Alhamdulillah, misi bercuti ke melaka pada 27-28/12/08 telah berjalan lancar. nantilah senang aku update stori ke melaka tu, may be malam ni kot.
trima kasih cendawanintim atas award ni. bukan setakat award aku dapat dari si cendawanintim ni, siap dapat umpatan baik punya. jangan la cakap orang yg aku selalu masuk blog ko. ni hah rupa blog dia bagi :-
since crita melaka aku nak crita kemudian, aku crita dh balik melaka saje. balik dari melaka pd hari ahad, sampai rumah aku dah petang. so, aku advice adik aku stay je rumah aku dan balik kuantan, pahang hari isnin je sebab masih cuti maal hijrah. adik aku ikut je. pagi isnin, adik aku rancang nak balik awal dlm 8am. dlm 7am, masa aku keluar carik juadah sarapan, cermin kereta aku meragam. boleh turun tapi nak naik balik tak leh.
sampai rumah, adik aku cuba godek2 apa yg patut. suruh aku tak jalan sebab psl kereta ni aku langsung failed. tak boleh repair sebab wayar kabel power window sudah putus dan berpintal. lepas adik aku sekeluarga bertolak balik, aku memulakan misi cari workshop utk repair.
lahanat majoriti kedai tutup sebab public holiday. yg ada pulak kenakan harga yg tinggi, rata2 rm350 utk tukar 'power windor cable with motor ' tu. nasib baik kawan seopis merangkap jiran belakang rumah aku tu biasa beli barang2 kat kedai spare parts. setelah berpuluh2 kedai spare part dan workshop tanya, dapat jugak barang yg diidamkan. majoriti kedai/workshop tak simpan stok, so diorang minta tunggu at least sehari. aku malas menunggu. nak beli spare part kereta potong rasa tak berbaloi sebab bezanya dalam rm50 je. baik beli baru.
kemudian aku pegi beli spare parts tu dan bagi kat kawan yg buat repair kereta part time pasangkan. alhamdulillah, petang tu baru lah kereta aku dapat dihantar dan disipkan. kejab je pasang, tak sampai 10 minit. member tu pun ambik rm10 je upah pasang. aku tak sampai hati sebenarnya nak bagi rm10 sebab rasa kecik sangat. utk kurangkan rasa bersalah aku, aku ajak dia dan kawan aku tu gi minum petang.
ni hah barang yg rosak tu. aku saje bawa balik tunjuk kat wife aku. rata2 kawan aku terkejut dengan harga dia sebab menda alah tu yg proton baru rm30 dan honda cuma rm50. mahal jugak barangan korea ni. sape suruh pakai kereta korea.
apa nak buat dah nak rosak. salah aku jugak suka2 buka tinggap tu berpuluh kali sehari. aku bersyukur jugak kejadian tu tak berlaku masa kat melaka. kalau tak hancur kegembiraan bercuti. cuma yg tak seronoknya ialah baru abis bercuti, duit pun habis banyak, gaji belum dapat... kemudian kena spent money utk kos kerosakan ni. cash pulak tu. waa.......
6 comments:
salam incik ijeman...
waduh, banyaknya kena belanja yer...!
jane,
ko suka sangat menjawakan nama aku. kena cari org jawa sorang ni... (wife aku baca kang, tidoo luar la aku).
nak buat camne, dah takdir. alhamdulillah, masih under budget.
Tak pe lah Izman....
BUkan kah bonus kejap lagi nak dpt...
ermmm..atauuu...bonus dah abis??
jgn kauuuu....
aku sndiripun , kau blum terbelanja lagi:p
ila,
aku mane ada bonus, bonuslink ada la.
ye ke belum belanja ko? he.3x. nanti next year budget
banyak ler ko punyer umpatan..ampesssss....
amboi222...time award laju jerk tepek!!!
cendawanintim,
kuang.3x.
ambik award mestilah laju. penerima award tak de elaun ke?
Post a Comment