Monday, December 1, 2008

Ulasan Amatur : Novel "Kau Tetap DiHati" karya Liza Zahira

Alhamdulillah hari ahad lepas, aku dah berjaya menghabiskan misi membaca novel "Kau Tetap Dihati" karya Liza Zahira. Alhamdulilah wife tak de nak ganggu aku sebab aku bagitau kalau aku dapat baca habis novel ni, malam tu boleh gi tesco beli barang dapur. kalau tak abis baca, beli je yg mana perlu kat pasar mini. Ni sedikit info berkaitan novel ni:-



Judul Novel : KAU TETAP DIHATI
Penulis : LIZA ZAHIRA
Terbitan : ALAF 21 SDN BHD
Jumlah Muka Surat : 494


Sinopsis :
Novel ni mengisahkan sophia (pia) yang mengikuti kakak (syidah) & abg ipar (ahmed) ke new zealand (NZ) utk membantu menjaga anak mereka (imad & iman) disamping mencari peluang melanjut pelajaran disana. namun, itu cuma helah kakaknya utk menghambaabdikan si adik tanpa bayaran.

hidup dengan kakak yg tidak berhati perut dan abg ipar yg mata keranjang dan boros, hidup pia tertekan, namun ia tabah. namun kecelakaan menimpa kakaknya setelah dilanggar dihadapan rumah menyebabkan kakaknya meninggal dunia. bukan setakat meninggal dunia, kakaknya turut meninggalkan 3 org anak yg diamanah utk dibesarkan di malaysia. konflik juga tercetus kerana si kakak minta hal kematiannya kelak tidak dihebahkan kepada ibubapa di klang, dan jasadnya diminta dikebumikan di NZ.

bermula dengan kemalangan kakaknya, ia mula berkenalan dengan pemuda NZ yg bekerja di malaysia (benjamin/amin)setelah peristiwa salah tuduh org yg melanggar kakaknya. sakit jugak si pemuda ditumbuk sophia, tapi itulah bibit2 cinta mereka. pemuda itu dengan kemahiran dan contact2 yg ada membantu si gadis menangani kekeparatan si abg ipar yg mencoba memperkosanya.

setelah berjaya mendapat hak penjagaan anak2 saudaranya, sohpia pulang ke meru, klang dan bekerja di sykt percetakan. ibubapanya yg mempunyai seorang anak angkat yg sejak remaja menggilai sophia dijodohkan dgn sophia. mereka berkahwin dlm keadaan paksarela. suaminya (nazmizan/naz) yg tabah dan mula kerja sebagai badut akhirnya berjaya menjadi assistant technician sebelum bertemu sophia lagi. naz mula mengumpul duit dan berjaya duduki rumah sendiri, namun belum sempat merasa bermalam dirumah tu, dia terbunuh akibat terkena renjatan letrik kerana kecuaian sophia yg tak disengajakan.

cabaran sebagai janda muda dan lawa amat payah, apatah lagi sedang mengandung. lebih2 lagi kehadiran ben yg kacak yg terus menerus membantu dirinya. tuduhan ibunya yg sophia yg membunuh suami amat tragis dan payah diterimanya. ben yg disayangin oleh bapa pia akhirnya dijodohkan dengannya. juga paksarela. alhamdulillah sama seperti naz, ben juga menerima ketiga2 anak kakak pia dengan rela.

Ulasan amatur :
secara keseluruhannya, aku terhibur dengan novel ni. penggunaan bahasa adalah menepati konsep novel, tak de ayat2 cinta syahdu berjela2. penekanan dan pengenalan watak adalah baik. karekter utama seperti ibubapa sophia,benjamin, dan nazmizan di tonjolkan dengan baik sebelum watak2 mereka dikembangkan.

secara peribadi aku sukar menerima watak sophia yg aku rasa terlalu unggul. beliau menjalani hidup sensara deraan kakaknya di NZ, kesukaran hidup selepas kakak meninggal, tohmahan jiran, tohmahan ibu kandung, dipecat akibat tuduhan palsu dipejabat, kematian suami, kerenah menjaga anak2 saudara yg hyper aktif dan masih kecik, gelodak jiwa terhadap benjamin dan sebagainya. adakah wujud manusia sebegini diakhir2 zaman ni. pengenalan watak begini memerlukan imiginasi keras penulis kerana tiada contoh yg wujud di zaman ini.

penelitian watak adalah memuaskan cuma aku rasa penggunaan bahasa percakapan antara arni (tukang sapu warga indonesia) adalah tidak sesuai. penggunaan gaya bahasa standard mana mungkin menepati gaya bahasa percakapan rutin mereka. penjiwaan watak arni tidak sesuai dgn gaya bahasa tersebut. plot kehilangan arni membawa diri akibat frust dan hadir kembali ke malaysia dgn cerita ingin berkahwin dengan pemuda di subang aku rasa kurang sesuai kerana rantaian cerita tidak wujud.

watak nazmizan yg diawalnya agak egois dan baran pengenalan watak, dikarekterkan sgt berbeza setelah bertemu sophia. aku lebih suka diwujudkan perasaan resah dan sangsi naz untuk menerima kehadiran tiga anak saudara pia sebagai anak jagaannya. kepandaian naz mengendalikan caravan sewaktu honeymoon mereka ke NZ juga mengkonfiuskan aku.

pengulangan karekter yg sama antara naz dan ben membuat aku ralat. mereka berdua masing2 tidak menyempurnakan keperluan batinian seorang suami sehingga keredhaan si isteri/keluarga.

apa2pun aku ucapkan tahniah pada Liza Zahira atas novel "kau Tetap Dihati" yang mendetik perasaan kasih sayang, kekeluargaan yg utuh antara adik dan kakak serta anak dengan ibubapa. watak sophia menjadi lambang muslimin sejati yg menurut perintah ibubapa dan sentiasa bersabar dengan karenah mereka. Amat menanjubkan ditonjolkan watak sophia yg pemaaf terhadap kesalahan jiran dan majikan yg menuduhnya.

