puasa baru abis 2 hari, tapi aku dapat lihat meriah benor blog2 ghodong2 (kawan2) aku bercerita bab buka puasa, sahur, shopping raya, kuih raya, kad raya dan tidak ketinggalan entry2 peraduan. ada hadiah?? itu yg aku suka tu. kali ni aku nak cuba peraduan yang dikelolakan oleh kawan senegeri (Pahang Darul Makmur) aku iaitu puan ima (http://ima-shhs.blogspot.com). ia memaksa sesiapa yang kepingin hadiah dia supaya bercerita mengenai pengalaman berpuasa ala "NOSTALGIA RAMADHAN".
aku nak cerita pasal kenangan kecik2, akupun dah ingat2 lupa (malu nak cerita pasal tak posa sebenarnya). so, aku cerita pasal nostalgia aku berpuasa di terengganu. masa ni aku tunggu result stpm. nak baca ke?? aku tau korang tentu nak baca kan sebab tu datang blog aku, suka sangat la tu baca aku merapu. sebelum aku merapu lebih jauh, sape2 yang nak bergaduh dengan aku berebut hadiah tu silalah ke blog Ima -Shhs
Kisah Bermula.
Kisah ini berlaku dalam tahun 1995 ketika usiaku masih sweet 20. ala baru lepas periksa sijil tinggi pelajaran malaysia (stpm). aku dan adik lelakiku, imran yg juga baru abis spm saje bekerja di sebuah emporium yg tersohor di kuala terengganu. lebih selesa duduk bujang, kami menyewa di jalan banggol, sewa bilik kecik dengan mengadap masjid putih kuala terengganu. di bilik kami cuma ada sebijik radio, satu set hi-fi dengan 4 bijik sound system yg besar gedabak, tilam bujang dan bantal, heater (pemanas air), cawan + pinggan + sudu seorang satu. tiada masalah duduk bujang, aku dan adik aku happy je. kalau terdesakpun ada ahli keluarga yg akan membantu. duduk bujangpun ok, lapar kalu... turun bawak carik makanan. ada duit banyak kami makan besar, tak de duit kalu, makan megi. itu biasa!
masalahnya bila tiba bulan ramadhan. moksu aku dah bising suruh duduk rumah dia, bukan jauhpun ke tempat kerja. tapi kami malas. malas bangun pagi dan tunggu bas sebenarnya. bilik sewa kami ke tempat kerja cuma 2.45 minit berjalan kami je. kalau ada makwe lawa berjalan sama, masa yang diambik kadangkala boleh mencecah 32.17 minit. adik aku kerja bahagian sundries, aku bahagian stor. so, aku lebih ganas sikit la. tempat kerja aku banyak di stok induk emporium tu di kampung ladang. nak kesana aku kena naik lori syarikat.
tau2lah bulan puasa, emporium aku kerja buat sale gila baban. so, permintaan dan kerja terhadap pekerja stor macam aku agak teruk. stor emporium tu ada 3 bijik kedai dengan 3 tingkat. memang ada lif barang, tapi bila semua nak cepat, kami guna tangga je.
itu gambaran tempat kerja. aku belum cerita kena mengenai cerita tu hingga menjadi nostalgia yg tidak dapat aku lupakan.
aku mulakan dengan sahur. dah bujang, biasalah.... tidur lewat. dengar lagu dan mengendap jiran sebelah, oppss! maksud aku berborak dengan jiran2 sebelah menyebelah (jangan pandang serong pada aku, bulan puasa ni. berburuk sangka pada orang yg baik nanti batal puasa korang). memang kami ada kunci jam, tapi korang faham2lah jam pasar malam. suka2 hati dia je nak mati dan berbunyi. eleh... salahkan jam pulak, padahal tidur mati. untuk bersahur biasanya kami dah siap2 beli makanan dalam jam 11 ke 12 malam. dah tidur kalu.... memang tak sedar. jam berbunyi tapi boleh bangun tutup jam dan tidur balik. dan DUMMMMM!!!
