Wednesday, December 31, 2008

Trip Ke Melaka : Episod Bergelap di KM Chalet

sambung balik psl trip ke melaka.

dari air kroh, kami ke KM chalet yg terletak kg. balik bukit di kuala sungai baru, melaka. kami sengaja guna jalan dalam berbanding hiway.nak menikmati kehidupan penduduk melaka kononnya. peta yg aku download dari internet aku terlupa bawak. cuma berbekalkan prinsip "sesat di hujung jalan, kembali ke jalan utama sambil tengok signboard", kami akhirnya sampai ke destinasi tujuan iaitu Balai Cerap Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara.



sampai sinianak aku si pika tidur. malas nak kejut, so kendung je sambil panjat menara cerap tu. nasib baik kami cepat sebab ia tutup jam 430 petang. pameran2 tak masuk, cuma layan teropong dan hayati pemandangan yg cantik.




dah penat meneropong dan bergambar, kami meneruskan perjalanan ke km chalet. perjalanan tak menjemukan sebab melalui kawasan2 kampung. cuma jarak ke km chalet tu jauh rasanya. crammed bontot. akhirnya, kami sampai ke KM Chalet dengan selamat.



sampai sana parking km chalet sesak sebab ada satu keluarga dan booked majoriti chalet kat sana utk hari keluarga diorang. aku dan family adik aku dapat chalet tanpa aircond. ok lah. nak buat cam ne dah penuh. sebenarnya aku langsung tak kisah ada air cond ke tidak, asal ada tempat bermalam yg selesa, dah cukup baik. terima kasih sekali lagi pd mak su yg recomenkan tempat ni.

lepas daftar masuk, kami terus bermandi manda di pantai yg terletak betul2 depan chalet. yg tak berapa syiok pantai tu ialah ombak dia yg deras, dan pasir2 pantai yg kasar.



dah penat mandi manda, kami balik chalet dan bersiap utk cari makan malam. tiba2 tup.... black out! lama gak bergelap, dan disebabkan masing2 lapar, kami keluar dari chalet dlm keadaan teraba2. bukan semua chalet black out, ada yg ok, tapi barisan chalet aku stay tu gelap la. dikatakan berpunca daripada voltan yg tidak mencukupi.

disebabkan siangnya kami tak survey tempat makan, kami cari restoran di kawasan radius 5 km dari chalet je. duduk je, kami diberitahu makanan panas je ada, nasi campur ke ikan bakar ke tak de jual. baru jam 8 mlm tu. cap ayam betul la. disebabkan masing2 penat dan malas nak gi cari kedai lain, kami rembat je makanan yg ada. korang tau apa yg ada? nasi goreng pataya,nasi goreng kampung, nasi ayam, mee moreng, mee hailam. itu je. cikainya..... kami pilih nasi goreng ayam, mee hailam, nasi goreng pattaya. dengan servis tahap siput, akhirnya sampai jugak order. dan .... dah lah rupa makanan yg diorder tu memeranjatkan, rasanya turut menunjukkan ketidaksedapan. semuanya tak sedap, sampai luqman bulah cakap "mee ape ni, tak sedap langsung. jangan makan nanti sakit". semua makan sikit je utk alas perut. kedai ni terletak tepi simpang 3 berdepan dengan klinik kerajaan.

keluar kedai dengan rasa lapar, aku singgah kat kedai runcit berhampiran beli beberapa bungkus mee segera, roti, makanan ringan utk persediaan kalau kebuluran nanti. lagi tak syiok, malam chalet masih bergelap. alhamdulillah, tak lama kemudian bekalan elektrik berjaya dipulihkan.

nak layan tivi memang tivi tak clear sebab tak de astro. aku lepak je sembang2 ngan adik aku sampai mata mengantuk. anak2 seronok le dapat main dengan riang dgn sepupu2 dia. akhirnya kami terlena dengan deruan ombak.

esoknya kami bangkit awal pagi. lepas subuh, aku dan adik aku lepak2 tepi pantai sembang2 kosong. jam 8am, kami bertolak ke bandar hilir melaka utk ke a farmosa dan seangkatan dengannya.

sambung lagi yer....

No comments: