Wednesday, December 17, 2008

Kisah Pengalaman Naik Kapal Terbang

Memandangkan wujud rasa tidak puas hati makan otak2 kat restoran al-waasifah; malam semalam (16/12/08) aku dan 2 rakan iaitu en rusli dan azmir telah ke restoran char kuew teow jln meru. memang kebetulan ada hal sikit. dah nama restoran char kuew teow, kami makan char kuew teow la. side order lain seperti otak2-otak dan sate pun ada tapi kami cuma berminat ngan char kuew teow dan otak2.



sambil2 makan otak2 dan menunggu ketibaan char kuew teow yg agak lambat kerana orang terlalu ramai, kami sembang2 dan bergelak ketawa la. topik yg membuat kami gelihati ialah isu kapal terbang yg melibatkan kami atau kawan2 kami.

cerita satu :
cerita ni diceritakan pada aku masa aku masih menuntut kat UUM sintok, kedah. maklumlah aku ni orang2 susah, mane pernah naik kapal terbang. ada satu kawan di kolej aku yg dikhabarkan anak seorang pegawai tinggi tentera. dia selalu bercerita ttg rombongan dia dan keluarga ke luar negara menaiki kapal terbang. satu cerita yg buat aku ingat sampai sekarang ialah ttg percutian mereka ke afrika selatan. semasa mereka balik dari afrika tu, emak kawan aku tertarik dengan burung unta (kasawari) jadi mereka pun membeli seekor anak burung itu dan membawanya kedalam kapal terbang utk pulang ke malaysia.

dlm kpl terbang burung unta tu tak putus buat bising dan menyebabkan pramugari asyik tercari2 bunyi itu. tapi emak kawan aku tu telah menutup kepala burung unta dengan beg untuk elak ia dikesan oleh pramugari. akhirnya burung unta itu selamat sampai ke malaysia tanpa disedari oleh sesiapa.

masa tu, aku dan beberapa kawan lagi melopong dengar crita tu, maklumlah tak pernah naik kpl terbang. masa aku kerja dan merasa naik kpl terbang baru aku dan beberapa kawan yg pernah naik kpl terbang mula perasan bahawa teruknya kami telah dikencing oleh kawan tadi mengenai cerita2 kpl terbang dia. selidik2 dgn org yg betul2 rapat dgn dia, dia haram tak pernah naik kpl terbang.

cerita dua
cerita ni dicerita oleh kawan aku yg sama2 makan char kuew teow. kisah ni terjadi semasa diapun tak pernah naik kapal terbang. ada sorang kawan dia beritahu, dalam dunia ni (masa tu la)semua kapal terbang kena naik dan duduk pakai nombor seat. tapi di india kalau naik kapal terbang, mesti berebut. ini kerana di india penduduk dia akan memilih tempat duduk di tepi tingkap. kenapa? sebab majoriti penduduk india suka makan sirih, jadi mereka memilih duduk tepi tingkat sebab senang nak ludah atau cret air sirih tu.

lepas kawan tu kerja dan merasa naik kpl terbang ke byk negara termasuk india, kes tu memang kes kena kencing hancing jugak. gile hape naik ludah air sirih ikut tingkap, nak mampos!

cerita tiga
kisah ni kisah peribadi aku sendiri. ia terjadi masa aku kerja kat company pertama sebelum aku masuk APM dan sykt sekarang. tokey aku ramai ambik pekerja asing dan pekerja sabah dan sarawak. walaupun banyak tawaran utk aku gi interview bangla, india dan nepal di negra asal mereka; aku tak sanggup. psl aku takut naik flight.

hingga suatu hari, kami tlh dipanggil oleh pejabat tenaga kerja sabah di wisma karamunsing kota kinabalu atas urusan pengambilan tenaga kerja sabah secara sah. kalau sesape tak tau terutama org2 HR, pekerja dari sabah dan sarawak tertakluk kepada ordinan buruh sabah dan sarawak. menggaji mereka sepatutnya ada kontrak kerja sah melalui jabatan buruh/tenaga kerja di sana. aku aturkan appointment dengan niat kedua2 bos aku akn pergi, tapi....

sehari sebelum masa perjumpaan, bos aku yg tau aku memang kecut naik kpl terbang tlh membeli 3 tiket tanpa pengetahuan aku. masa nak balik kerja baru dia cakap, masa tu aku rasa dunia dah nak kiamat. air kencing dah rasa nak keluar, tapi aku cuba berlagak macho. bos aku punya la dajal takut aku lari dan offkan henpon telah dengan sukarela ingin ikut aku balik rumah sewa aku. cilaka betul bos aku ni kata hati aku pada masa tu.