bunyi dentuman meriam dari bukit besar (bukit besar ke bukit kecik hah??). dikuala teganu dulu, meriam berbunyi pertama kali diawal pagi untuk menandakan masa untuk subuh ada lagi 5 minit. secara automatik, aku tersedar. bangun kejutkan adik aku. masa dah darurat, tak perlu basuh muka dan gosok gigi. cuma basuh tangan, baca bismillah dan makan sepantas kilat. kami perlu kejar masa. kalau lewat kang, sia-sialah puasa hari tu. bayangkanlah sendiri keadaan kami masa tu, kalau kata orang somalia makan gelojoh sebab payahnya dapat makanan, kami lagi teruk. kurang 5 minit untuk habiskan nasi bungkus dan minum air. suap makanan kat mulut, minum air dan toleh jam. dan biasalah kami boleh abiskan kesemuanya dalam masa kurang 3 minit, memberikan kami 2 minit untuk membersihkan sisa2 dalam mulut sebelum bunyi meriam kedua untuk solat subuh. lepas solat subuh, dengan perut yg boyot kerana makanan tak sempat hadam kerana tidak dikunyah dengan sempurna, kami tidur semula. kerja jam 10 pagi, standard pasaraya.
bangun untuk kerja, tak tergesa2. dekat je.. tapi aku kena awal sikit sebab biasanya aku yg bukak shutter door emporium tu. then, naik lori ramai2 ke stok induk di kg ladang. di stor, kerja tak sempat rehat sebab kerja banyak. setiap seorang dari kami ada list barang yg kena ambik. hari tu, aku dan 2 lagi rakan subahat, err... maksud aku rakan sekerja dikehendaki ambil 100 kotak besar tisu muka. kotak tisu sebesar pemeluk tu bila diangkut dari tingkat 3 kedalam lif, berapa kotak je muat. dan lif tu pulak kena menunggu sebab konsep dia "pat pat nye, sapa cepat dia punye". dengan mulut supervisor yang bising, dan dengan janji manager stor siapa siap kerja dia boleh rehat dan dapat barang bawa balik, kami ligan buat kerja sungguh2. group aku guna tangga je. bukan pikul bawa turun, kami golek je. kotak keras, tisu tak mungkin rosak. letih tak payah cerita, sampai terjelir lidah. peluh didahi dan ketiak termasuk dalam seluar, semua bersebati. kami tak peduli, siapkan kerja dan boleh tidur. dan, kerja siap cepat. kami dibenarkan rehat dan buat xtvt sendiri selama 2 jam. kawan2 aku ramai yg tidur. aku nak tidur tapi mata tak mau lelap. sebab banyak berpeluh dan badan jadi tak selesa. nak mandi boleh tapi aku lupa bawa pakaian extra. so, aku jalan2lah tepi pantai area kg. ladang tu.
sebab aku tak tidur, boss aku panggil suruh ikut lori hantar barang kat emporium. aku akur sebab boss janji nak bagi aku overtime 3 jam malam nanti dan sedikit biskut bawa balik. bancau, adik manager stor dan manager stor nak ke emporium jugak. seat depan dah penuh, 3 orang maksimum. tak kan aku nak duduk atas riba. so, aku kena duduk belakang la. lori barang tu jenis tutup abis, badan lori pulak berkunci dari luar. aku kena duduk belakang sensorang. dengan barang yg penuh, aku terkurung dalam belakang lori. memang ada satu lampu kecik, tapi ia tetap gelap kerana dilitupi oleh barang2 yg membukit. dengan gelap dan ruang sempit, aku hanya mampu berdoa agar selamat sampai, disamping bernafas berlahan2 kerana oksigen adalah terhad disebabkan tiada udara luar masuk.
alhamdulillah, aku selamat sampai setelah hampir 15-20 minit perjalanan. masih tak leh rehat kerana kena unloading barang dengan dibantu pekerja stor yg bertugas didalam pasaraya. dah abis punggah, rehat jab kat stor. bosan2 keluar ke pasaraya tengok2 promoter2 yang comel2 buat hilangkan penat. tapi lagi teruk bila masuk area pasraya, mulut mula berair melihat pelbagai jenis air, kuih dan makanan. ia lagi baik sebenarnya dari duduk distor kerana majoriti pekerja stor tidak puasa. mula2 tu diorang ada jugak ajak aku makan sama, tapi bila aku tak nak dan mula berceramah tentang azab neraka pada diorang, diorang jadi insaf 5 minit.sejak dari itu mereka tak ajak aku join buka puasa sebelum waktu lagi, mereka makan diam2 je.
