Monday, August 17, 2009

Aku & Road Block

Hari ni masa nak gi ambik anak aku balik tadika ada road block oleh polis trafik. since aku takde masalah, aku redah je. kelihatan yang rasa bersalah tu ada yg lari dan sengaja cari jalan jauh. lantak koranglah.

dah hampir 8 bulan tiada road block kat area kawasan aku, sesekali ada tu baguslah. biarlah orang sekitar tu rasa takut sikit. ini tidak, lamaaaa sekali baru buat, orangpun tak takut. sampaikan orang nak gi pandamaran pun rasa tak takut bawak motor tanpa helmet atau bawa kereta tak pakai safety belt.

cerita pasal polis atau penguatkuasa jalan termasuk jpj ni, aku rasa kelibat diorang je dah cukup untuk membuat pemandu2 gentar. aku sendiripun, even complete lesen dan segalanya, nampak je orang baju putih berseluar hitam berbelang, atau orang pakai uniform biru, cepat je seluk poket carik lesen, check belt pakai ke idak dan sebagainya.

pada aku, aku suka senangkan kerja abang2 polis tu. sebelum sampai ke road block, aku dah siap2 sediakan lesen memandu dan kad pengenalan. nak sediakan road tax mana buleh sebab menatang tu memang melekat kat cermin kereta, diorang nak check tu biarlah diorang carik. kuang.3x... satu habit aku yang datuk aku pesan suruh buat ketika menghampiri road block ialah turunkan cermin sisi, padamkan radio/cd, dan tanggalkan spek itam tu. aku ikut pesan datuk aku tu(kini arwah) yang dulunya anggota polis. nak tunjuk ek pada polis buat apa, mereka ada kuasa menyiasat dan menyuruh kereta dan kita disiasat kalau perlu. dengan buat yg aku cakap kat atas perenggan ni, Alhamdulillah, biasanya abang2 polis just lepaskan kita berlalu tanpa soalpun. dah aku yakin ia bagus dan pernah juga kerana langkah inilah aku masa bujang dulu terlupa renew lesen memandu lebih 3 bulan, dan tak pernah kena tahan even ada road block. nasib baik, kalau kena kalu, mampos!!

ada sekali tu, kira2 5-6 tahun lepas, aku dan adik aku balik kampung. petang tu kami nak melawat nenek sebelah mami aku di kampung bersebelahan. so, aku biarkan adik aku drive kereta aku dan since dekat kami tak pakai tali pinggang keledar. dok2 borak2 dan adik aku sedang layan lap suatu kubur cina, tup2... ada road block. nak pakai belt dah tak sempat sebab abang2 polis dah nampak dan siap panggil. bancau!! adik aku nampak sangat mengeletar, ye lah... dah bersalah.

polis tu bagitau adalah salah tak pakai tali pinggang keledar, dan minta ic dan lesen memandu. adik aku tunjukkan.

