PERTAMA adalah kedudukan utama yang menjadi idaman setiap insan termasuk aku. kita ghairah mengejar kedudukan pertama ini, atau kita idamkan semua benda yang pertama seperti tempat pertama kejohanan pingpong peringkat kelas 3 anggur. bila dah besar sikit, dah bersunat mulalah mengejar cinta monyet pertama. malah ada manusia yang sanggup bunuh diri akibat gagal cinta pandang pertama. atau bunuh orang lain bila cinta pertama kita kembali ke pangkuan cinta pertama dia dulu.
murid2 yang terpaksa tinggal diasrama buat kali pertama pasti masih lagi terbayang saat sedih berpisah dengan keluarga. terpaksa makan nasi ikan jaket. bila dah bekerja buat kali pertama, ramai yang ghairah berjoli dengan gaji pertama. yang baik tu, gaji pertama diserahkan pada ibu atau disedekahkan pada masjid. kemudian kumpul duit untuk beli kenderaan pertama. masa depat kereta/motor pertama, pergh! hari2 lap. sebelum tidur masih sempat jenguk tingkap tengok keselamatan kereta diluar rumah.
dah ekonomi stabil, cinta pertama dah ada, kenderaan pertama dah ada, dapatlah dibina ikatan pernikahan buat kali pertama. biasanya semua pasangan berharap agar pernikahan itu adalah yang pertama dan terakhir buat mereka. tapi... yang jantan tu pula berharap agar ia menjadi yang pertama, dan lepas ni ada kedua, ketiga dan keempatnya. dah sah ikatan ijab kabulnya, pengantin masing2 tak sabar menunggu2 saat pertama bergelar suami isteri pada malam pertama. pengalaman pertama lagi indah bila si isteri bunting pelamin dan mengandung anak pertama. mabuk2 dan mengidam membuatkan suami isteri pula bahagia menanti kelahiran anak pertama. aku yakin ada bakal bapa yang mati kutu menanti kelahiran anak pertama. si bakal ibu apa kurangnya, masih belum pandai meneran, kali pertama katakan. anak pertama memang special, serba serbi baru untuknya. layanan memang kelas pertama juga. ia ditatang bagai minyak yang penuh.
tapi dalam doq seronok tentang menda2 pertama tu, pernahkah kita sedar bahawa banyak lagi benda pertama yang kita tidak tau atau kita sekadar tidak ambil peduli. misalnya tentang ORANG PERTAMA. aku bukan nak cakap pasal orang pertama yang curi hati ko dulu la... aku nak bagitau tentang orang2 pertama yang sebenarnya penting dikenali oleh umat Islam. menda ni aku dapat dari email ila (http://sinopsisdariku.blogspot.com). aku yakin ada yang akan cakap "ala, aku dah tau menda ni. kat sekolah dulu aku ada belajar". jangan cepat mendabik diri, baca dulu. sedangkan aku yang top scorer sejarah Islam pun ada yang tak pernah dengar sesetengah fakta ni, apatah lagi yang dapat takat cukup2 makan markahnya (woii.... mendabik dada sendiri la tu, buatlah selalu kalau nak kena belasah).
kalau ada sebarang fakta dibawah ini sebenarnya auta atau menyeleweng, harap mana2 ustaz, ustazah, atau sesiapa yang tau tu bagitaulah. kang aku sebarkan ajaran sesat pulak.
ORANG YANG PERTAMA
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi IbrahimAS
5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA
11. Orang yang pertama menyusukan Nbi SAW: Thuwaibah RA
12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA
27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.
9. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------
4 comments:
Terima kasih tentang info orang pertama...Tazkirah untuk muhasabah diri.
Satu je bimbang - jadi orang pertama di sekolah - semuanya kena jawab & salah hemat dikutuk dik orang ke 2, 3, & seterusnya....
banyak jugak yg aku taktau.
Trima Kasih Izman,
Kau luaskan lagi pyebaran maklumat tersebut kpd rakan2:)
thnx 4 the good info...
Post a Comment