Wednesday, May 13, 2009

Harap Peristiwa 13 Mei Tak Berulang

Hari ini 13 Mei. suatu masa dulu pada hari ini, bangsa kita dengan bangsa lain berperang sakan. mengikut sejarahnya ramai di kedua2 pihak terbunuh. aku pernah dengar cerita dari datuk aku bahawa banyak bangsa lain berjaya dibunuh sebelum mereka menjadi mangsa bunuh. orang2 melayu tidak lupa menunjukkan kekuatan sentaja nyata dan senjata ghaib. malah ramai barangkali tau tentang orang melayu yang berpencak atas pucuk pisang dan keris atau pedang terbang sendiri mencari mangsa.

aku tidak mahu berbangga dengan sejarah itu, kerana dua2 pihak kerugian. orang india tidak terlibat sangat dalam peristiwa itu kerana bangsa cina dan melayu yg bergaduh.

namun aku lihat bibit pergaduhan sentiasa ada walaupun hingga kini. kita barangkali masih ingat peristiwa pergaduhan di kampung medan, kes kuil di pulau pinang dan shah alam. aku memang tidak mahu melihat pertumpahan darah sama ada melayu vs cina, melayu vs india, india vs cina, atau pergaduhan sesama bangsa aku sendiri. kalah jadi abu, menang jadi arang. semua pihak rugi, dan lebih perit, kebencian dan dendam itu akan menjadi onar pada perpaduan bangsa malaysia.

aku yakin bangsa cina, india, singh, dan sebagainya; kalau disuruh balik ke negara asal nenekmoyang mereka, merekapun dah tak sanggup. so, duduklah dengan aman. dah duduk di tanah melayu; belajarlah hormat tuan punya tanah iaitu orang2 melayu.

gomen pada aku kena banyak lagi usaha nak pastikan tiada lagi pengelasan kaum mengikut pekerjaan yg antara punca pergaduhan kaum. jangan cakap takde la wei... bukak mata luas2 dan pandang betul2. ini antara pandangan aku yg melihat beberapa pekerjaan utama berdasarkan kaum. Ia, memang ia tidak tepat dah aku cakap tadi berdasarkan pandangan aku, tapi buleh jadi betul. layan je lah:-

1) pemandu teksi/ bas = melayu
2) nelayan = melayu
3) pekerja kilang = melayu
4) pemilik kilang = cina
5) tokey kedai besi buruk = india
6) driver lori = melayu / india
7) askar / polis / gomen = melayu
8) pekerja estet = india
9) peguam = india
10) cikgu = melayu
11) doktor = cina
12) pekedai = cina
13) kontraktor = cina
14) 'along' = cina
15) mekanik = cina
16) pegerai = melayu
17) insurans = cina
18) skim cepat kaya = melayu
19) kerja Finance = cina
20) buat jalan = india
21) kerja sumber manusia = melayu
22) kerja alam flora / indah water = india
23) engineer = cina

banyak lagi, korang senaraikanlah sendiri.

list tu aku tak mengata sesiapa tapi aku harap suatu hari nanti kita dah tak dapat kategorikan bangsa dengan jenis kerja.


22 comments:

Ms.Lilies said...

betulla tu....kata je semua bangsa sama rata dalam keje tp sbnrnya tak...

Anonymous said...

hrap2 xjadi lagi

uncle ni kwn sy..

http://syuhada162.blogspot.com

ckLah @xiiinam said...

.....apakah perpaduan, kesefahaman, kerjasama rakyat Malaysia yang selalu digembar-gemburkan itu....???




Sebenarnya memang masih belum begitu kukuh....

Sebagai seorang insan yang 'bergaul' dan 'berlumba'dengan mereka saban hari...ckLah dapat merasai, gelas itu terlalu rapuh sebenarnya untuk pecah....

sonata anak kancil said...

Jangan berulang lagi!

Sekarang One Malaysia!!!

Anonymous said...

Jarang saya dpt tengok MELAYU jadi Tauke, CINA jadi kuli.Tapi Kerap tengok sebaliknya.contoh t'dekat termasuk kau kan...ye tak??

tragikkkkkk!!!pagi tadi terserempak blog seorang kawan menceritakan secara detail alkesah di 13 may.Tapi masa saya blajar sejarah tak de pulak di ceritakan mcm tu kan...

ila

Kapten Luffy said...

kerajaan kena pandai kontrol

harap tak berulang

izman said...

ms lilies,
masih tak sekata pembahagian ikut kerja. kita patut ubahnya.

izman said...

asis,
harap begitulah.

blog kawan tu bakal jururawatkan? dah ada sekali melawat dia. nanti 'uncle' pegi lagi (uncle? terasa tua jee. dah kenyataan!)

izman said...

xiiinam,
perlumbaan bagus, tapi dlm mengejar kemenangan, harap persengketaan tidak terjadi.

izman said...

sonata anak kancil,
1 malaysia tu bagus, tapi hak orang melayu jangan diabaikan pulak.

izman said...

ila,
betul, aku cuma kuli saudagar cina. kau pulak??? he.3x...

ko email aku link tu.

izman said...

monkey d luffy,
harap begitulah kapten.

en_me said...

nelayan kat pontian masih ramai cina perghh.. salammms bro

Abang Long said...

Semakin lama, penduduk sudah semakin BERAKAL. Tidak lagi cuba untuk BEREMOSI.

ima shhs said...

izman...aku sokong ngko lah...

dah bosan tgk org bergaduh...huhuhu

Anonymous said...

blogger? = semua kot..

izman said...

en_me,
ye ke. tu aku pukul rata je majoriti melayu.

izman said...

abang long,
betul tu, dah ada akal, buat ape nak tunjuk kekerasan.

izman said...

ima shhs,
terima kasih. gaduh2 pun rugikan kita semua gak.

izman said...

jejakalkindi,
setuju. blogger ni semua bangsa sama naik.

- j o h a r i - said...

aku bkn la pandai sgt bro..
tapi bagi aku, cuma islam yg mmpu menyatukan semua kaum..
bersatu atas nama umat islam

Papa-Itam said...

makan keliling n3 ni,mendalam dan penuh bermakna,tu lah yang terdapat kat negara kita..jadi lah macam bangsa lain yang "up" kan bangsanya...sekolah tak tinggi,segulung sijil pun tak ada bila masuk kerja aje..gaji dah ter "up-up" mengalahkan gaji kita yang bersijil-sijil..tak percaya...buka sikit mata..ada kat sekiling kita...kalau bangsa kita pulak..rasanya macam tu ka?