bos aku mr ganesh (director) dan mr raja (GM) asyik ketawa je tgk gelagat aku. nasib baik diorang bos, kalau tak..... awal gile diorang bawa aku gi airport. kami jalan2, jalan2, makan2, jalan2... sampai la masa berlepas.

naik flight, tiket kelas ekonomi la. tempat duduk aku dan 2 org bos aku terpisah. sebelah aku tak de orang duduk, aku seorang diri je. masa pramugari explaint safety procedures tu aku tgk je sambil terkebil2. alhamdulillah, aku berjaya pasang tali pinggang keselamatan tu. masa ia berlepas, terasa nyawa hampir tercabut dari badan, aku rasa t*l*r pun dah masuk dalam.

bila flight dh stabil dan arahan blh tanggalkan tali pinggang, aku terkial2 tak reti nak unlock menda alah tu. dari tepi aku tengok bos aku tgh gelakkan aku, langsung tak de simpati. bajingan betul, nak je aku campak 2 ekor tu keluar dari kpl terbang. akhirnya, aku terpaksa lambai pramugari mintak tolong bukakkan. malu betul!

dlm flight, selepas menahan kecut tadi, tekak aku dahaga. aku perlukan air. aku terintai2 pramugari nak mintak air. cilaka semua tak lalu sebelah aku. akhirnya ada sorang tu lalu, aku tahan dan mintak air. pastu, dia siap cakap "encik, kalau perlukan apa2, encik tekan je butang kat atas ni" sambil tunjukkan caranya.

alhamdulillah kami selamat sampai ke kota kinabalu. then check in hotel. duduk hotel bilik asing2 la, tak sanggup aku share dgn bos. kat bilik, asyik gayut je la crita pengalaman ngeri tu kat awek yg mendengar penuh minat (cikman doakan cikzah dah kawin dan bahagia). esoknya kami ke wisma karamunsing utk jumpa pengarah tenaga buruh sabah.

urusan selesai, kami balik ke hotel. tiba2 bos aku bagi satu tiket kpl terbang ke tawau. bancau! bos aku kata kali ni aku terpaksa gi sorang ke tawau. dia bagi aku nama contact person kat sana utk membantu aku kalau ada masalah. mereka ada urusan lain di singapore. nak tak nak aku terpaksa la gi tawau.

sebab dah ada sikit pengalaman, tak le takut sangat. tapi kecut tu ada lagi. sampai tawau (ketika tu masih airport lama) aku ambik cab ke pekan semporna. sampai semporna, hari dah petang. org hubungan tu mana ada henpon, dan henpon aku masa tu pakai digi, langsung tak de coverage kat semporna. aku check in kat hotel dan mula mencari org hubungan bos aku utk sesi briefing mencari pekerja sabah. setelah sesat beberapa kali dan puas bertanya, akhirnya ketemu jua. alhamdulillah! 7 hari jugak aku kat semporna masa first time datang tu.

ada sikit shock la pasal pukul 6pm dah gelap dan jam 7am dari bilik hotel dah bising org berniaga. yg paling shiok ialah ramai benar orang comel2 kat semporna ni. sesi briefing cari pekerja yg diatur org hubungan selang satu malam dan mlm sahaja, siang aku bebas jalan2. bos aku bagi cash yg tak pernah aku pegang seumur hidup aku untuk urusan2 tersebut dan menyatakan aku boleh beli apa aku suka. memang aku suka, lebih suka lagi bila dikatakan elaun aku sehari di sabah ialah rm100 hengget. makan minum dan lain2 company bayar.

aku shopping mutiara, batu air sabah, gi pulau mabul, beli ikan kering, dan beli teh sabah. yg paling mahal ialah set rantai dan cincin mutiara untuk kakak aku dan 2 set utk awek pahang dan awek kedah. plg kelakar aku beli berpuluh kotak teh sabah, rupanya kat sri muda yg aku tinggal masa tu rupenya bersepah jual teh sabah. buat berat beg aku je.. biasalah sebab aku rasa ini kali pertama dan terakhir aku akan gi sabah, aku beli macam tak henggat donia; padahal itu adalah titik tolak aku akan selalu gi sabah dan sarawak. perkenalan aku ngan seorang polis asal semenanjung membawa aku ke pelbagai ceruk semporna, aku gi bugaya, kg gajah dan tah mane2 tah.

kali pertama naik kpl terbang tu juga menyaksikan aku beberapa kali disoal siasat oleh polis dan unit keselamatan airport kerana membawa senjata tajam. kebetulan masa ikut polis tu dia beli pedang samurai, aku pun nak beli jugak tapi takut. aku beli parang yg hulu dan sarungnya dari kayu yg cantik. atas nasihat polis tu aku dah dapatkan surat sokongan daripada ketua polis semporna, dan tunjukkan kat airport. masih banyak tanya jugak. itupun aku serah kat diorang parang bukan bawa dalam flight. sampai klia sekali lagi kena quiry, dah akhirnya lepas la. walaupun dah 7-8 tahun, parang tu masih cantik dan berkilat (aku simpan je, ada la 3-4 kali guna).

sekarang ni, rasanya tak le takut pun kalau naik flight. cemas tu tetap ada sebab apa saje boleh terjadi. alhamdulillah dengan pengalaman naik flight dalam dan luar negara, aku yakin tak le aku kena tipu lagi macam2 cerita2 diatas. paling syiok, tiket kali pertama aku naik flight aku masih simpan dalam album sampai sekarang.

