Wednesday, August 19, 2009

H1N1 dan Mask


semalam (18/8/09)balik kerja, wife ajak gi tesco beli barang. kebetulan akupun nak beli kulit popia untuk buat popia simpul. untuk kuih raya? takdelah untuk makan sambil tengok tivi la, raye lambat lagi, mana tahan godaan popia simpul yg rangup tu. serunding dia pun sedap. rugi tak beli banyak, ingat kena mintak maksu aku kat teganu beli lagi serunding ikan tu. ikan teganu sedap2 rupanya; jadi keropok leko sedap, dah jadi serundingpun sedap. nak mintak cendawanintim beli, kesian pulak dia dengan sarat2 pegi pasar payang. cendawanginting, selamat kerja dengan jawatang baru. sabo la, insyaallah Allah bersama2 orang yang sabar. lagipun, mu buleh anggap ini sebagai career improvement.

sambung balik bab tesco. since masih awal dah bagitau anak2 nak gi tesco, mereka ajak makan kat luar. kalau ikut hari mau je aku cadangkan masak nasik kat rumah dan kemudian makan berjemaah luar pintu rumah je, jimat. tapi mengenangkan takut berpuasa awal sebelum berpuasa sebenar dan puasa kerana wife walladah, aku simpan dalam hati je. gile apa nak puasa lebih 100 hari.

wife ajak makan sate kajang hj samuri kt bkt tinggi, kebetulan sebelah tesco je. aku ingat nak makan mee goreng je situ. sampai je, restoran tu tutup. tak tau pulak ia tutup hari selasa atau dah tutup operasi ke hape. so, anak2 bertambah happy sebab mereka buat cadangan makan kfc. since malas nak fikir dan pusing ke arah giant, kami ke tesco cari kfc yang baru re-opening. aku memang tak suka kfc tesco ni, panas! aku pernah beritahu kat blog dulu. may be dengan reopening ni berubah kot. tetapi, keadaan dalam kfc tesco bukit tinggi sebenarnya lagi worst! panas! air cond tak bukak, aku tanya sorang staff india situ, dia kata memang tak de aircond pasang, dan dia menyalahkan tesco yang tutup aircond untuk kfc. buleh ke gitu??? patut la diorang bukan pintu luas2. since anak2 dah lapar, aku beli jugak makanan dan makan dengan hati yang panas terbakar. aku sedar tak baik mengata depan rejeki, tapi dalam hati aku tetap mencarut pada pengurusan kfc tesco bukit tinggi yang pada aku tak peka pada pelanggan. dah la tempat tertutup, even bukan pintu sempit tu apa la yg ada, panas woo... kok ye pun memang tak de aircond akibat sesuatu masalah, tak reti2 ke tulis notis pada kerta kat depan restoran seperti "masuklah ke restoran kfc ini kerana kami hidangkan kelaianan. rasa kfc yang panas2 dan suasana dalam restoran yang panas tanpa aircond pasti akan menambahkan panas hati anda sekeluarga". bersumpah aku tak maulah, tapi selagi aku waras, aku tak hingin lagi jejak kaki ke restoran kfc tesco bkt tinggi ni lagi. baik aku pergi kfc giant yg terletak sebelah je. takat nak makan ayam panas dalam suasana panas, aku boleh makan kat rumah aku tau.

dah la carutan aku untuk kfc tu, kami ke tesco utk beli belah. keluarga aku pakai penutup mulut utk keselamatan. tapi ramai aku tengok masih tak memakainya, dan aku agak2 80% pelanggan dan staff tesco tidak memakainya. lagi teruk kami yg memakainya pulak dipandang serong. ada juga yang tengok kami pakai baru nak keluarkan mask dari poket dan memakainya. cik kak oi...! dengan pedulikan orang lain. nyawa tu sendiri2, sendiri mau ingatlah. apatah lagi amalan kita tak seberapa, pemakanan tak jaga, kurang2 jangan la bagi peluang kuman babi tu masuk rongga hidung kita. kalau dah kena, menyesal pun tak guna, ibarat pematah cerita kungfu komik cina "bila keranda diusung kekuburan, barulah menitiskan air mata".

