Saturday, August 29, 2009

Buka Puasa & Kad Raya Pertama

malam tadi seperti di uruskan oleh syarikat, beberapa orang staff melayu dan pihak pengurusan berbuka puasa di klang executive club (kec)yg terletak bersebelahan dengan jusco klang. abis kerja kami pergi. ramai yang tersekat dlm jammed di bandar klang. group aku bernasib baik kerana kami melalui tol shahpadu dan melalui batu belah. since orang yg booking belum sampai, kami singgah di gerai2 di tepi jalan berbuka puasa dulu.

aku tak de la excited sangat berbuka puasa malam tadi sebab mereka belanja hidangan ala chinese, bukan ala.... tapi memang chinese foods. 2 meja dikhaskan. satu meja utk staff melayu dan satu meja lagi pihak pengurusan dan staff bukan melayu. sebenarnya mereka bukan asingkan melayu dan bukan melayu tapi kami yang datang dulu arrange sendiri. since berbuka, lebih seronok kalau duduk dengan orang2 berbuka juga. hidangan di buat course by course, ada 7 atau 9 hidangan akupun dah lupa. mereka booked vip room dengan kemudahan karaoke.

ini antara hidangan yg sempat aku snap. hidangan awal2 tu aku lupa nak snap sebab dah kelaparan. kalau itu menu yg dipesan dan reserved room, hampir rm1000 dibelanjakan malam tadi. gambar memang saje aku kuningkan nak suruh nampak klasik, macam makan kat peking tahun 1960an (sebenarnya lupa setting henpon lepas bagi anak main).




















secara peribadi semua bergumbira malam tadi. masing2 pakat menyumbang suara yang ada kebanyakkannya memang sumbang. pitching lari, tak masuk tempo, tak ikut lirik, dan sebagainya. aku? aku memang tak nyanyi, aku sedar diri suara tak sedap dan aku tak menyanyi kat public. kalau nyanyi just dalam bilik air, dalam kereta atau dodoikan anak tidur. ini anak ketiga dah nak keluar, aku memang sepatutnya praktis nyanyi ni. lagu2 wajib aku kena nyanyi sudah sepertinya lagu 'lancang kuning','anak' dan lagu apa tah tajuk dia tu. lagu dia macam ni "insaflah wahai manusia, jika hidup mu bernoda........". lagu2 nasyid, surah2 Quran, doa2 tu off course la...... aku bukan orang jahiliah nak nyanyi lagu2 sekular je.

oh ye, kat sini aku nak ucapkan jutaan ribuan terima kasih pada abang long (http://novelman.blogspot.com) atas kiriman kad ucapan selamat hari raya. terharu betul. balik solat jumaat semalam tengok ada kad raya, dan inilah kad raya pertama aku tahun ni. terima kasih abang long. siapa lagi nak hantar aku kad raya, dipersilakan.





IZZI ADVERTIZING---------------------------------

14 comments:

joegrimjow said...

bukak pose ni besh ramai2 cam tuu

sonata anak kancil said...

kat umah lagi best kan? hari ni tak tau nak masak apa lagi....abey tak dak...pi Tg Malim...

Nur a.k.a admansyah said...

bukak pose kt luar yea? sian bini ko bukak sorangX2... sorrbb! (aku lak yg lebeyX2 nih..)

sbnr-nya dr hr tu aku nk bgtaw hang yg aku mmg jarang berbuka kt luar! TiapX2 thn boss aku (chinese ler...) ajak berbuka Hotel tp last year aku tolak! sbb aku tak sampai ati... laki & anakX2 berbuka camaner! hik..hik.. (biase ler pompuan... sensitip die lebih sket!)

Bln pose kowang nyanyiX2 sakan yea? pi blk ngaji lagi baik bro!

Abg Din said...

Ini org kampung abgdin ke...? Nape la tak ajak abgdin sekali....

Hehheee....

hai said...

kat klang sekarang memang jammed giler ek...ingat zaman sekolah rendah dulu.. main basikal je kat tgh bandar tu..punya la tak sibuknya!!
larat ke abih kan semua tu??

Kapten Luffy said...

chinese food kadang2 tak kena dengan selera kita kan

secangkir madu merah said...

lepas berbuka sambung karaoke pulak ker?.. itu yg maleh nak berbuka puasa kat luar tuh..

izman said...

joegrimjoe,
mmg best kalau reramai, kalau bawak family lagi best.

izman said...

sonata anak kancil,
mmg kat rumah dgn family is the best.

izman said...

nur aka admansyah,
sesekali, atas sebab kerja.

nyanyi? diorang bernasyid la..

izman said...

abg din,
he.3x... nanti kita pekena tah tarik sesama.

izman said...

hai,
lalu bandar klang mmg jammed gile. kami lalu ikut hiway shahpadu.

semua perut king size, melantak sakan.

izman said...

monkey d luffy,
buka puasa chinese stail ni buat terasa masam berbuka kat negara china pulak.

izman said...

secangkir madu merah,
saya pun ralat gak. tu yg tak nyanyi. dah la terlepas terawih malam tu, rugi betul.