hari ni aku cuti half day pagi, bawa wife ke klinik pergigian kerajaan kerana perlu check gigi bagi wanita2 mengandung. peraturan baru kot, masa anak pertama dan kedua dulu tak de pulak suruh pegi check gigi. sepatutnya minggu lepas, tapi masa tu aku bizi aku tunda hari ni. kalau tunda minggu depan dah payah sebab dah pose. check gigi ibu mengandung cuma setiap hari selasa pagi.
kat klilik gigi tu aku just dropkan wife aku (banyak la kau punya drop, ingat bawak kapal terbang, saje2 nak dropkan barang kat drop zone). luqman tadika, so aku kena jaga pika. malas nak tunggu kat klinik, apatah lagi aku masih folia dengan klinik gomen lagi. so, aku bawak pika balik rumah. mood pika baik gile hari ni, just bukak chanel kartun, aku buleh berkemas bilik bacaan aku (merangkap bilik stor). ngam2 ho, wife punya checking siap dalam jam 11am, jemput dia dan jemput luqman kat tadika sekali. since aku kat rumah pun malas masak, just beli sup dan gulai kawah tok janggut kat kampung pendamar.
dalam duk makan tu wife tanya bila nak beli set bersalin. aku cakap aku boleh beli, tapi dia sendiri kena decide nak beli set bersalin yg mana satu. beratus jenama set bersalin dipasaran, manalah aku tau yg mana terbaik untuk dia. dua anak sebelum ni pernah cuba set bersalin mustika ratu, sendayu tinggi dan afiat. campur2lah; nak beli semua mau botak kepala aku. setiap ibu pasti akan rasa berkenan dengan sesuatu produk selaras dengan tubuh badan dan juga kesihatan poket. bagi aku, cukuplah setakat yg biasa2 je. nak bagi cikai pun tak boleh jugak sebab barang nak pakai lama. kouta enam orang anakpun belum dapat lagi, ini baru nak keluar yg ketiga; ada 3 lagi yg perlu diproses. so, kena jaga betul2. silap2 ubat atau tanpa ubat yang betul, nanti risau jadi gila meroyan pulak. cuma semenjak dua menjak ni, wife asyik cerita pasal set bersalin ibu (rujuk gambar)yg katanya bagus. wife aku cakap atas cakap dan testimonial kawan baik dia, ala geng2 ibu mengandung satu klinik la ni.... tak perlu berurut katanya. tak perlu berpilis.
aku tak le cerewet mane, tapi bila dan berpilis dan berparem, siap bau pelbagai ubat akar kayu even diproses jadi kapsul moden, bau dia tetap tak elak. seksa woo... nak tidur dekat ibu baru bersalin ni. fening kefala bau ubat! tapi sayang punya pasal, tahankan je idung dan tidur je. kang kalau tidur bilik lain2, merajuk pulak isteri. siapa yg dah bergelar bapa dan bergelar ibu taulah situasi ini. cepat sangat sensitifnya orang pompuan. cakap tak sayang lagilah, lebih sayangkan anaklah...
pada aku, aku sayang semuanya. tapi anak yg baru lahir tu kena sayang lebih lagilah. diakan baru keluar jumpa ayah dia. so, most of the time biasanya habiskan masa dengan new born. bau baby baru lahir ni sangat2 mendamaikan hati. kalau ikut hati mau je suruh wife aku beranak tiap2 tahun.
since cuti hal day je, kena kerja la. pegi kerja, mak aii... boleh tahan banyaknya dokumen atas meja nak kena sign (dan buat kerja). dah la ada kerja, ramai pulak yg ngacau nak jumpa aku nak berbincang dan meminta penjelasan. geng2 kilang termasuk yang berpangkatpun dah mula meniaga. katalog tupperware, zhulian, cosway. cni, amway, cadar, kasut dan sebagainya dan cukup meriah. yang mula ngendeng jual kuih raye pun ramai. cakap je apa nak, semua ada. kuih loyang, almond london, semperit, biskut badam, cup cakes, kerepek, tumpi, kacang, semua ada.... bab2 kuih tu aku serah pada wife aku je. biarlah dia aturkan. pada aku cukuplah ala kadar je seperti sedikit almond london, tat nenas, kuih kapal lanun, maruku (macam deepavali pulak), agar2, kerepek pisang, popia simpul, biskut badam, biskut sugi.... woiit! banyak la ko punya sikit. ye ke? itu baru biskut kegemaran aku, wife aku belum lagi. anak2 jenis tak kisah, semua boleh makan. oh ya, dalam banyak2 bawang, bawang yg aku boleh makan dan aku sangat gemar ialah kerepek bawang. tapi adakah aku menderhaka pada keturunan aku bawang putih bawang merah kalau aku makan kerepek bawang tu??? arghh... lantaklah!!
di opis orang2 yang offer rasa kuih aku elakkan. malas nak bagi mereka harapan sebab aku dah awal2 dah booking ngan kakak aku dan kakak ipar aku. makcik aku kat teganu aku biasa tempah tat nenas, memang sedap. jem nenas tu dia buat sendiri. cilaka betul, baju aku dah basah, tak sedar air liur meleleh sebab bercerita pasal kuih. ini semua korang punya pasallah.
oklah, aku kena keluar pegi tesco kejab lagi ni, cari kulit popiah nak buat popiah simpul. ini kuih yg paling aku reti buat selain agar2. serunding ayam pun banyak lagi yg aku beli kat teganu baru2 ni. arghh.. meleleh lagi laju air liur aku. dah! cukup....
izzi note :
gambar set bersalin ibu ehsan daripada portal www.ambarkenanga.com.my
11 comments:
uiii terer tul bleh buat popia simpul neh.. haha.. tang yang ibu bersalin aku bersetuju gak ler.. hehe
akhirnya ada gak bawang yang ko bleh makan eh.. hehe
ooo..
ado set besalin ye bang man??
sayo igt set lepas besalin ajo hehehe..
Apa salahnya jadi Mr Mama...ok pe...
Kalau dah siap seme keje2 tu - datang umah amik soalan sila jawab...buat lapangkan fikiran!
bila due ni bro? aku lak x sabo nk tau... pehh!
Gud Luck yea! king salam wif... suh baca ayat kursi bykX2! the rest tu... hang lebih arif kan?
errr... nama dh jumpe ker bro???
kenapa tak sepuluh anak?
haha
salam...dalam paper kelmarin ada baca satu pasangan Suami seorang lawyer suami seorang kontraktor berkahwin ketika isteri berumur 19thn dan menuntut di Universiti..dan bab yang best diorang ada 11 org anak, setahun sekali tuu..isteri sekarang umur 38...
Mr Mama??ok pe tu...comei bangat kalau jad mr mama..mest isteri suka nnt..hehe..
salam singgah dr dilot..
aku suker popia simpul...;p
ko ngan maruku mana bleh dipisahkan,hehehe.
kena cek gigi utk ibu hamil? aku rasa akak aku macam takde pegi jek, biar betik nih.
mr mama? wah bagus betol lah.. ini namanya suami mithali.. seronok akak tengok eh baca..
org lepas bersalin memang kena pakai benda yg busuk2 ada makna tu.. rasa pelik klu ada org lepas bersalin pakai wangi2, takot nanti tak cukup setahun dah dapat adik pulaks...
suka kerepek bawang? oh hari tu bukan main lagi, pantang tak boleh makan bawang, ni dah kira langgar pantang larang dah ni...
eiman,
buat popia simpul tu kira teror ke? bangganya... (kembang idung)
the only bawang.
Post a Comment