Friday, December 12, 2008

Training Payroll

pada 10/12/08 seperti di rancangkan, aku telah ke KL untuk urusan income tax dan training. aku park kereta kat komuter port klang dan menuju kl sentral. aku pun pegi tak awal mane, so tak de lah ramai orang, lagipun port klang adalah stesen pertama laluan, dapat la tempat duduk.



sampai di kl sentral, aku ambik cab di luar sebab kat dalam pakai kupon. dari aku bagi duit kat pengusaha cab yg relatifnya lebih mahal baik aku bayar solid kat driver teksi. boleh gak diorang bayar sewa teksi dia. kalau byr kupon, pemandu teksi hanya boleh collect bayaran pada hari2 tertentu sahaja, dan terdapat fee yg perlu dibayar kepada syarikat kupon tu. kesian aku lebih kepada pemandu teksi walaupun bayaran aku claim kt syarikat. lokasi pertama aku ialah income tax jln duta.



samapai income tax, aku heran gak sebab urusan aku selesai dalam kurang 15 minit. bulan lepas beberapa jam. padahal hari tu ialah hari closing bayaran income tax. alhamdulillah, turun je pejabat income tax je dah ada cab. aku mintak dia bawa aku ke stesen monorel titiwangsa.



dari stesen monorel titiwangsa aku ke stesen bb plaza. sampai bb plaza baru jam 11am. training aku jam 2pm kat coronade hotel yg terletak sebelah je dgn lot 10. nak window shopping ni bukan taste aku lagipun aku mane mampu nak shopping kat lot 10, takat beli minyak rambut code 10 aku mampu le. so, aku lepak baca the star kat depan lot 10. kalau gi training ke hape mmg aku suka beli surat khabar the star. psl ia tebal, buleh la aku baca sambil habiskan masa terluang. kalau beli surat khabar lain, baca tak sampai 15 minit dh abis. the star ni, kalau byk sangat masa terluang, sampai lumba kuda, notis kebangkrapan dan obituary pun aku baca. bosan abis baca paper, aku masuk bb plaza. depan pintu dah nampak banner kedai setem dan antik SM.aku pu terjah la...



ciss.... kedai tu tutup pintunya. lampu terpasang pulak. lama jugak aku tunggu dia bukak, tapi hampa. tapi aku sempat jugak tengok koleksi2 kedai tu yg dipamerkan kat cermin kedai. menarik jugak senarai koleksi yg ada termasuk setem, syiling, duit kertas, tembikat, botol2 coke dan macam2 lagi lah. nanti aku update gambar2 tu kat blog hobbyy aku iaitu http://interestinghobby.blogspot.com



sambil jalan2 tu ternampak pulak orang cuci cermin bangunan. asyik benar aku perhatikan diorang mencari rejeki dengan bergantung pada tali keselamatan. teringat pulak aku dgn crita 'cuci' arahan hans isaac yg dilakunkan oleh otai2 spt afdlin sauki, ac mizal, awie dan hans.

dalam jam 1pm, perut dah menyanyi hip hop. aku survey dlm foodcourt lot 10. cam tak best je. tak nak nak cari fast food kot, perut aku ni perut melayu. so, aku ternampak gerai tepi bb plaza/ sg wang plaza yg ada jual nasi ayam paprik. ok lah tu. kebetulan gerai tu ada menyediakan meja dan kerusi utk makan.



gerai tu ada menyediakan pelbagai jenis kuih dan mee, terletak depan gerai2 jual cenderahati. aku order nasi ayam paprik. masa mintak air, diorang suruh mintak kat mamat foreigner yg jual air tin sebelah gerai tu. akupun tak pasti tu mamat arab ke bangla, tapi air tin je lah dijual. apa lah salahnya gerai melayu tu jual air bancuh spt teh, kopi, sirap dan sebagainya. dia pun jual mee, meehon dan nasi dan menyediakan meja kerusi. baghal betul org melayu meniaga. mahal dan kesedapan tok sah cerita lah, hampes. kalau ikut gred tekak aku, memang failed! order dekat 25 minit baru sampai, service tahap kambing betul lah. akhirnya aku terpaksa bersyukur dengan makan nasi ayam percik dengan air coke.

sedang asyik makan kat situ, tiba2 ada sorang lelaki gile lalu. kebetulan aku makan menghadap gerai cenderamata tu. aku sebut org gila sebab ia pakai compang camping & koyak rabak, rambut kusut masai, bau busuk tungkik. dan paling tak tahan ialah seluar dia tang k***k dan b****t memang terkoyak, dan menampakkan kedua2nya. aku terasa malu memandangnya tapi ada group remaja pompuan melayu yg makan sebelah aku siap suka terkekeh2 mcm himar sambil tunjuk2 sesama sendiri. aku malas nak cakap apa ayat yg tersembul dari mula remaja2 tu sebab akupun malu nak sebut dikhalayak ramai. dimanakah tatasusila org melayu? pompuan pulak tu? bawah umur lagi? arghh!!!

sebelum jam 2pm aku dah mula masuk ke hotel coronade utk training aku. kali ni utk training payroll yg disediakan oleh pembekal payroll software. sebab aku main person utk payroll, aku la datang. tahun2 lepas diorang buat hari jumaat, so aku malas join. tak ke gila aku abaikan solat jumaat semata2 nak training. lagipun sistem ni aku dah pakai 3 tahun, dah tahap mahir jugak la. kali ni datang sebab ada changes dalam epf, new update features dan income tax. yuran training aku tak heran sebab company bayar.