Jika diberi peluang berjumpa penulis novel ini, aku ingin katakan bahawa aku sudah tertarik dengan plot cerita dia yg tak memenatkan otak aku berfikir. watak2 yg diolah sangat memuaskan dan ada masanya berjaya menyentuh hati aku. cuma, aku harap penulis lebih menitikberatkan pengolahan persekitaran lokasi watak2 ditonjolkan. secara jujur aku tidak merasa watak2 tersebut di NZ, kerana jiwa NZ tidak wujud. sekadar menulis beberapa nama tempat di NZ tanpa pengolahan menjadikan lokasi cerita ni tidak jelas.



akhir kata, aku merekomenkan novel ni untuk dibaca oleh semua golongan. korang tak kan merasa strees membacanya. jalan ceritanya yg jelas membuat kita ingin terus membacanya sampai habis. benda2 yg aku ulaskan diatas adalah berdasarkan pandangan peribadi aku, may be korang tak suka. apa-apapun korang belilah sendiri untuk menilainya. kalau tak puas hati dengan komen aku, korang tinggallah ulasan korang pulak.

20 comments:

arsaili said...

salam...tatau bila nak baca..maybe one day

izman said...

arsaili,
novel bersifat tak basi, blh baca bila2, tapi kalau baca ketika ia masih panas lebih afdal.

Nur a.k.a admansyah said...

since ko nie peminat novel.. aku nk bgtau 1 rahsia-lah!
psst: aku minat tulis novel, tau!
Ditakdirkan aku jd penulis novel.. ko jadi peminat No.1 aku ekk...? jap aku pikir.. nama novelis aku nanti.. heh..heh..

izman said...

nur aka admansyah,
baguslah ko minat dan berkebolehan buat novel. aku kritik sikit2 buleh la, amatur. kalau suruh tulis novel 1/2 muka surat pun blm tentu siap.

jd peminat no.1 ko? no problem. boleh dapat free tak? secara ikhlas aku tak tertarik ngan nama2 glamer, isi novel yg penting.

ILA said...

Salam IZman,
cuba bagi petua kat orang yg ingin kmbali rajin membaca novel2 ni..

izman said...

ila,
petua? sebab aku msh muda aku bagi pe'muda' utk minat bc novel. beli novel tiap2 bulan. kalau boleh cari yg nipis dulu. (blh pakai ke petua aku ni?)

ZulBM said...

Blog penulis Liza Zahira http://www.lizaali.blogspot.com

http://www.asasteguh.com

izman said...

Zul BM Asasteguh,
thanks atas info (walaupun aku dah tau).

dtglah selalu.

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

salam kenal...
tak sangka ada gark kaum adam yg minat bc nove...tp rasanyer tak ramai bilangannyer kan...

nove KTD nie baru jer zana beli...bc pun belum habis lagi....insya allah try habiskan dlm 2 hari lagi....

tp rasanyer watak pia tu terlalu baik.....ada ke lagi insan yg sebaik pia....

Mak Su said...

pandai kau buat ulasan, buatkan aku teruja nak cari barang sebuku dua

izman said...

Zanna_MamaBatrice,
terima kasih singgah dan kenal2.

ye ke x ramai lelaki bc novel, rasanya x salah kot. habiskan ms lapang.

alangkah baiknya kalai semua org sebaik pia..

izman said...

maksu,
ulasan amatur maksu. may be ramai tak sependapat. tambahan pulak aku jenis ulasan lancang sikit. tapi membina, bukan utk membunuh bangsa sendiri.

Hans.Words said...

Meh Izman,
Aku nak pinjam buku mu ni. Takde pitih aku nak beli. Mahal haa.

izman said...

hans.worlds,
he.3x, kalau ko dekat2 boleh la bg pinjam. kalau jauh, lagi berbaloi beli sendiri.

byk blog ko, yg mane satu official?

cendawanintim said...

aku tau, sebab penulis ada komen kat blog ko kan...tu yang rasa komen agak lurus tu...

aku larikkkkssssss lelaju nih!!!

izman said...

cendawanintim,
he.3x, pandai la kau.

aku kan suka lurus2 ni, aku kan manusia lurus sikit (kuang.3x)

marinahunny said...

waaa..x sangka ko baca novel2 mcm ni ye..jarang aku jmpa bapak org baca novel... :-P laarikkss!

izman said...

marinahunny,
jgn tak percaya... tapi baca novel mmg aku suka. aku yakin ia tak mengubah kelakian seseorang lelaki.

ko mesti kagum kan bapak org mcm aku baca novel! kuang.3x

jane said...

salam...

dah lama x baca novel melayu sejak abis blajar. dulu housemate saya suka kumpul...bila baca, pakat menangis ramai2 sampai p lecture mata bengkak....klakar.

dah ada baby kecik nih, kena wat novel sendiri. haha!

review yg menarik...ada can nak cari.

izman said...

jane,
trima kasih singgah. dtglah selalu.
nak link ke hapa dialu2kan.

kalau dah ada idea tulis novel, why not publishkan. bersepah publisher kat market.

beli jgn tak beli...