belum cukup panjang ke?? aku tambah sikit lagi.

masih mengenai selsema babi dan topeng mulut (mask) ni. kat opis ari ni (19/8/09) aku jadi pelik ramai yang start pakai mask. bagus!! kata hati kecik aku (didalam badan yang besar). rupa2nya di production line ada suasana panik yang memaksa semua orang mencari mask bagai orang sawan. since aku HR yang bertanggungjawab, aku panggil individu2 untuk disoal kenapa timbul kepanikan. la.... ada khabar angin menyatakan bahawa salah seorang pekerja kena selsema babi. ia dijangkiti oleh isteri dan anaknya yg kena H1N1 dan katanya dah dimasukkan ke wad dan senang nazak. since, telefon company yg bayar, aku call orang yg dikatakan telah diresapi roh babi selsema itu. since aku ada sedikit pengetahuan tentang tanda2 penyakit tu hasil pembacaan, dan penerangan doktor sebab anak aku minggu lepas demam. aku tanya keadaan sebenar pekerja tu, keluarganya, tanda2 dan sebagainya. memang ia khabar angin. pekerja yang dikhabarkan itu memang tak datang kerja tapi sebab sakit gigi. isteri dan anaknya ada demam tapi baru hari pertama, dan suhunya tidak tinggi. malah sebagai langkah berjaga2, pekerja tersebut telah membawa isteri dan anaknya ke hospital, dan pihak hospital hanya memberi ubat demam biasa dan menyuruh mereka pulang. mereka tidak disyakki atau dikuarantin.

dan biasalah makian aku mestilah pada yg sebarkan berita karut. kalau benar, ok. ini saje buat cerita karut dan memalukan pekerja. orang yg sebarkan tu nak kata bodoh, engineer kelulusannya. dia juga immediate superior kepada pekerja terbabit. lagi worst dia siap announce dalam meeting jabatan yg pekerja tadi ada H1N1. dia bertanya pada pekerja tu pun idak, call la woi.... telefon syarikatkan percuma (jangan salah guna). kepada orang terbabit aku just bagi warning, mulut macam bontot ayam kata orang kampung aku. next time sebarkan berita karut lagi, you're fired!!

8 comments:

endiem said...

terlalu banyak kabar angin boleh jadi kelam kabut dibuatnya

Unknown said...

aku suka ayat last tang you are fired tuh.. rasa cam soltan plakkk.. keh3

penah dlu ada khabar angin staff aku minum clorox pas kena marah dgn aku, aku tak puas ati pi ty dia pas dia kuar hosp, dia ckp betul.. huhuhuhuhuhu.... ternganga sement aku. berenti marah dia?? sorryyy.. salah kalu, aku marah jugakkk

sonata anak kancil said...

pakai la mask bila keluar rumah....

Kapten Luffy said...

hari mencarut dan memaki ler ni yer

haha

zafi said...

hmmmm H1 ni making worse ye di Msia... Uk ni pon dah lebih 100 ribu kes... but cam nothing happen je... kalau kene penyakit nih.. doktor pon tak nak jumpa... minta dok rumah berehat makan ubat... sadis!!

ima shhs said...

mmg ramai org ambil mudah jerk dgn H1N1 nih...ponin tul...

BTW, i like ur last word 2..kekeke...

scorpions said...

H1N1?ntah lew..bala ke hape.tgk la hari2 ada kes kematian coz psl dia hmmm ngeriii..tp tu la tgk org masih dok relax je kan mcm x risau pun ade.jangkaan 5 juta org akan dijangkiti huhu..takut beb..sama2lah kita berdoa ye jauhkan dari bala tu ye.mudah2an berkat ramadan nnt kurang kot skit natang tu ek..

nurizan said...

ibarat pematah cerita kungfu komik cina "bila keranda diusung kekuburan, barulah menitiskan air mata"

lama giler aku tak baca ayat nih dalam komik.. sebab dulu pinjam member je baca.. hehe