yg best training ialah kita dapat ilmu2 baru dan update pengetahuan. half day training macam ni cuma utk org yg dah guna sistem diorang. aku yakin kalau org baru nak pakai sistem payroll dia dtg, confirm pening. trainer dia pun cakap laju dan not a good speaker. diorang may be expert dalam programming sistem. yg sorang lagi tu lagi best, suara dia siap ketar2 lagi. oh ya, kebiasaan dlm mana2 training ada door gift, utk training ni diorang bagi pendrive 2GB.



training cam biasalah ada rehat, masa rehat sambil2 makan dapatlah kami bernetworking. rata2 peserta adalah org cina. melayu beberapa org sahaja. india? sorang dua je. tak pelikpun sebenarnya. kalau korang tengok dlm mana2 company majoriti org keje accounting dan payroll memang org cina. org melayu dan india ada jugak tapi tak seramai diorang. may be kita tak pandai kira duit kot. kalau nak abiskan duit, org kita plg pandai. tak caya? lepas dapat duit epf lepas pencen beratus ribu hengget, org kita mampu habiskan dalam kurang dari setahun. bestkan org melayu!

yg best jugak masa minum petang tu ialah kami ramai2 perhatikan org cuci bangunan hotel tu. org vietnam kot. dalam ketinggian 2-3 tinggat tu, selamba je dia duduk dalam lift kerja dia (sori aku tak tau ape nama benda yg diorang guna utk turun bangunan menggunakan lift tu). tak pakai apa2 alat keselamatan pulak tu. kalau tergelincir, aku yakin kalau tak pecah kepala, tentu jadi lempeng. sebab rata2 situ org HR, semua mengesahkan diorang tak pakai tali keselamatan yg biasa diikat pada badan. hotel coronade ni ada bintang ke? keselamatan tahap kambing? atau dia cuma dapat bintang sebab terletak dekat area bukit bintang??

training abis jam 430pm. aku naik monorel dari bb plaza ke stesen kl sentral. selepas bersesak2 dgn org baru abis keje, aku selamat sampai kat kl sentral.



then jalan2 jab kat kl sentral sambil beli2 apa yg patut dan mengosongkan pundi kencing,aku pun beli tiket komuter utk balik ke port klang. sebab tren baru lepas, jenuh jugak aku tren berikutnya. yg bagusnya ialah ktm telah memperkenalkan sistem
beratur termasuk ada garisan hijau dan lain2. aku tengok ramai berbaris di garisan hijau. 7 minit sebelum tren sampai, ktm berkali2 ingatkan penumpang supaya beratur ikut garisan hijau, dan aku pun turut beratur bersama2 penumpang lain. memang baiik punya beraturlah. kat situ siap ada sorang polis bantuan pegang sign 'car stop' utk hentikan tren kot. tapi bila tren sampai, pintu tren langsung jauh dari tempat org beratur, memaksa semua yg beratur berebut mengejar pintu tren. sekali lagi ayat aku, sistem ada tapi perlaksanaan sistem beratur ktm pd pemerhatian aku adalah tahap kambing gurun. ktm patut ajar pemandu tren dan polis bantuan tu macam mane nak hentikan tren ditempat org beratur, bukannya buat sistem suruh org beratur pastu tren berhenti suka2 hati dan memaksa org beratur berebut.



akhirnya setelah hampir sejam berdiri dlm tren, aku selamat sampai ke stesen port klang di kala matahari mula nak menghilang dlm jam 630pm. bayar parking kereta dan balik. sebelum sampai rumah beli air kotak dan biskut sebagai hadiah kepada anak2 kerena mereka tunggu kepulangan aku.

10 comments:

ILA said...

Salam Izman,
Mosti mahal bab training ni kan...tapi tak porrrr..'Syarikat kicap' posti mampuuuu:p
Kau ke LHDN wat pe??? bayor PCB kerrr??? Kalau aku bayar utk setahun sekali.Guna pemotongan lalu majikan .Send by regiester.tak smpai semunggu they all bagi receipt kat kita lerrr...

izman said...

ila,
murah gile je, sebab kami pakai sistem dia. kurang seratus hengget kot.

pcb la.. aku dlm proses byr pakai disket. yg pergi sendiri tu sbb aku suka jalan2.

Mak Su said...

hep, jgn tengok orangnyer tut tut, nanti mata ceme, hark hark hark

izman said...

mak su,
saya tertengok, tapi ada org saje tengok. tapi org pakai seksi kat area tu mmg saje tgk... rejeki

cendawanintim said...

weiiiiiii, naper ko tak amik gambo orang tu...aku nak tengok gak!!

izman said...

cendawanintim,
org gile tu ke? aku takut ko muntah ijo je...

gambar amoi2 seksi power2 nak tgk??

arsaili said...

salam..uikss kalau ada kat KL, sure leh lepak2 kan...tapi flight kat KL malam ni...ehehe

BurungBelatuk said...

mmg cina suka counting terms...orang kita dan yg len2?bukan xsuka,malas sebenarnya...dan ko antara yg memartabatkan bangsa kat arena tuh...tahniah...

izman said...

burungbelatuk,
ish.3x. idung aku kembang tak kuncup2 ni.

izman said...

arsaili,
tak pe, lain kali kalau ada masa kita boleh jumpa lagi.