sebelum aku mengarut lebih lanjut, aku nak langsaikan tag dari sonata anak kancil (http://sonata14.blogspot.com). dah berhabuk dah sebenarnya tag ni, ini baru ada kesempatan nak carik balik menda2 yang tertunggak.
tag ni mengenai beg bawak pergi kerja. aku ambik masa yang lama untuk buat tag ni kerana aku memang jenis tak bawa beg pergi kerja. untuk melengkapkan tag ni aku ada jugak selongkar koleksi beg2 aku dirumah untuk bawak ke opis dan anggap ia sebagai beg kerja. tapi.......
semuanya hampa. aku memang takde beg kerja. yang ada dirumah hanya beg balik kampung, beg naik flight, beg komputer, beg sandang untuk letak koleksi syiling, beg outing, dan beg bimbit utk letak barang kalau pegi training. sebab aku dulu pengakap, kebanyakan beg aku jenis beg sangkut belakang. semua aku tak bawak pergi kerja, kecuali nak menunjuk2 duit syiling kat kawan2. beg yang aku bawak gi kerja cuma beg duit (yg lebih banyak kad dan kertas dari duit). lagi satu beg yang aku bawak ke syarikat tapi tak bawa masuk opis ialah beg untuk persiapan wife bersalin. duduk dalam bonet kereta je, senang kalau nak bersalin just ambik wife dan terus ke hospital.
yahooooooo.... selesai tugasan. sekarang masa bercerita.
dalam bulan puasa ni ramai kata cabaran tersebar ialah menahan diri dari lapar dan dahaga. betul! termasuk jugaklah jaga mata ye... tapi sebagai seorang yang bergelar bapa kepada anak2 yang masih kecil, cabaran yang besar pada aku ialah kesanggupan beli makanan dan minuman dikhalayak ramai pada siang hari. bukan untuk aku, aku tak de keuzuran, untuk anak2.
tahun ni belum ada keperluan tu, tapi tahun2 lepas masa bawak anak2 pegi shopping raya disiang hari, anak2 biasanya akan kelaparan. nak tak nak sebagai bapa, terpaksalah aku pegi beli makanan/minuman. untuk elak aku kena cekup dan dibawa naik van jenazah, aku akan bawa anak2 sekali. sambil tu cakap kuat2 dalam kedai tu yang mana satu pilihan anak2. tapi mata yang memandang serong tu korang tak payah cerita la. malah ada jugak akan berbisik dan mengeji. kalau korang berada di situasi begini, jangan mengeji. kang sia2 je puasa korang. si ayah berpuasa, tapi tak kan tega si ayah membiarkan si anak kelaparan. mereka masih kecil, beelum sampai kewajipan itu ke atas mereka.
aku masih ingat beberapa tahun lepas, masa tu masih anak pertama, luqman hakim. kami sekeluarga membeli sedikit barangan raya di the store di alam sentral shah alam. dengan ramai orang, dengan memilih2 barangan, memang ia mengambil masa yang lama. luqman yang masa itu masih kecil sudah kelaparan. aku masih dah siap memilih, cuma nak membayar sahaja. dah berbaris pun. luqman yang kelaparan akhirnya menangis. luqman asyik nak berdokong dengan aku, so aku minta wife berbaris dan aku bawa luqman ke kedai kek dan roti di aras bawah plaza tu. masuk kedai tu, ramailah mata2 memandang. aku buat derk je. dengan luqman dikelekan, aku minta luqman pilih nak roti atau kek apa. jenuh jugak nak pilih, maklumlah budak. terpaksalah aku tunjuk satu2. dah beli roti, kena pulak cari gerai jual air. luqman nak susu sebenarnya, tapi aku parking jauh. akupun tak leh pegi jauh sebab aku shopping pakai kad hutang. wife cuma tolong berbaris je. aku just cari gerai jual air kotak coklat dan berikan pada luqman.
oklah, dapat roti dan air kotak tu diamlah. kesian aku tengok luqman makan. lapar sangat barangkali. terasa bergenang air mata aku, rasa bersalah pulak biarkan anak kecil yang tak tau apa2 tu kelaparan. dah beli aku berikan luqman pada ummi dia dan aku sambung berbaris membayar. then, sampai di kereta aku buatkan susu utk luqman. dapat je susu, terus terlena luqman. penat betul anak ayah.
tahun ni, tak mustahil menda yang sama berlaku lagi. may be kena shopping malam atau bawa bekal untuk anak2. ala korang tau la, emporium malaysia ni bukan mesra anak2 kecil. nak bawa menda masuk mana boleh. budak2 ni pun even kita dah bagi susu atau makan kenyang2, mereka cepat betul lapar. maklumlah mereka sedang membesar dan aktif pulak tu.
siapa lagi yang ada pengalaman macam aku tu? apa korang buat hah??
IZZI ADVERTIZING----------------------------------------
12 comments:
muda lagi
dan akan sentiasa mude
anak aku baru 10 bulan, nasib baik tak makan lagi mcD ke KFC ke.. haha
kerana nila rosak susu sebelanga
bukan ko... tp ada org yg buat jd ko pun kena ler
Zaman bebudak dulu selalu beli makanan di siang hari dibln puasa..tp dah tua2 gini adakala beli juge..beli murtabak takot tak sempat..sold out..
Saya rasa orang tak mengatanya nak beli makanan anak...kalau depa kata juga - samada orang2 tu tak ber-anak atau tak faham ke orang berpuasa - takkan la nak makan di khalayak ramai...depa jeles kot...
hu hu hu....banyaknya beg - tapi satu pun tak dibawa kerja....it's ok - yang PENTING beg untuk isteri tu! samalah macam my hubby dulu2...dlm kete ada beg ready nak ke hospital...( tahniah suami prihatin - bapa mithali )
wpon saye xde ank tp saye tw ase die cane..haha...sabo je la...
joegrimjoe,
ye lah tu.....
eiman@nurizan,
10 bulan belum makan kfc lagi, anak aku dulu dah makan... kentang lenyek kfc. ha.3x.
monkey d luffy,
setuju. dah rosak susu terpaksa ganti susu baru. tak gitu.ha.3x.
relevan,
setuju, tapi kalau beli nasi bungkus jam 12 tgh hari, siap kuam campur sekali tak kan itu nak tunggu berbuka jugak?
murtabak best mmg kena beli awat2, takut kempunan.
sonata anak kancil,
yg mengata tu yg tak tahan.
beg ibu bersalin tu standby, berdasarkan pengalaman.
akutieka,
syukurlah ada perasaan camtu.
Post a Comment