22 comments:

ita.itu said...

mmg x puas la makan otak2 kan..kecik bebeno..mati ke buat beso skit..haha

izman said...

ita.itu,
kecik cinonet tu pun rega dia 60 sen sekeping. nak buat sendiri tak reti campur malas. so, beli la....

cendawanintim said...

clap2 tuk ita...dah jumpa blog ko yang bebenornyer...!!!walopon pi komen pasal otak2..makan ajer ko ingat nok??!!

ampessssssss la ko nih, pesal ko takut sangat naik flight??aku yang berimaginasi tinggi ni takder nak imagine pape...sebab aku lebih prefer gunakan flight nak gi memaner..kalu buleh kt - dungun pon aku nak naik flight....

jadi aku kena simpan sumer imaginasi aku tuh...!!

BurungBelatuk said...

otak2 dlu dgn skrg berbeza sgt...dgn isi cket n kupang die pun naik...

Khaisya said...

salam kenal..hiks..

naik flight best kan?hehehe

izman said...

cendawanintim,
jgn ko sebut psl ita, nanti terkeluar nasik lauk cendawan goreng yg baru aku makan; asyik2 komen psl setem aku je... kuang.3x.

dulukan tak pernah naik flight, so agak ulu sikit la. ko imiginasi ufo lagi bahaya.

izman said...

burungbelatuk,
harga semua naik termasuk otak2, kita jugak yg sakit otak memikirkannya.

izman said...

Khairul Antasha,
selamat berkenalan. singgahlah selalu. nak link pun buleh.

sesekali naik best la.

Nur a.k.a admansyah said...

nie yg best msk blog ko ni... asyik citer psl mknn jer! telan liur pun jadi-lah beb..

Izman, aku rase aku jumpe muka ko dlm pic lama aku ms UUM dedolu. Sebijik tau! err.. ko mmg tak kenal aku ker?

Papa-Itam said...

lagi sakit hati kalu rege otak2 mahal dan lepas tu basi....tension tau...tambah plak ada dekorasi rambut dia....arghhhhhhhhhhhh

izman said...

nur aka admansyah,
makanan memberi kita tenaga dan semangat utk bekerja.

mane la aku perasan, masa uum dulu aku ni pemalu. cuba ko publish gambor tu. jgn pulak muka mane2 budak siam ko kat muka aku.

izman said...

papa-itam,
hak kita sbg pengguna, jgn sokong kalau rasa harga tak patut. kalau ada rambut, biasanya aku suruh ganti baru.

Mak Su said...

aku lum prnh ler naik kapal terbang :(

tapi cerita pedang samurai tu kelakar ler, eh, ko buat tebas apa? tebas lalang ker? husband aku pun baru dpt pedang samurai, dari anak buah dia, dari sinun juga :)

izman said...

mak su,
insyallah ada kelapangan ada rejeki lebih nanti, boleh la merasa.

Iliana said...

hua hua hua..adoi..yang cerita 1 tu, maknanya tak pernah g afrika gak la kan..pehh...mamang penipu tahap dewa18 nih...

izman said...

e-leeyana,
dia buka penipu, tapi pembohong besar. sampai sekarang kami berkawan dan dia masih suka cakap besar, dan kami juga senyum je.

Bunga Rampai said...

Salam kunjungan balas :)

Kelakarlah cerita-cerita pasal kapal terbang tu :D

Izman punya hobi yang sangat menarik. Saya juga punya minat yang sama tapi sekarang hobi itu agak malap :(

Moga hari ini yang indah buatmu ...

ILA said...

Ehhhh...tinggi anak burung kasawari takat mana yeakkkkk???
Ada sebesar anak ayam kerrr???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AHAAAAA!!!TAK MO KELENTONG!!
SILA RUJUK FAKTA:P

izman said...

bunga rampai,
trima kasih berbalas kunjung.

sesetengah hobi tu kalau ada duit je... selalunya sengket

izman said...

ila,
dulu selalu tertipu kerana kejahilan, sekarang agak pandai la sikit. psl burung kasawari pun kena tipu? sedih betul aku

Anonymous said...

salam kenal..hiks..
Fighting

izman said...

learningchineseonline,
selamat berkenalan. dtglah selalu.