akhirnya, waktu kerja abis. aku, adik aku dan kawan2 sekerja termasuk yg tak puasa itupun ke gerai makan kg tiung. kat situ je lah murah sikit makan. menu berbuka hari itu (hampir setiap hari) adalah nasi ayam dan air sirap. kami berborak2 sambil tunggu waktu berbuka. usik mengusik makwe kat sebelah2 meja adalah xtvt rutin kami, selain mengurangkan lagi pahala puasa ia juga mengeratkan lagi hubungan sesama teman sekerja dan komuniti setempat. dan DUMMM! meriam berbunyi menandakan waktu berbuka. kami ramai mambaca doa sebelum berbuka menandakan bahawa kami bersyukur dapat menahan diri dari lapar dan dahaga sepanjang hari tersebut. lagi best pulak, ada jugak kawan2 sekerja yang tak puasa mengoffer diri untuk membaca doa secara kuat, lantak koranglah, itu urusan korang dengan Allah. hari itu aku makan cepat2, solat maghrib dan sambung buat overtime 3 jam. overtime malam takdelah teruk mana sebab just susun barang je. dengan perut kenyang, biasanya aku akan pusing2 semua depatment dengan sorang lagi kawan untuk collect cash dari counter diiringi sorang manager. seronok woo tengok duit yg begitu banyak. tengok je la.... bukan buleh ambikpun. abis waktu kerja, aku tutup shutter, kuncikan dan jadi antara orang2 terakhir keluar dengan supervisor stor aku. seperti dijanjikan manager stor merangkap anak owner dan sediakan sedikit bekalan untuk aku bawa pulang. dengan adik aku dah menunggu, kami beringan balik. kami singgah jab beli makanan. naik bilik, mandi, solat isyak, lepak2 dengar lagu sambil makan biskut dan kuih yg diberi oleh boss aku. jam 1-2 pagi, barulah mata lelap. DUMMM! meriam berbunyi lagi. begitulah kitaran hidup aku.
Kisah Tamat.
10 comments:
aku rasa bunyi meriam tu lagik berjasa dr bunyi jam ko...ekekeke
setuju ngn Ms.Lilies hee..
zaman sekarang ada bunyik meriam lagi tak bang man??
heee...
ms lilies,
betul, banyak jasanya tu.
harapkan jam? mmg tak boleh harap.
wanita itu,
meriam tu dah tak berbunyi lagi, dibersarakan berkhidmatannya.
Dulu-dulu bukan sahaja bunyi meriam, siap dengan bunyi beduk kat masjid lagi... tapi zaman sekarang dah canggih, h/p siap bunyi azan lagi... silap haribulan ingatkan dah masuk waktu subuh, apalagi kalang kelibut masuk bilik air ambil air sembahyang terus solat subuh... bila selesai solat tengok jam baru pukul 5.00 pagi... hehehe... jawabnya minum air dengan biscuit ajer ler yang sempat...
oh, tetiba rasa macam dah dekat nak raya, walhal baru 3 ari pose!
tahun ni ada possibilities dapat kuih tart percuma ker!!
amvoii izman, nak makwe lawa ajer tau.... ;p
dam dam dumm.... meriah suasana, sambil bergelak ketawa sesama sanak-saudara :)
p/s: bukan merajuk, tapi salahsatu sebab ialah payah nak masuk blogspot dah lately, lembap banget :(
hehehe
Menarik jugok pengalaman berkerja di Ganu. Emporium tu Hock Kee Seng ke? Saya amat merindui bunyi meriam di Bkt Puteri tu!
Salam ramadhan almubarak buat Izman sekeluarga.
salam bro...pengalaman yg sungguh berwarna warni....cantik kanvas kehidupan..ahahha..selamat berpuasa semoga kedatangannya kali ini lebih baik
kah kah kah, kelakar giler..
penat baca, bukan penat membaca N3 ni tapi penat dgn schedule yg padat satu hari dan beulang lagi kesokannya..tak habis2..
Post a Comment