polis : ni dari mana ni?
adik aku : dari kampung bt balai.
polis : nak pegi mana?
adik aku : nak gi damak.
polis : damak buat apa?
adik aku : nak gi rumah nenek.
polis : orang mana?
adik aku : orang bt balai la...
polis : cakap betul2! ni ic banting selangor ni. nak pegi mana ni?
adik aku : betul, saya orang bt balai. nak pegi rumah nenek kat damak.
polis : mu anak sape?
adik aku : anak p-----.
polis : p---- mane?
adik aku : (tergagap2) p----- bt balai la.
polis : dah2.... tipu ni, berenti kat tepi.
adik aku : (masih panik, keluar dari kereta)
polis : woi... kereta tu parking tepi la.
si abang : (keluar dari kereta dan parking tepi, dan menghampiri abang polis)bang, ini adik saya. kami ni memang orang bt balai (sambil hulur ic aku)
polis : anok sapo? (terjemahan : Anak siapa?)
abang : kito cucu tok mat polis pencen (terjemahan : kami cucu tok mat polis pencen)
polis : oo... cucu tok mat, patut la beso' kelih mu. ni adik mu ko, adik ngan mok mudo? bakpo ic dio ore banting. (terjemahan : oo... ini cucu tok mat rupanya, patutlah macam biasa nampak kamu. ini adik kamu ke, atau adik dengan mak tiri?. kenapa ic dia alamat banting)
abang : adik kito nge mok lamo. dio doq banting, tu wat ic banting. (terjemahan : ini adik saya satu emak. dia tinggal di banting, jadi dia buat ic alamat banting)
polis : damok rumah tok aji ko? tuk sebeloh mok demo dok? (terjemahan : pergi ke kg damak tu ke rumah datuk kamu ke? datuk sebelah emak kamukan?)
abang : ho.. mok aji tok segar, doh kelik ni, nok gi jengok la semetar. (terjemahan : ya... nenek saya tak sihat, kebetulan dah balik ni, ingat nak pergi melawat nenek sekejab)
polis : ok lah. pese ko adik tu jange la suko2 tukar ic paka alamak pak baru. kalu nok duk kapung, wat alamak kampung doh la... doh, gi lah. paka tali pingge tu. nyawo tu penting.(terjemahan : baiklah. pesan pada adik kamu tu supaya jangan suka2 tukarkan alamat ic pada alamat tempat tinggal yang baru. kalau masih sayang pada kampung, lebih baik kekalkan sahaja alamat kampung. sudahlah... kamu boleh pergi. jangan lupa pakai tali pinggang keledar. nyawa tu penting)
abang : terimo kasih be'...(terjemahan : terima kasih bang)

moral of the story :
1) dulu2 akupun tak bermoral sebab tak pakai tali pinggang keledar. bagaimanapun moral aku tidaklah teruk sangat sebab masih memakai tali pinggang seluar, kalau tak pakai lagi teruk, kang ada yang terkejut tengok menda yg tak sepatutnya ditunjukkan pada bukan isteri tu.
2) kena pandai menilai situasi. since aku boleh berdialog banyak dialek pahang, kelantan, teganu, dan sedikit tamil.... patut guna masa terdesak. save our pocket money!
3) penguatkuasa juga ada perikemanusiaan dan timbang rasa, cakaplah elok2.
4) jangan amalkan rasuah. kalau rasa nak bagi duit jugak, tunggu hari raya, bagi kat anak dia duit raya. pastu biar anak2 kita salam ngan dia, anak2 kita akan dapat duit aye jugak. adil!

14 comments:

scorpions said...

hmmm..btul2 polis pun ade perasaan gak.since aku menjadi rantauan kt selangor ni alhamdulillah la smua road blok aku lepas.janji smua cukup lengkap laa hehe..dorg pun bertugas cari rezeki..x smua abe polis mkn rasuah..cau cin cau..

endiem said...

kadang kadang polis juga tengok plat kereta.. dari mana, plat pahang ke plat selangor.

ILA said...

Ohhhh..oghang Banting??Belah manorr???

ima shhs said...

itulah yg sering aku harapkan...seme nyer ada timbang rasa...;p

pB said...

pB rajing doh keno samae ...

duo kali pulok tu ....

speedingggg ....

padahal speeding tu bukae laju mano pong ...

julietchun said...

aku ingat org pompuan je ketar lutut kalo nampak abang polis,hehehehe.

wanita mutalib said...

abg man ~

saya pernah lari dari JPJ huhu..

maso tu time belajau takdo lesen huhu..

selambo ajo pusing depan jpj..

teruk betui sayo..

izman said...

megatz,
terer gak ye ko semua lepas, ada jampi2 kot??? ha.3x..

izman said...

endiem,
betul tu bang. plet kete saya masa tu selangor. sekarang wilayah pulak.

izman said...

ila,
dulu aku aku duduk banting, sekarang dah shah alam.

izman said...

ima shhs,
doakan2 diorang lagi bertimbang rasa time nak raya nanti.

izman said...

pB,
siang ko mu kena samang. buat rayuan la, murah sikit bayar.

izman said...

julietchun,
memang ketar lutut, tapi sebab dalam kereta boleh cover line la.

ko tengok la abang trafik punya misai.... ha.3x..

izman said...

wanita itu,
ish.3x.... jangan buat lagi, bahaya tu.