta suaka politik. papa yang tau aku akan berlindung dirumah makcik aku ini biasanya akan pergi jemput aku cara baik kerana papa agak segan dengan makcik aku ini. tapi korang jangan salah sangka, papa aku baik depan makcik aku tu je. dah balik rumah, berbirat belakang dan peha aku kena libasan tali pinggang papa aku. apa nak buat, kecik2 dulu aku ni hyperaktif sangat.

sambung psl makcik aku tu tadi, aku panggil dia 'mok cik doh', itu gelaran keluarga pada dia. masa tu mok cik doh baru balik operation di kuala lumpur. aku datang melawat. aku yang agak dungu tentang penyakit breast cancer ni cuma terganga bila mok cik doh cerita pasal kesakitan, rawatan kimoterapi, kena makan ubat dan akhirnya salah satu payu daranya terpaksa dibuang. aku yang masa itu pergi sendirian mengangguk. mok cik doh tunjukkan kesan yang dipotong pada aku. sebagai anak lelaki aku cuba berpaling ke arah lain. beliau cakap "mu nok malu gapo, mu tu pakat anok jah. kecik2 dulu, k*p*k ni pun mu pernoh isap" (terjemahan : kamu nak malu buat apa. kamu tu adalah pangkat anak pada aku. masa kecil2 dulu, kamu pun pernah hisap susu dari payudara aku ni).

memang dahsyat, satu payudara beliau dah abis dipotong. berbalut,dan satu lagi aku lihat dah kehitaman. mengikut mok cik doh, yang satu lagipun dah ada sedikit jangkitan dan perlu kimoterapi berterusan. aku hanya mampu berkongsi sedih, dan aku yakin beliau azab menghadapinya. dan, beberapa bulan selepas itu, mokcik doh meninggal dunia kerana kanser dah merebak ke bahagian badan yang lain.

oklah, aku just cerita sedikit kisah sedih salah seorang ahli keluarga besar aku yang kena kanser payudara ni. moga korang ada sedikit idea nak masuk peraduan ni. aku just war2kan je, cerita aku ni tak layak pun nak menang, jadi tak payah la aku masuk.

dan dari kes makcik aku itu, aku akan cuba memastikan keluarga aku mendapat protection terbaik dari kanser ini. Insyaallah!


izzi note :
intan, ko terhutang belanja teh tarik dengan aku sebab aku tolong war2kan peraduan ko ni.

6 comments:

arsaili said...

salam bro..breast kanser ni memang penyakit yg sinonim dengan perempuan tapi sebagai lelaki kita kena ambil tahu....sebab kita dikelilingi oleh wanita..ibu, isteri, anak, adik, kakak ....dgn pengetahuan bole membantu mereka secara langsung atau tidak langsung

julietchun said...

sokongan dari org lelaki sangat perlu.

Mak Su said...

best nyer hadiah ni.... notebook, benda yang diidam2kan sesangat sekarang.

tapi, bab nak cerita tu..waduh... maksu dah pernah cerita dah, kakak ipar meninggal pasal kanser payudara, kalau entry repeat boleh tak agaknya?

(dasar malas nak fikir)

izman said...

arsaili,
setuju tu bro. jangan pandang enteng benda ni, ia penbunuh utama kaum wanita.

izman said...

julietchun,
mmg sgt perlu. janganlah pulak lelaki terbabit segera angkat kaki.

izman said...

maksu,
tak pasti la pulak saya. cuba maksu tengok syarat2 peraduan tu.